52

2.4K 127 0
                                    

"Ayah Cu, mujur ada Ayah Cu." Kata Adha.

Haikal mengerutkan dahinya.

"Tengok tu. Semua orang berdua. Kalau Ayah Cu tak de atau ayah cu dah kahwin, kesian tau Adha. Seorang-seorang." Kata Adha.

Haikal ketawa. Kuat. Menarik perhatian semua yang berada diruang tamu utama. Semua mata memandangnya.

"Adha kata, dia lonely." Kata Haikal.

"Ye ke sayang nenda ni?" Tanya Engku Da sambil melambai Adha untuk dekat dengannya.

"Mana ada." Muncung saja Adha datang rapat ke Engku Da dan Raja Mukhriz.

"Tadi tu. Adha cakap, kalau ayah cu tak de, Adha seorang-seorang. Lonely la tu." Usik Haikal.

"Adha cakap, kalau Ayah Cu tak de atau dah kahwin, mestilah Adha seorang. Tak de partner. Daddy kepit dengan bonda. Nenda kepit dengan tok ayah. Mujur ada ayah cu. Tak de la Adha seorang-seorang." Adha menbela dirinya.

"Macam tu, Ayah Cu nak kahwin lah." Usik Haikal.

""Alhamdulillah. Dah ada calon ke? Cepat sikit. Boleh bagi Adha kawan." Usik Firdaus.

"Mana ada calon." Balas Haikal.

"Bukan Haikal sekarang tengah kawan rapat dengan Fazlin ke? Adik Fazli tu?" Dila membocorkan rahsia secara sengaja.

"Kak!"

Semua ketawa. Hakikatnya, semua yang berada diruanh tamu itu tahu.

"Nak bonda siasat tak? Kot la dia dah ada boyfriend ke?" Sakat Engku Da.

"Tak ada. Dia single and available." Tolak Haikal.

"Wah! Dah sampai tanya semua tu. Dah serius la ni?" Tanya Raja Mukhriz.

Muka Haikal tunduk. Memerah bila semua mentertawakannya.

"Bila bonda boleh masuk meminang? Bonda tak pernah meminang anak dara orang. Tiba-tiba rasa nervous pula." Tanya Engku Da. Niatnya mahu mengusik tapi melihatkan perubahan wajah Dila, terus senyumnya mati.

"Bonda minta maaf, Dila."

Dila menggeleng. Dia terima semua ketentuan perjalanan hidupnya. Yang paling penting, kinibdia sudah bahagia. Doanya, biarlah bahagia sehingga akhir hayatnya.

Cinta? Semak!Where stories live. Discover now