46

2.4K 119 0
                                    

Dila memandang Firdaus. Pertama kali sejak mereka berjumpa semula, Firdaus mengajaknya makan tengahari berdua diluar. Perasaannya berbunga tapi dia cuba untuk mengawal perasaannya dari terlihat diwajah. Tidak juga dilihatkan melalui tingkah lakunya. Dia cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan perasaannya.

Sesuatu yang biasa dilakukannya dari dulu. Saat pertama kali bertembung dengan Firdaus. Walaupun waktu itu, Firdaus langsung tak sedar kehadirannya.

“Bonda dah tau tentang kita. Tapi hairan. Sampai sekarang, bonda diam.” Kata Firdaus.

“Mungkin bonda tak boleh terima Aya lagi.” Kata Dila. Kali ini, dia gagal menyembunyikan perasaan takutnya.

“Aya jangan risau. Bonda tak buat apa-apa pun. Kalau bonda buat apa-apa pun, insya Allah, Haikal ada, Fir ada, Rayqal pun ada untuk protect Dila.” Pujuk Firdaus. Dia bangun dan duduk disebelah Dila. Belakang Dila diusap-usapnya untuk menenangkan Dila.

Dila angguk.

“By the way, pasal company abah tu, bukan bonda terminate. Abah yang tarik diri sebab dah kehabisan modal untuk running business. Ayah ada nak tolong, tapi abah tak nak. Ayah dengan abah kawan baik dari U lagi. So, bonda tak mungkin nak kacau abah. Dan sebenarnya, bonda tak tahu pun Dila anak abah. Bonda tak tahu pun siapa keluarga Dila.” Kata Firdaus.

Dila memandang Firdaus untuk meminta kepastian.

Firdaus angguk.

“Dila janganlah risau. Kalau bonda tahu siapa abah, mesti dia tak akan usik Dila. Bonda tu sayangkan ayah sangat-sangat. Dia tahu, kalau dia usik abah, ayah pasti akan melenting. Dan bonda takut ayah marah.” Ujar Firdaus lagi.

Dila memandang Firdaus. Langsung tidak percaya.

“Tak percaya pula. Nampak je macam bonda yang kawal hidup kami, kan? Tapi sebenarnya, dari dulu lagi, bonda sayang dan hormatkan ayah. Cuma ayah bagi kebebasan pada bonda untuk tentukan hala tuju keluarga kami. Kata ayah, suami adalah tiang rumah manakala isteri adalah pelengkap rumah. Dialah dinding, bumbung, tangga, lantai. Semua dia. Tanpa dia, tak lengkap langsung rumahtangga tu. Jadi, sebagai suami, kena sentiasa sokong apa saja tindakan isteri. Kalau perlu tegur, maka goncangkan saja tiang sebagai amaran.” Kata Firdaus mengingati kata-kata ayahnya beberapa hari yang lalu.

Dila memandang Firdaus. Ditenungnya lama.

Firdaus ketawa dan kembali ke tempat duduknya tadi.

“Beberapa hari lepas kita nikah, ayah call. Ayah kata, suami ni nakhoda, isteri enjin. Nakhoda kalau tak pandai nak belai enjin, enjin merajuk ditengah laut, susah nanti.” Sambung Firdaus.

“Kenapa tiba-tiba ayah cakap macam tu?” Tanya Dila.

Firdaus ketawa. Dia sendiri baru sedar tadi.

“Ayah dah lama tahu tentang kita. Kemungkinan besar, abah pun tahu.” Jawab Firdaus.

Dila diam sejenak.

“Masa Aya cakap Aya mengandung, abah tenang je. Mak yang macam-macam. Abah pun tak persoalkan pun pasal Adha dibinkan kepada Fir.” Kata Dila.

Firdaus dan Dila ketawa. Nampak macam mereka punya rahsia tapi rupanya, Raja Mukhriz dan Tuan Rizal lebih besar rahsia yang dipegang.

“Dila….” Satu suara melaungkan nama Dila dari pintu masuk restoran.

Dila dan Firdaus sama-sama memandang ke arah suara itu.

Lutfi tak lepas memandang Dila sambil cuba berjalan mendekati Dila kerana Sheqal sedang menariknya agar keluar dari restoran itu.

“Kawan Aya?” Tanya Firdaus.

“Yang tarik tu kan, Sheqal. Fir ingat tak? Coursemate Aya. Yang seorang tu, kawan dia, Lutfi. Dr. Lutfi.” Dila memperkenalkan dua jejaka yang makin rapat dengan meja mereka.

Firdaus angguk. Dia ingat dua nama itu. Satu nama yang selalu meniti dibibir Dila satu masa dulu. Dan seorang lagi adalah nama yang selalu buat darahnya mendidih. Bukan kerana cemburu tapi dia tak suka ada manusia yang mengganggu Dila.

“Dila.” Bersahaja saja Lutfi menegur Dila. Dia lantas duduk disebelah Dila.

Dila senyum senget. Langsung tidak memandang Lutfi. Pandangannya hanya tertumpu pada Firdaus. Dia mahu Firdaus faham yang dia hanya perlukan Firdaus. Bukan dua orang manusia ni. Bukan Sheqal apatah lagi Lutfi.

“Weh, jomlah. Orang tak suka kau. Jangan buat malu.” Kata Sheqal.

“Chill dulu, Sheqal.” Kata Firdaus. Tenang.

“Tak apa. I tak duduk dengan sinner.” Balas Sheqal. Sinis.

Firdaus senyum senget. Dia terasa hati namun, dia biarkan. Ini adalah pertama kali orang menggelarnya pendosa. Dila? Entah berapa ratus kali mendengar tohmahan sebegitu rupa.

“Sheqal! Kalau tak tahu keadaan sebenar, just shut up.” Marah Dila. Namun, suaranya masih terkawal. Dia tak mahu memalukan dirinya dan Firdaus ditempat awam begitu.

“I salah ke? You all bersekedudukan sampai ada anak. I salah ke?” Balas Sheqal dengan suara yang dikawal marahnya. Dia membongkokkan badannya. Menongkat badannya diantara Firdaus dan Dila.

Firdaus senyum senget.

Dila memandang Firdaus.

“Duduk dulu, Sheqal.” Dengan tenang, Firdaus menarik Sheqal duduk ditempatnya. Dia beralih ditempat duduk disebelah.

Lutfi senyum bila melihat Sheqal duduk.

Firdaus dengan tenang, meletakkan kad nikahnya dan Dila dihadapan Sheqal. Kad yang sudah lama berada didalam simpanannya. Dila yang mendaftar perkahwinan mereka di Malaysia atas pujukan Rayqal. Dan tentu saja, dia adalah yang merancang hal tersebut.

“Masa Dila dihalau dari rumahnya, Dila duduk dimana?” Tanya Firdaus.

“Almost seminggu duduk di dome.” Jawab Dila.

“Kenapa?” Tanya Firdaus.

“Nak tunggu kelulusan dari JAIS dan surat kebenaran wali.” Jawab Dila.

“Kalau kau betul-betul mampu, kenapa tak bayarkan sewa rumah Dila? Kenapa perlu sampai nikah?” Tanya Sheqal yang sudah malu sendiri. Pertanyaan yang hanya mahu membela diri.

“Sebab I tak pernah minta tolong Fir bayarkan sewa bilik I. Kenapa I terima usul Fir untuk nikah pun, I tak tahu. Yang pasti, dia adalah jodoh I. Up to now, I still wondering, why I accept the proposal.” Jawab Dila.

“I pun tak tahu kenapa I propose Dila. But something for sure, I want to protect her. Macam you cakap, I sepatutnya bayarkan sewa rumah Dila. Or lend her some money. Entah. Masa tu, I just nak dia duduk serumah dengan I. So that, I can protect her.” Balas Firdaus.

Sheqal diam. Lutfi juga.

Keduanya kelu. Sheqal dengan rasa bersalah dan Lutfi tak percaya. Yang pasti, keduanya kerana Firdaus dan Dila.

Cinta? Semak!Where stories live. Discover now