57

2.3K 108 0
                                    

"Sampai hati,kan? Langsung tak kisah bila ada perempuan lain suka dekat Fir. Siap offer lagi. Nak ke bermadu?" Rajuk Firdaus sebaik saja mereka masuk ke dalam bilik.

Dila senyum. Dia mendekati suaminya. Melingkarkan tangannya di pinggang Firdaus.

"Sebab Aya tau satu perkara. Yakin sangat. Fir takkan terima Lin." Kata Dila.

Firdaus senyum. Manis. Bibir Dila dikucup pantas.

"Nak mandi tak? Rayqal nak sampai kejap je lagi." Tanya Dila.

Engku Da. Perancangannya tak pernah bertangguh. Bila dia dah rancang, segera saja dia akan menjalankannya.

"Bonda, acu dah sampai." Jerit Adha dipintu bilik mereka.

"Tak sempat nak baring." Rungut Firdaus.

"Jomlah turun." Ajak Dila. Meleraikan pelukannya dan menarik Firdaus.

Sampai saja dibawah, Rayqal menyalami tangannya dan Firdaus.

"Lin kata, dia suka Firdaus. Sebab tu, dia rapat dengan Haikal." Engku Da terus membuka mulut sebaik saja dua beradik itu berbasa basi.

Rayqal dan Haikal terlopong.

Dila ketawa melihat reaksi tu.

"Tak payah ternganga dulu. Ada hal lagi menarik." Kata Firdaus.

"Apa?" Serentak Rayqal dan Haikal bertanya.

"Dia suka Rayqal lepas tau Daus dah nikah." Jawab Engku Da.

Haikal dan Rayqal ketawa terbahak-bahak. Sedikit pun tak ada rasa terkejut.

"Aku dah cakap kat kau semalam. Kan betul tekaan aku." Kata Haikal selepas tawanya reda.

"Lawak weh. Ini lagi lawak dari semua lawak-lawak didunia." Giliran Rayqal pula.

"Kalau Rayqal setuju, kita masuk pinang Lin hujung minggu ni. Tadi, bonda dah bincang dengan Rizal. Dia ikut keputusan Rayqal." Sampuk Engku Da.

Terus tawa yang amsih bersisa, mati. Baik Rayqal mahupun Haikal. Mereka saling berpandangan.

"So?"

"No way!" Balas Haikal dan Rayqal serentak.

Dila lega dengan keputusan yang diambil Rayqal.

"Good." Kata Engku Da dan terus berlalu.

Semua mata memandang Engku Da. Sebaik saja dia menghilang, semua mata saling berpandangan.

"Maknanya bonda pun tak setuju, kan?" Tanya Haikal.

Semua kepala mengangguk.

"Bonda ada pilihan lain untuk kau ke?" Tanya Haikal.

Semua bahu menjongket.

Mereka mengeluh.

Cinta? Semak!Where stories live. Discover now