43

2.2K 116 0
                                    

Engku Da membuka kacamata hitamnya. Dia memandang ke arah rumah banglo dihadapannya. Tidak sebesar rumahnya tapi cukup indah dengan landkap ala-ala nusantara. Sekali pandang, sudah tahu hasil sentuhan seorang yang professional.

Engku Da keluar dari kereta. Kebetulan dia ternampak seorang perempuan bertudung dalam lingkungan umur awal 40-an sedang membuang sampah. Dia mendekati dengan perempuan yang berbaju t-shirt, berseluar legging dan bertudung bawal yang hanya diikat belakang. Salam diberi.

“Ini rumah Dila?” Tanya Engku Da.

“Ini rumah mak bapa dia. Dila tak duduk sini. Dia duduk dengan Rayqal.” Jawab perempuan tadi.

Engku Da angguk. Dia mula mengambil langkah untuk masuk semula ke dalam keretanya.

“Ku Da?” Langkah Engku Da mati. Dia menoleh.

Dalam dunia ni, hanya teman-teman rapat Raja Mukhriz sewaktu di kolej dulu saja yang memanggilnya dengan nama itu. Dia terima waktu itu kerana mahu memikat hati Raja Mukhriz. Jika bukan kerana Raja Mukhriz, akan tampar otang yang memanggilnya dengan nama itu.

“Rizal?” Tanya Engku Da.

Lelaki itu senyum dan angguk.

Engku Da senyum. Dia menutup pintu keretanya dan mendekati Tuan Rizal.

“Macam mana boleh sesat dekat sini? Cari rumah siapa?” Tanya Tuan Rizal.

“Rumah kau ke?” Tanya Engku Da.

Tuan Rizal angguk.

“Mehlah masuk.” Ajak Tuan Rizal.

Engku Da angguk dan mengikut langkah Tuan Rizal masuk ke dalam rumah. Matanya melilau memandang sekeliling rumah. Kiri kanan penuh dengan tumbuh-tumbuhan sehingga ke pintu masuk rumah. Cantik dan tenang.

“Duduk kejap. Aku panggil wife aku sekejap.” Kata Tuan Rizal dan masuk hilang ke dapur.

Engku Da memandang sekeliling rumah yang dihias cantik. Satu ruang menarik minatnya. Dia mendekati. Dia memandang gambar keluarga yang besar tergantung di situ.

“Ku Da, duduklah dulu. Lela buat air kejap.” Kata Tuan Rizal dan duduk disofa diruang tamu.

“Cucu kau ke?” Tanya Engku Da.

“Haah. Dulu dia duduk dengan aku. Dari kecil kami yang jaga. Dah besar ni, bonda dia ajak duduk sama. Tapi tu lah. Entah apa yang sibuknya. Cuti sekolah pun, tak dibawanya balik budak tu ke sini. Telefon pun, kadang-kadang je. Seronok agaknya duduk bandar. Sampai lupa orang tua dekat sini.” Rugut Tuan Rizal.

“Kau pasti ke budak ni dekat rumah Rayqal?” Tanya Engku Da.

“Kau dah tau ke?” Tanya Tuan Rizal.

“Tau apa?” Tanya Engku Da.

Tuan Rizal geleng.

“Budak ni ada dekat rumah aku.” Pancing Engku Da melihat riak wajah Tuan Rizal.
Tidak beriak. Sedikit pun.

“Maknanya, kau tahu? Kau tahu yang kita ni berbesan?” Tanya Engku Da.

“Besan? Ni datang nak pinang Dila ke?” Tanya Puan Lela yang baru keluar dari dapur. Dia menghampiri Engku Da dan menghulurkan salam.

Engku Da menyambut huluran salam itu dengan wajah berkerut. Matanya beralih ke Tuan Rizal. Meminta kepastian. Sebab dari bicara Puan Lela, dia tahu, Puan Lela tak tahu tentang hal ini.

“Raja bagitahu aku.” Kata Tuan Rizal. Kendur saja suaranya.

“Raja tahu?” Tanya Engku Da.

Tuan Rizal angguk.

“Dia tahu sebelum dorang nikah lagi. Kawan dia yang kerja dikedutaan yang bagitahu masa Firdaus hantar borang permohonan. Aku yang sign surat wakil wali.” Jawab Tuan Rizal.

“Abang cerita apa ni? Lela tak faham.” Kata Puan Lela.

“Nanti abang cerita dekat sayang.” Balas Tuan Rizal.

“Kenapa Raja tak pernah cerita dekat aku?” Tanya Engku Da. Lebih kepada diri sendiri.

“Walaupun aku tahu sebab utama, tapi aku rasa benda ni, kau kena tanya dia sendiri. Yang pasti, dia suruh aku ikut rentak budak-budak tu. Rumahtangga dorang, biar dorang saja yang tentukan. Kalau dorang bagitahu kau, maknanya, dorang dah bersedia.” Kata Tuan Rizal.

“Bukan dorang bagitahu aku. Aku yang korek.” Sangkal Engku Da.

“Percaya cakap aku. Dorang yang bagi semua maklumat tu pada penyiasat kau. Kalau dulu, Firdaus seorang diri yang uruskan semuanya pun, kau tak dapat apa-apa. Hanya tahu dorang selalu bersama, apatah lagi bila dia dah ada orang yang sekongkol.” Balas Tuan Rizal.

“Maksud kau?”

“Rayqal dan Haikal.”

Berkerut muka Engku Da.

“Dulu, ada penyiasat kau bagitahu yang dorang duduk serumah? Kau tahu tentang Firdaus pergi kedutaan untuk menikah? Kau cuma tahu, dorang selalu jalan sama-sama je kan?” Tanya Tuan Rizal.

Engku Da angguk.

“Firdaus tahu kau hantar penyiasat. Dia deal dengan penyiasat kau. Penyiasat kau belot.” Cerita Tuan Rizal.

“Mana kau tahu semua tu?” Tanya Engku Da.

“Raja. Raja cuba nak deal dengan spy kau tu. Tapi dia kata, Firdaus dah deal dengan dia dulu. Sebab tu, sampai sekarang kau tak dapat apa-apa.”  Jawab Tuan Rizal.

“Tapi kenapa baru sekarang?” Tanya Engku Da.

“Sebab sekarang baru kau tak hantar spy ikut Firdaus. Spy kau kat sini, Firdaus dan Raja pun tahu, dorang tak boleh disogok. Terlalu setia.” Balas Tuan Rizal.

“Mana kau tahu semua ni?”

“Raja. Raja tahu semua tindakan kau. Bukan saja Raja. Firdaus dan Haikal juga sama. Setiap pergerakan kau, dalam pemerhatian dorang.”

Engku Da diam. Selama ini, dia ingat, dia yang mengawal keluarganya. Baik Raja Mukhriz, Puan Saleha, Firdaus mahupun Haikal. Rupanya, dia yang dikawal.

“Saleha? Saleha tahu tentang ni?” Tanya Engku Da.

Tuan Rizal angguk.

Engku Da diam. Dia terus keluar dari rumah tanpa pamit. Hatinya tiba-tiba sakit. Raja Mukhriz boleh berkongsi rahsia ini dengan Puan Saleha tapi bukan dengannya.

Maruahnya rasa tercalar. Dia tahu, dia bukan sesiapa dalam hati Raja Mukhriz. Perkahwinan mereka bukan kerana Raja Mukhriz mencintainya. Dia yang terlalu mencintai Raja Mukhriz. Hinggakan dia sanggup dimadukan. Asalkan Raja Mukhriz tetap bersama dengannya.

“Sampai hati…” Air mata Engku Da mengalir dengan lebat.

Cinta? Semak!Where stories live. Discover now