58

2.4K 111 1
                                    

"Tak rasa macam bonda ada planning lain ke? Macam ada anak dara lain yang nak dijodohkan dengan adik je." Tanya Rayqal.

Dila, Firdaus dan Haikal hanya mengangkat bahu. Dari semalam, itulah persoalan yang menerajui minda mereka.

"Instinct korang cakap apa?" Tanya Rayqal lagi.

"Aku tak rasalah. Dulu, aku suruh bonda carikan jodoh untuk aku. Bonda tak nak. Takkan tiba-tiba je dia berubah." Jawab Haikal.

"Tapi adik kena tau. Bonda boleh berubah mengikut keadaan." Kata Firdaus.

Tiga kepala mengangguk.

"Apa yang semua duduk borakkan? Serious saja." Tanya Raja Mukhriz dan terus bergabung dengan anak-anaknya ditaman.

"Bonda." Jawab Haikal. Lemah.

"Kenapa dengan bonda." Tanya Raja Mukhriz.

"Bonda ada rancangan apa-apa ke untuk Haikal dan Rayqal?" Tanya Haikal.

Raja Mukhriz ketawa.

"Adalah. Bonda dan ayah baru habis bincang hal ni dengan abah Rayqal petang tadi. Dah ada kata sepakat dah pun." Balas Raja Mukhriz. Tawanya masih bersisa. Terasa geli hatinya melihat keadaan anak teruna berdua ni.

"Habislah kita, Rayqal. Kena paksa kahwin." Kata Haikal dan membenamkan wajahnya ke atas meja.

Rayqal mengeluh. Mindanya sedang berputar memikirkan alasan untuk menolak sesiapa saja yang bakal dijodohkan dengannya.

Dila baru saja mahu membuka mulut namun pantas saja dimatikan niatnya apabila melihat isyarat dari Raja Mukhriz.

Raja Mukhriz kemudian memberi isyarat agar Dila dan Firdaus mengikutnya masuk ke dalam. Meninggalkan dua orang teruna yang sedang tak tentu hala tu.

"Kita kata je la kita gay." Cadang Haikal bila saja Raja Mukhriz, Dila dan Firdaus hilang.

"Kau gila ke? Sakit jantung parents kita nanti. Nauzubillah." Marah Rayqal.

"Habis tu? Aku tak pe. Aku tak kisah siapa pun yang Allah dah tetapkan sebagai jodoh aku. Kau la." Kata Haikal.

"Habis tu? Kau ingat aku tak de iman? Tak terima qada dan qadar yang Allah dah tetapkan untuk aku?" Balas Rayqal pula.

"Bukanlah. Tapi..."

"Malaslah aku nak serabutkan kepala otak. Malas dah nak fikir. Biarlah apa pun. Selagi tak keluar apa-apa dari mulut bonda tengku, aku anggap tak ada apa-apa yang berlaku. Aku balik dulu." Putus Rayqal dan terus berlalu meninggalkan Haikal.

Haikal mengeluh untuk kesekian kalinya.

Cinta? Semak!Where stories live. Discover now