55

2.4K 102 0
                                    

"Semua sibuk plan macam mana nak satukan ko dengan Fazlin." Rayqal membocorkan rahsia.

"Dorang ni tak faham ke apa? Dah orang tak nak, takkan nak paksa." Komen Haikal.

Rayqal angkat bahu. Dia sudah mengatakan untuk tidak turut serta. Tak mahu menjerat diri sendiri.

Lagipun, dia faham. Haikal memang tertarik pada Fazlin. Tapi tak sampai menyerahkan hatinya pada Fazlin. Pendirian Haikal, selagi belum sah menjadi isteri, hatinya tetap miliknya. Oleh itu, dia tak rasa perlu untuk buat Fazlin jatuh cinta pada Haikal.

Cinta tak perlu dipaksa. Dan cinta tak perlu untuk dipupuk. Cinta itu datang dengan sendiri. Dan bipania hadir, hendaklah disemai dan dibaja agar ia terus berkembang.

"Entah-entah, dorang tu rancang untuk kau sama. Takkan dorang nak tinggalkan kau sendirian, kan?" Teka Haikal.

Sekali lagi Rayqal angkat bahu.

"Entah siapa dorang nak jodohkan kau, kan?" Kata Haikal.

"Lila kot." Dan Haikal ketawa dengan tekaannya itu.

Kalaulah dengan Lila, rasanya mahu terbalik semua benda depan mata. Rayqal betul-betul bencikan Lila. Entah ke mana perasaan cintanya yang selalu diagungkan selama ini.

Itulah orang kata, cinta itu pinjaman Allah. Bila-bila masa boleh ditarik balik. Jadi, jangan terlalu yakin yang cinta itu akan kekal selamanya. Itu hanyalah dongeng. Pasti ada pasang surut. Yang pasti, berdoa dan bersabar. Itu kunci untuk kekalkan satu perhubungan.

"Aku pun tak faham kenapa aku tak boleh langsung nak terima Lila. Kalau boleh, nama dia pun, aku tak nak dengar. Tapi aku pun sedar, dia sebahagian dari masa silam aku. Tak boleh lari. Cuma aku harap, jangan ada sesiapa cuba dekatkan aku dengan Lila lagi. Bersusah payah aku larikan diri dari dia. Sekarang, dia pun dah tak contact aku lagi. Hidup aku dah tenang. Jangan nak serabutkan hidup aku pula." Ulas Rayqal.

"Aku rasa, baik kau bagi amaran keras dekat semua orang sebelum dorang rancang yang bukan-bukan." Cadang Haikal.

Rayqal angguk. Segera telefon bimbitnya dicapai dan memhantar pesanan ringkas kepada Dila.

BUKAN LILA. TAK MUNGKIN LILA.

Sengaja dia menghantar pesanan dengan huruf besar supaya Dila tahu, dia benar-benar maksudkan apa yang dia katakan.

Cinta? Semak!Where stories live. Discover now