38

2.3K 122 0
                                    

“Adha tak rindu bonda?” Tanya Firdaus.

Adha angguk.

“Daddy minta maaf. Daddy tak dapat nak bawa bonda duduk sekali dengan kita. Daddy jahat, kan?” Kata Firdaus. Nadanya sendu. Dia memang marah pada dirinya kerana ketidakupayaannya menyatukan keluarganya.

“Tak apa. Adha faham. Bonda dengan Acu dah cerita kenapa daddy tak boleh bawa bonda sama. Kenapa Adha tak boleh bagitahu pasal bonda dan semua ahli keluarga bonda.” Kata Adha.

“Bonda dengan Acu kata apa?” Tanya Firdaus.

“Bonda kata, daddy sakit. Belum kuat lagi nak bawa bonda masuk dalam rumah ni. Acu kata, daddy dengan Ayah Cu tengah usahakan untuk family kita sama-sama semula. So, Adha kena sabar dan tak boleh menangis sebab rindukan bonda.” Jawab Adha.

Adha memanjat tubuh Firdaus. Dia kemudian meniarap di atas badan Firdaus yang sedang baring terlentang.

Firdaus senyum.

“Dulu pun, bonda suka baring macam ni. Bila daddy bercerita, dia akan baring macam Adha buat ni. Bonda tu, nampak saja dingin tapi sebenarnya dia sangat manja.” Kata Firdaus.

“Abah dengan mak kata, bonda tu, nampak je kuat tapi sebenarnya tak pun. Sebab tu, apa-apa benda pun, Acu kena masuk campur. Kalau Acu tak ada, bonda mesti akan kalah. Macam hari tu, Acu yang berkeras dengan abah dan mak. Tak nak bagi abah dengan mak terima pinangan untuk bonda.” Cerita Adha.

“Bonda bukannya tak kuat tapi bonda tu orangnya lembut hati. Dia tak suka nak melawan. Terutama dengan orang-orang yang dia sayang. Kalau boleh, dia nak jaga hati semua orang yang dia sayang.” Balas Firdaus.

“Tapi sampai sekarang Adha tak faham. Kenapa bonda tak pernah bagitahu semua orang yang Adha anak bonda. Sekali je bonda pernah mengaku. Dengan uncle Sheqal. Bonda kata kawan masa dia study.” Adu Adha.

“Sheqal?” Tanya Firdaus.

Adha angguk.

“Dah, tidur. Esok nak sekolah.” Kata Firdaus dan terus memeluk Adha dan membaringkannya disebelahnya. Tubuh Adha dipeluk rapat sambil menepuk-nepuk belakang anaknya itu.

“Daddy, kenapa bonda tak pernah bagitau sesiapa yang Adha anak dia? Bonda tak sayang Adha ke?” Adha masih tak puas hati bila Firdaus tak menjawab soalannya.

“Bonda sayang Adha. Bonda nak melindungi Adha. Takut orang ambil Adha jauh dari dia.” Jawab Firdaus.

“Tapi kenapa dengan uncle Sheqal bonda bagitau?” Tanya Adha lagi.

“Sebab bonda percayakan uncle Sheqal.” Jawab Firdaus.

Adha angguk.

“Good Night, daddy. Assalamualaikum.” Kata Adha sebelum meloloskan wajahnya ke dalam pelukan Firdaus. Bersembunyi ke dalam ketiak Firdaus.

“Waalaikummussalam warahmatullah.” Jawab Firdaus sambil menepuk-nepuk bagi mendodoikan Adha.

Fikirannya melayang kembali mengingati bagaimana dia boleh berkenalan dengan Dila.

Pertama kali terserempak dengan Dila adalah dihadapan pintu utama apartmen mereka. Apartmen milik keluarganya. Beberapa kali kejadian itu terjadi, sama ada terserempak atau memang dia menunggu.

Dia mulanya tak faham kenapa dia sanggup menunggu Dila. Bila ternampak Dila, dia akan berpura-pura sepertj terserempak. Dari situ, mereka berbalas senyum. Dan dia memberanikan diri untuk menegur Dila. Alhamdulillah, Dila membalasnya dengan lembut.

Dari teguran yang pertama itu menjadikan mereka makin rapat. Boleh bersembang dan ketawa bersama. Seandainya ada waktu kelas yang sama, mereka akan ke kampus bersama. Sama ada berjalan kaki atau menaiki keretanya. Itu pun kalau sudah terlambat kerana Dila lebih suka berjalan kaki atau menaiki tram ke kampus.

Namun, Dila hanya menganggapnya sebagai seorang kawan. Tidak lebih dari itu. Buktinya adalah Sheqal.

Sheqal adalah tajuk utama cerita antara mereka berdua. Sheqal yang bijak, kacak dan mempersonakan. Dia pernah bertanya dan mengusik Dila tentang Sheqal. Jawapan Dila.

" Cinta tu perkara yang menyemakkan kepala otak. Dila cuma admire dengan otak dia. Boleh ingat banyak benda. Medical term tak senang nak ingat. Apatah lagi function and description. Tapi dia lancar dan senang nak ingat semua tu. Macam wikipidia. Tapi dia seorang yang aktif dan pandai bersocial. Bukan ulat buku."

Tapi itu kata mulut Dila. Bahasa tubuhnya berbeza. Setiap kali terserempak dengan Sheqal, Dila selalu menahan wajahnya dari kemerahan kerana malu. Tingkahnya jadi tak tentu hala jika ternampak Sheqal walaupun dari jauh.

Semesta seterusnya, barulah Dila mula selesa dengan Sheqal. Tidak lagi mengelabah bila terserempak dengan Sheqal. Rupanya, mereka ditugaskan dalam kumpulan yang sama. Namun, cerita berkenaan Sheqal masih terus berkumandang. Makin rancak.

Firdaus abaikan perasaannya yang terguris. Dia tetap melayan Dila dengan cerita-ceritanya. Untuk Firdaus, berada bersama Dila sudah cukup untuk dia rasa gembira. Melihat Dila bahagia, itu adalah kebahagiaannya.

“Daddy tak tidur lagi?” Tanya Adha.

“Daddy nak tidurlah ni.” Jawab Firdaus langsung mematikan lampu sisi ditepinya. Dia mengeratkan pelukannya sebelum memejamkan matanya.

“Daddy rindu bonda, ya?” Tanya Adha.

“Tidur.” Balas Firdaus tanpa membuka matanya.

“Adha pun rindu bonda.” Kata Adha.

Firdaus diam sambil terus menepuk-nepuk belakang Adha sehingga dia tertidur.

Cinta? Semak!Where stories live. Discover now