49

2.3K 111 3
                                    

“Kak, kau tak bahagia ke?” Tanya Rayqal.

Dila memandang ke arah Rayqal. Kemudian, dia senyum sebelum memalingkan semula pandangannya ke televisyen di depannya.

“Kau nampak aku tak happy?” Tanya Dila semula.

Rayqal angguk.

“Kenapa aku tak happy pula? Aku dapat suami aku semula. Aku dapat anak aku semula. Of cause aku happy. Tak ada sebab untuk aku tak happy, kan?” Balas Dila.

“Happy ke kalau kau asyik lepak rumah aku?” Tanya Rayqal.

“Ala… bosan duduk rumah tu. Bukan aku boleh buat apa pun. Semuanya Mak Jah dah buat. Bosanlah.” Jawab Dila.

“Habis tu? Kau duduk rumah ni, sama je. Kau tetap duduk tengok tv juga. Tak ada buat apa pun.”Balas Rayqal.

Dila diam.

“Kau tak bagi aku duduk rumah kau ke, dik?” Dila mengeluarkan suara sayu.

“Bukan tu maksud aku. Kalau kau tak bahagia duduk sana, kau balik. Duduk sini. Minta abang lepaskan kau.” Pujuk Rayqal.

Dila geleng.

“I am suppose to be happy, right? Aku happy tapi aku susah hati. First thing first, aku rasa macam perempuan murah dengan Firdaus. Dulu, masa kami baru kahwin, aku yang mulakan langkah sampai Adha terlahir. Sekarang, tetap aku yang mulakan. Aku rasa macam aku yang terhegeh-hegeh nakkan dia. Dia still macam dulu. Hanya menjalankan tanggungjawabnya saja.” Luah Dila.

Rayqal diam. Dia memberi ruang kepada Dila untuk terus bercerita. Walaupun ada benda yang mahu dibetulkan, dia tetap diamkan. Biarlah orang yang layak betulkan segala salah sangka kakaknya itu.

“Pasal cerai tu, aku dah lama fikirkan. Sejak aku injured. Aku tak nak susahkan Fir. Kau pun tahu macam mana keadaan aku. Biarlah aku susahkan kau seorang. Kau darah daging aku. Aku tak nak susahkan dia. Walaupun dia suami aku.” Sambung Dila. Suaranya sudah mula bergetar seperti orang mahu menangis.

“Kau pernah bincang hal ni dengan abang?” Tanya Rayqal.

Dila geleng.

“Aku tahu, dia tak akan lepaskan aku sebab Adha.” Balas Dila.

“Fir tak akan lepaskan Dila sebab Dila. Bukan sebab Adha.”

Satu suara yang berada didepan pintu rumah menarik perhatian Dila. Dia menoleh badannya ke belakang.

Firdaus sedang mendekatinya.
Rayqal keluar. Memberi peluang kepada kakak dan abang iparnya untuk menjernihkan rumahtangga mereka.

Memang dia dan Haikal yang merancang semua ini. Dia mahu Dila meluahkan apa yang terpendam didalam hati dan dia mahu Firdaus dengar sendiri apa yang terbuku di hati Dila.

Walaupun dia sedikit kecewa kerana Firdaus masuk sebelum Dila lafazkan perasaannya yang sebenar untuk Firdaus, namun, dia sangat berharap, DIla dan Firdaus akan menyelesaikan hal ini dengan baik. Dan melafazkan kalimah cinta mereka.

Cinta? Semak!Where stories live. Discover now