"Ante!! mana director hospital ni?! aku nak dia bertanggungjawab atas kematian anak aku!!"
Lim menjerit memanggil director hospital tersebut.Jururawat berlari memanggil Lee Yi Ahn.
Lee Yi Ahn yang tidak tahu apa yang terjadi berlari turun untuk berjumpa dengan Lim."Kau!! aku nak kau bertaanggungjawab atas kematian anak aku!"
Lim menjerit sebaik sahaja melihat Lee Yi Ahn.
"sabar encik,sila bersabar. Biar saya berbincang dengan doktor ni dulu."
Lee Yi Ahn pergi berbincang dengan doktor-doktor yang lain.
15 minit kemudian.
"Maaf encik,tapi anak encik sebenarnya telah pergi sebelum encik tiba di hospital lagi."
Lee Yi Ahn berkata dengan tenang.
"Kau tak guna! penipu! aku akan pastikan kau rasa macam mana rasanya bila kehilangan anak."
Lim terus memarahi doktor-doktor di situ dan cuba menyerang mereka.
"Security! security! kami tak bertanggungjawab atas kematian anak encik! security!"
Lee Yi Ahn menjerit memanggil pengawal untuk mengeluarkan Lim dari hospital. Beberapa pengawal datang dan menarik Lim untuk keluar.
❤️👻💀☠️
Lim memandu keretanya dengan laju. Dia mahu membuat laporan tentang kematian anaknya. Lim tidak menghiraukan lampu isyarat yang berwarna merah.
PSHHHHH!!
Kereta Lim dilanggar oleh lori. Lim meninggal di tempat kejadian.
END OF FLASHBACK
"sekarang aku rasa kau dah faham. Jadi, tak ada lagi persoalan kenapa aku nak bunuh kau! bersedialah!"
Belum sempat hantu tersebut menyerang Jong Suk, tiba-tiba..
"Lim!"
Lim menoleh memandang Ji Hyo di belakangnya. Tetapi di sebelah Ji Hyo terdapat seorang lelaki berbaju hitam...
"Reaper?"
Lim terkejut memandang grim reaper di sebelah Ji Hyo.
" 17 haribulan 3 tahun 2007, Lim, umur 42 tahun, sebab kematian ialah kemalangan, kau kan?"
Grim reaper tersebut berkata sambil memandang Lim.
"hahahahaha...Tak! tu bukan aku!! Pabo!!"
Lim menjerit. Grim reaper itu berasa tidak puas hati dengan Lim.
Berani betul jantan ni!
"Lim!"
Grim reaper itu menjerit memanggil nama Lim. Dia harus memanggil nama lelaki itu sebanyak 3 kali untuk memaksa roh nya mengikut grim reaper.
"Ante! aku akan selesaikan kerja aku dulu!"
Lim terus mencekik leher Jong Suk sekuatnya sehingga Jong Suk terangkat.
"Jong Suk-ahh!"
Ji Hyo terjerit dan mahu menolong Jong Suk, tetapi dihalang oleh reaper itu. Grim reaper itu menjadi marah dan terus menjerit nama Lim.
"Lim! Lim! Lim!!!"
Grim reaper itu menjerit nama Lim sebanyak tiga kali.
"ARGHHHHHHHHHHHH!"
Lim menjerit kesakitan, dia melepaskan Jong Suk.Jong Suk terduduk di atas lantai. Lim hilang dari pandangannya.
Jong Suk terkebil-kebil dengan kejadian yang baru terjadi itu.
YOU ARE READING
DREAMS ✅
FanfictionLee Jong Suk.Selepas kemalangan itu,dia mula melihat dunia ghaib.Ya..hijab keenamnya. terbuka dengan sendirinya.Jong Suk masih boleh menerima hakikat tersebut dan cuba untuk membiasakan diirnya dengan keadaan baru yang menyambut kepulangannya setel...