PART 16
YOU ME US
BY : LADYS STORIES
PAGE : LADYS WRITER
.
.
.
NATALIE
# IMBAS KEMBALIBalik saja dari majlis Aryan sejak hari tu saya sakit2. Makan nda selera. Tiap hari saya peluk baju Aryan untuk tenangkan jiwa saya. Masa tu saya akan tenang dan saya akan tidur lena. Hampir seminggu saya sakit, dan Maira bawa saya ke klinik
"Tahniah. Puan hamil" doktor
Masa ni saya senyum. Senyum sebab tuhan betul2 hujani saya dengan hadiah2 yang sangat indah. Saya kehilangan Aryan tapi saya hamil anak Aryan. Memang saya tidak kena suruh move on. Saya pandang Maira dan dia senyum. Kami berjalan sampai di parking lot. Saya bagi Maira kunci.
"Drive. Saya pening"
Maira ambil kunci dan start enjin. Saya hanya diam. Sesekali saya pandang perut saya yang masih kecil. Macam nda percaya saya di dalam perut saya ada satu nyawa. Perlahan airmata saya jatuh.
"Nat, jangan fikir terlampaulah. Kesian kat baby. Dia tak salah kot. Dah memang takdir korang takde jodoh nak buat macam mana? " Maira
"Kenapa Maira? Asal saya bahagia saja, mesti nda lama lepas tu saya akan berpisah? Saya nda layak kah bahagia?"
"Nat, tak baik menyalahkan takdir. Kadang2 tuhan bagi kita sesuatu yang kita anggap tak baik tapi ianya sangat baik untuk kita. Terima kenyataan. Dan sayang baby kau. Tak semua perempuan boleh ada anak tau. Kat luar tu berderet perempuan buat rawatan semata2 nak anak." Maira
Betul cakap Maira. Sejak hari tu, saya tanam tekad nda mahu stress. Tapi apakan daya, bukan cuma saya rindukan Aryan, tapi baby pun rindu Dadynya😢selalu meragam perut saya tapi bila saya letak baju di perut saya barulah hilang sakit perut.
"Aryan, kalaulah kau tahu. Impian 4 to 10 kita sudah ada di rahim saya😢 will you come back to me?"
# TAMAT
"Aryan tahu?" Danish
Saya geleng kepala. Saya nda terfikir pun mahu bagitahu Aryan. Saya nda mahu dia pilih saya sebab anak kami
"Nat, Aryan berhak tahu. He is the father. Jangan tapuk Nat. Kau mahu, one day dia tahu dan rampas baby dari kau?" Danish
"No! Saya akan bagitahu. But not now. Kau pun jangan bergatal mulut kau pergi menyampai sana"
Danish ketawa dan peluk saya. Perut saya di belai lembut.
"I wish this is mine." Danish
"Kau sihat sudah Danish. U can find another girl. Jatuh cinta, kahwin and make a baby😂 how much you want"
"Stupid! Saya mahu kau Nat. Only you. But i know i cant be so selfish now. I just want to be your good friend" Danish
"Thanks Danish"
Ya, antara saya dan Danish tidak boleh lebih dari kawan. Hati saya betul2 tiada ruang untuk orang lain sekarang.
.
.
.
DIANESejak hari Danish halau saya,sekali pun saya tidak pernah jumpa dengan dia sudah. Even saya nampak dia buat rawatan di hospital, saya hanya tengok dia dari jauh.
Saya sendiri nda tahu, apa kekurangan saya sampai Danish nda nampak cinta saya selama ni. Biar pun awal hubungan kami hanya semata2 sebab nafsu, tapi itu bagi Danish bukan saya. I really love him. Tapi bagi dia, saya hanya tempat dia memuaskan nafsu saja.
Dan hari ni, tiada lagi rasa cinta. Yang tinggal hanya kebencian! Dendam! Dan saya akan balas semuanya Danish.
"Dr. Diane. Lama nda jumpakan. Padahal satu bangunan saja. Mengelak ka?" Dr. Bryan
YOU ARE READING
YOU ME US (SABAHAN VERSION)
RomantikMengisahkan seorang wanita yang mencintai dua lelaki. kerana keduanya memiliki apa yang dia inginkan. dia sangat mencintai keduanya. tp dia lupa, sesungguhnya dia hanya boleh memilih salah satu dari mereka berdua. satu saat segala rahsia akan terbon...