part 19

1.5K 129 18
                                    

PART 19
YOU ME US
BY : LADYS STORIES
PAGE : LADYS WRITER
.
.
.
"He going to die!! Danish sakit natalie!! I need your help!! we must save him!! Or he will die!" Diane

"Wh...what?"

"He diagnosed with liver cancer Natalie. Peluang untuk hidup sangat tipis. Dia perlukan penderma organ. Untuk dapatkan penderma yang sesuai pun bukan senang. Tidak semua organ sesuai untuk tubuh kita." Diane

       Saya nda tahu apa tujuan dia bagitahu saya. Tapi jujur saya katakan. Saya sangat terpukul dengan kenyataan yang Diane katakan. Selepas Diane pergi saya berlari masuk bilik Danish dan cari sesuatu yang boleh meyakinkan saya bahawa dia benar2 sakit.

       Almari pakaiannya saya bongkar. Satu persatu pakaian Danish berampai di lantai. Tiada apa2 pun saya jumpa. Cuma satu tempat saya belum cari. Bawa tilam. Bayangkanlah beratnya tilam spring saya angkat saja. Saya lupa yang saya ni hamil. Bila dapat saja saya kasih jatuh tu tilam, sana saya nampak ubat2 Danish yang berjenis2 berkotak2. Dan ada sekeping kertas. Saya ambil dan saya baca.

       Perlahan saya terduduk di lantai yang berterabur. Saya meraung, menangis. Bayangkan saja betapa sakitnya kenyataan yang Danish hadapi. Tiba2 saya tersedar sesuatu, selama ni saya yang bersalah.  Sepatutnya saya yakin yang Danish akan cari saya. Betul cakap Diane.

"Berapa banyak pun saya cuba pisahkan kamu, lihatlah, even dia nda ingat langsung kau siapa, tapi heart connection antara kamu berdua yang bawa dia kembali pada kau Natalie. Listen to your heart, forgive him. Saya yang salah. Hukum saya bukan Danish. Sebelum terlambat" Diane

       Saya bangun dan kemas semula semuanya. Balik2 juga saya lap tu airmata yang jatuh. Saya simpan balik semua ubat di bawah tilam dan susun semula seperti tadi. Kemudian saya turun bawah, siapkan makan malam, sebenarnya baru pukul 4 petang. Biarlah, kenapalah kalau dinner pukul 5pm. Masa itu emas dan saya nda mahu sia2kan

       Pukul 6 Danish sampai terus dia hidu2 bau masakan. Saya di dapur memerhatikan senyuman Danish yang melangkah ke arah dapur. Cepat2 saya pergi susun piring. Nda mahu ketara saya sudah tahu semuanya.

"Babat! Apa kau masak?" Danish

"Your favourite lah. Dont you see, ayam masak merah. Nyummy!!"

       Habis saya bercakap terus saya melekat di badan Danish. Dia pun balas pelukan saya. Oh please airmata! Jangan di sini kau keluar.😢

"Woww makan awal lah ni. So malam ni kita ada masa tengok movie" Danish

       Saya sediakan makanan atas meja sementara tu Danish pergi mandi. Nda lama lepas tu dia turun dan kami makan bersama. Berselera betul Danish makan, sementara saya ibarat menelan hempedu. Habis makan kami duduk di ruang tamu. Saya baring di paha Danish sambil mata saya fokus pergi tv tapi otak saya berfikir.

"Danish"

"Hmm" Danish

"Do you still love me?"

"Hmmm saaaangat. Kenapa?" Danish

"I love you too"

"I know. Kenapa ni?" Danish

       Saya nda tahu macam mana mahu mulakan tapi, saya harus lakukan juga. Mungkin inilah saat terakhir saya untuk membahagiakan Danish semula. Even saya harus korbankan hati Aryan

"Share the pain with me Danish"

"You know it?" Danish

"Macam mana kau boleh tanggung semua ni Danish? Kenapa kau nda terima saranan doktor? Buat pembedahan. Cari penderma. Selagi masih bernafas, selagi tu masih ada sinar harapan Danish. Kau ndada impiankah? Menyerah dengan takdir saja?"

YOU ME US (SABAHAN VERSION)Where stories live. Discover now