PART 12
YOU ME US
BY : LADYS STORIES
PAGE : LADYS WRITER
.
.
.
NATALIEDengan mata bengkak saya gagahkan juga diri saya bangun untuk buat sarapan. Sudah jadi kebiasaan saya urus semua hal ni sebelum Aryan keluar kerja. Tapi awal pagi lagi bilik Aryan sudah kosong. Saya hanya mampu mengeluh saja. Sudah berapa hari Aryan tidak bercakap dengan saya. Saya takut kehilangan Aryan. Tapi saya juga tidaklah kejam sampai sanggup biarkan Aryan belakangkan mama dia. Saya mandi dan bersiap pergi kerja.
Sampai office saya sibukkan diri saya. Semua fail saya cek sampaikan fail lama saya keluarkan semula.
"You okay, Natalie? Kenape ni? Dah dua tiga hari ni saya tengok awak moody saje" Maira
"Nothing. Saya cuma stress dengan hidup saya"
"Tell me? Supaya ringan sikit perasaan kau" Maira
Saya letak fail2 atas meja saya balik di rak. Saya ceritakan semua nya pada Maira. Melopong mulutnya.
"Macam drama tv3 je. Dah tu sekarang kau nak buat ape?" Maira
"I just dont know Maira. Saya sudah pilih Aryan to be my partner life. But suddenly it happen. Dia akan bertunang. Dan saya yakin dia akan bertunang. Sebab ini adalah permintaan mama nya. Ini bukan pertama kali actually."
Maira sapu belakang saya. Try to comfort me. Silap lagi kah pilihan saya kali ni? Kenapa tiap kali saya memilih ada saja yang tidak kena? Habis saja waktu kerja saya terus balik. Berharap sangat Aryan akan balik dan makan bersama saya malam ni. Sudah berapa hari berlalu, saya sangat rindu dengan dia. Its not about sex. I really miss him.
Siap saja saya masak saya terus sediakan atas meja dan saya tutup. Saya masuk bilik dan bersiap, saya pakai baju seksi sikit. Tidak juga baju seksi apa, Aryan selalu cakap saya seksi bila pakai t-shirt dia. So saya pakai t-shirt Aryan dan saya tunggu Aryan di sofa sambil nonton. Beberapa jam berlalu, Aryan belum juga pulang. Jam menunjukkan pukul 11pm. Mata saya mengantuk sudah. Tapi saya gagahkan juga menunggu Aryan. Last2 saya tertidur di sofa.
Saya tersedar bila saya rasa bahu saya di sentuh dan saya rasa badan saya hangat. Perlahan saya buka mata, Aryan sedang memaut bahu saya dan sandarkan badan saya di dadanya. Kepala saya letak di bahunya. Dia pandang saya dan senyum. Saya balas senyumannya dengan mata tertutup.
"Open your eyes baby. Look at my eyes. I wanna say something." Aryan
Perlahan saya buka mata dan pandang Aryan. Kepala saya masih di bahunya. Dia rapatkan muka kami kemudian dia berkata.
"Saya minta maaf sebab tak bercakap berapa hari ni. Saya ingat dengan cara ni boleh buat saya jauh dan boleh lupakan baby. But i was wrong. Makin saya avoid makin saya rindu. I love you so much! Please forgive me baby" Aryan
Airmata saya memang nda sputing betul. Masa ni juga dia mahu mengalir. Benci saya dengan diri sendiri yang sangat lemah. Sikit2 menangis. Tapi saya happy. Bila Aryan depan saya sekarang saya rasa sangat bertuah sebab ada lelaki yang begitu cintakan saya.
Krukkkk krukkkk
Cepat2 saya pigang perut saya. Yalah dari siang saya nda makan semata2 mahu makan sama2 Aryan malam ni. Sanggup saya berlapar. Akhir nya Aryan pulang juga.
"Hungry😢"
"Ohh my baby. Jom saya masakkan baby" Aryan
"No need! Kita panaskan makanan saja sebab saya sudah masak awal lagi. Jom!"
Saya tarik tangan Aryan dan bawa dia ke dapur. Sambil saya panaskan lauk Aryan sibuk juga melekat di badan saya. Bahu saya di kucup lembut. Terpejam jugalah mata saya menikmati ciuman Aryan. Lepas makan Aryan mandi dan saya baring di katil. Selepas berapa hari berpisah akhirnya tidur sekatil lagi malam ni.
YOU ARE READING
YOU ME US (SABAHAN VERSION)
RomansaMengisahkan seorang wanita yang mencintai dua lelaki. kerana keduanya memiliki apa yang dia inginkan. dia sangat mencintai keduanya. tp dia lupa, sesungguhnya dia hanya boleh memilih salah satu dari mereka berdua. satu saat segala rahsia akan terbon...