Aira memicit micit nasi dalam tray nya . Suasana riuh dalam dewan makan itu langsung tidak mengganggu lamunan nya . Matanya merenung tray berisi nasi yang bagai tak luak langsung sedari tadi . Nawal , Syak dan Ain memandang sesama sendiri .
Aira ! Aira Humaira ~
panggil Ain . Namun tiada balasan daripada Aira . Dah sampai Afrika agaknya Si Aira ni .
Nawal memandang Syak yang duduk di hadapan Aira , isyarat diberikan . Syak mengangguk faham .
1
2
3
BBUMMMM !
OI MAK BEDAH JUAL LAMPIN KAU KOYAK !!!
habis ayam pehanya melambung dek kerana melatah . Aira menutup matanya . Bibirnya di ketap , malu .
krik krik .
suasana dalam dewan makan itu senyap serta merta . Semua mata kini tertumpu ke arah empat sekawan itu atau lebih tepat lagi pada Aira . Syak terkejut dengan respon Aira . Bukan niatnya nak buat Aira melatah tapi dia ketuk meja untuk sedarkan Si Aira yang mengelamun jauh tu . Aira pulak dah tebal beratus inci dah .
Suasana di dema kini kembali riuh dengan suara gelak ketawa pelajar
pelajar SMK Ayer Dalam . Bertambah lah malu Si Aira . Syak berulang kali meminta maaf kepada Aira . Dia tahu silapnya kerana mengejutkan Aira .Nawal dan Ain dah merah muka tahan gelak .
kuangjo .
haa gelak lah , gelak .
kata Aira dengan nada rajuk nya .
alolo sorry lah , dah kau tu berangan apa sampai tak luak langsung nasi dalam tray tu ?
pujuk Syak . Tawanya terlepas jua akhirnya . Susah woi nak tahan gelak bila tengok member kau melatah sampai tercampak ayam KAHKAHKAH . Dah lah tercampak ayam pastu kena pulak tepat kat muka amierah . Kesian Amierah .
Aira memandang wajah Amierah dengan riak bersalah .sorry Amierah , silap saya . Sorryyyyyy sesangatt
Kedua tapak tangannya disatukan tanda memohon maaf . Amiera senyum .
eh takpe takpe , sikit je ni .
balas Amierah bernada biasa . Fuhh , untung Amierah tak marah kalau tak haish payah lah pulak nak settle .
Aira kembali memandang Ain , Syak , dan Nawal silih berganti . Kalau ikutkan hati nak je Aira bukak gelanggang WWE dalam dewan makan ni , sekeh kepala sekor sekor . Haih .
Setelah beberapa ketika , suasana di dewan makan kembali biasa seperti tiada apa yang berlaku . Lega hati Aira . Baguih budak budak SMK Ayer Dalam ni , tak besar besarkan cite .HAHAHA kalau tak , tak jejak dewan makan lah Aira lepas ni sebab malu .
korang rasa kenapa aku selalu berangan eh semenjak dua menjak
ni ?soal Aira kepada member member nya itu . Nadanya seperti serius .
tu tandanya kau betul betul dah angau cinta ngan mamat junior tu .
balas Ain selamba lalu sesuap nasi disua ke dalam mulutnya . Aira merenung tajam ke arah Ain . Ain memandang Aira dengan kening terangkat .
Apa ? betullah aku cakap , kau sebenarnya suka an kat si Dani tu ? tak suka konon , padahal hati dah bukak kedai bunga dah tu .
kata Ain lagi . Nawal ngan Syak dah buat sengih nakal .

YOU ARE READING
Aira Humaira
DragosteAdik, Akak Suka Awak - Aira Pengakuan jujur. Penantian Cinta Yang Terindah. 10 Tahun Yang Penuh Suka Dan Duka. Adakah Benar Dia Jodoh Yang Telah Ditetapkan Ilahi? EEE JANGAN BACA PLEASE AKU MALU SIOT. AKU BUAT CITE NI ZAMAN BOCAH LAGI EEE JANGAN...