dengar tak bunyi hati pecah ?haa , tu hati Aira lah tu .
masam terus muka dia .
KAHKAHKAH padan muka Aira . Tulah perasan sangat , kan dah kena reject !
. . . . . . . . . . . . . . .
alah Kak Aira , jangan gini .. sebab tu saya tak nak cakap pasal benda ni , sebab saya tahu awak akan sedih ..
pujuk Julia . Dia rasa bersalah sangat sekarang . Aira pura pura senyum . Dia tak nak Julia salahkan dirinya .
Aira buat buat gelak . Jelas norr hambarudin dia punya gelak tu . HUH .hahaha mana ada saya sedih , saya dah tahu dah Dani tak suka saya haha
kata Aira sambil gelak . Padahal dalam hati , hak tuih ! rasa nak pergi belasah je budak Anis tu .
Lawa sangat ke budak tu hah ? hm , aku buruk sangat ke ? kuikui .
getus hatinya . Wajah Julia dipandang lagi sekali .
lagipun saya tak kesah dia tak suka saya , alahh mustahillah dia nak suka kat saya , dah lah tua .
hm , okaylah saya nak pergi mandi .Aira bangun dari katil Julia . Dia mencapai tuala dan alat alat untuk mandi . Safiah yang berada di atas katil miliknya itu dikerling .
woi safiah , ajumlah mandi sekali ! lagipun tadi setan nokharom jemput aku ke parti dorang dalam tandas . jom ah wei ! tak baik tolak jemputan orang .
laung Aira dari muka pintu . Macam jauh sangat si Safiah tu . hm
ha jap , nak join jugak parti tu ..
seperti yang dijangka , Safiah setuju .
Aira bersorak dalam hatinya .
Tujuan sebenarnya ialah supaya Safiah teman dia mandi . Aira ni penakut . Acah buat lawak , setan ajak gi parti . HEH
Vahangang kau Aira !. . . . . . . . . . . . . . . .
Dani , tolong abang sikit boleh ?
pinta haikal , pelajar tingkatan 5 .
Dani mengangguk setuju .tolong kasi borang ni kat beberapa orang boleh ? list nama orang yang kau kena bagi ada atas setiap borang tu . boleh tolong tak ?
soal Haikal , inginkan kepastian .
eh boleh je . Nanti saya tolong kasi ya bang ?
terima kasih ah Dani .
Haikal berlalu dari situ . Dani mengambil borang borang yang diberi oleh Haikal tadi . Dia menyarung sandalnya dan mula mencari pemilik borang borang tersebut . First , dia ke sekolah untuk mengedarkan borang itu kepada senior f2 . Ada dalam tiga empat orang gitulah . Pastu dia pergi makmal sains , edar kat 5 orang pelajar f4 . Dan aktiviti mengedar borang itu diteruskan sehinggalah tinggal hanya satu borang yang tinggal . Dani berhenti berehat di meja batu berhampiran dengan surau . Peluh diseka .
woi Dani , kau buat apa kat sini ? penat aku cari dalam dorm . Kau tak de .
tegur Hariz , budak f2 .
kenapa riz ?
soal Dani kembali . Dani kalau dengan f2 atau f3 , dia panggil nama je . Kalau f4 dan f5 baru dia bahasa kan " abang " . Biasalah duk asrama . Lelaki mana suka di panggil "abang" kalau beza setahun dua . yedok ?
Tadi abang Nasrullah pesan kat aku suruh bagitahu kau , malam ni kau jadi imam solat maghrib .
Dani mengangguk faham . Dia sudah biasa menjadi imam .
okay .
balas Dani ringkas . Dia menghantar pemergian Hariz dengan bebola matanya sahaja . Dia memandang borang terakhir yang dipegangnya sedari tadi . Borang itu diterbalikkan untuk melihat nama pemilik borang tersebut . Keningnya bertaut .
.
.
.
.
okay , sungguh tak kelakar .
Aira Humaira Binti Kamal
Dani membaca nama yang tertulis di atas borang tersebut . Hampir nak pengsan dibuatnya . Dia mula menggelabah . Dia tak tahu lah kenapa tapi kalau boleh dia dah tak sanggup bertembung dengan Aira mahupun geng gengnya lagi . Dia serik ! Serik diejek .
keluhan berat dilepaskan . Matanya menangkap satu figura yang baru keluar daripada surau bahagian perempuan . Sah ! itu Aira . mahu tidak mahu dia kena jugak bagi borang tu . Dia memegang dadanya .
Dani , chill okay . Bagi , dan blah . okay go Dani !
dia menepuk pehanya sebelum berdiri . Perlahan lahan , dia melangkah mendekati Aira yang sedang berjalan membelakanginya .
akak ..
tiada respon .
ehem , kak Aira ..
Aira kaku .
tt..tu suara Dd..Dani kan ?
getus hatinya . Perlahan dia berpaling ke belakang memandang gerangan tersebut and tadaaaa
betul sangkaannya .
DANI DANIAL AKA MY HANDSOME CANDY CRUSH CIKEBUNG CIKEBUNG
Wajah Dani selamba sahaja manakala Aira pula dah habis AYU dah muka .nak apa ?
soal Aira .
nak kasi ni je , abang Haikal yang kirim , borang daripada Ustaz Hafiz kalau tak silap sayalah .
Dani menghulurkan borang tersebut .
Aira merenung borang itu seketika . Dia mengangkat kepala memandang figura Dani yang sudah melangkah pergi . Aira memerhati sekeliling . Okay , line clear .Dani ..
Aira memandang wajah Dani yang sudah kembali berpaling menghadap nya . Jarak mereka waktu itu lebih kurang 10 meter camtu .
Saling berpandangan .
Mata bertentang mata .
Cuma hati tak sehaluan .
kesian kau Aira .kenapa kak Aira ? saya salah kasi borang ke ? borang tu bukan akak punya ke ?
soal Dani bertubi tubi . Riak wajahnya risau .
Aira memandang wajah juniornya itu . Secalit senyum terkoyak di bibir nya .
Aira menarik nafas .
Adik ...
Dahi Dani berkerut . Aira sengaja bertutur lambat lambat . Dani masih setia berdiri di situ menunggu kata kata yang ingin diajukan oleh senior nya itu .
.
.
.
.
akak suka awak .
to be continued
🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈#DANIHUMAIRA
abaikan typo 🌸
⭐👇

YOU ARE READING
Aira Humaira
RomanceAdik, Akak Suka Awak - Aira Pengakuan jujur. Penantian Cinta Yang Terindah. 10 Tahun Yang Penuh Suka Dan Duka. Adakah Benar Dia Jodoh Yang Telah Ditetapkan Ilahi? EEE JANGAN BACA PLEASE AKU MALU SIOT. AKU BUAT CITE NI ZAMAN BOCAH LAGI EEE JANGAN...