tahun depan aku pindah ..Ain , Mira , Syak dan nawal kaku serta merta . Syak meluku kuat kepala Aira .
tak lawaklah bangang ..
Syak berkata geram . Aira menggosok kepalanya .
Biul sekejap si Aira ni .Ya Allah , aku tahu aku selalu buat lawak even hambar nak mati ..
tapi kali ni aku tak buat lawak ..Aira menjelaskan sekali lagi . Mira berhenti makan , hilang selera .
kalau kau kata sebab Dani kau pindah , memang aku bakar hidup hidup ah budak tu !
Mira melepaskan geramnya . Garfu ditangannya dicucuk ke atas meja berkali kali , tanda protes . Aira tergelak . Ei sengal gila Mira ni ..
Aira takyah lah pindah .. jahat ah kau siaa
kali ini giliran Nawal pula bersuara .
Aira berpaling ke arah Nawal pula .aku pergi sebab aku tak boleh ah duduk kat sini .. aku .. aku ..
kau tak kuat berdepan dengan Dani kan ?
tembak Ain . Aira perlahan mengangguk .
Aira , kau jangan jadi gila lah , sebab budak bangang cam Dani tu , takkan kau nak pindah ? tinggal kitorang ? kau tak sayang ke kawan kawan kau ni hah ?
suara Ain naik seoktaf . Matanya berair . Aira sedikit tersentak dengan kata kata Ain . Agak kasar baginya .
janganlah macam ni Ain , aku .. aku memang lah sayangkan korang
tapi ..tapi kau sanggup tinggalkan kitorang sebab Dani kan ? cakap jelah ..
kali ni Syak pula bersuara . Nada nya agak sinis membuatkan Aira sedikit terasa hati .
tak pelah , aku ingat korang faham perasaan aku , kata geng tapi hm tak pelah aku pergi dulu .
Aira bangun dari duduknya dan berlalu meninggalkan kantin . Setitis demi setitis air matanya jatuh . Sungguh hatinya sedih apabila kawan rapatnya sendiri tidak memahaminya .
wey Ain .. Syak .. , kenapa tak kawal emosi tadi ? Tengok , Aira dah terasa hati .. kita sebagai member kena faham perasaan dia . Mungkin kita takde kat tempat kita sebab tu kita tak faham perasaan dia .. Tapi sekurangnya kita kena cuba . Aku tak suka tengok kita bergaduh macam ni ..
Nawal bersuara cuba membetulkan keadaan . Syak dan Ain masih dengan ego mereka . Mira sekadar senyap membisu . Dia berada di pihak Nawal , cuba membetulkan keadaan .
syak..ain.. korang nak ke kehilangan Aira ? aku tanya betul betul ni .. cuba fikir ?
sayu suara Nawal menyoal . Setitis air mata mengalir di pipi Syak . Perlahan dia menggeleng diikuti oleh Ain . Nawal tersenyum nipis melihat Syak dan Ain yang sudah mula membuang tembok keegoan masing masing .
okay ! sekarang jom cari Aira ..
Mira bersuara .
. . . . . . . . . . . . . . .
Air mata yang semakin deras mengalir dibiarkan sahaja . Hatinya cukup terasa . Dia melajukan langkahnya sehinggalah dia terlanggar dengan seseorang .
Aduhhh ..
Aira memegang pinggangnya yang terasa sakit akibat pelanggaran yang mengejut tadi . Matanya tertutup rapat cuba menahan sakit .
Kak Aira .. saya minta maaf ..
Aira lantas membuka matanya . Terus bengis wajah Aira . Aira sedaya upaya untuk bangun berdiri . Walaupun pinggangnya sakit akibat jatuh terlentang , namun hatinya lagi sakit apabila melihat wajah orang yang dilanggar tadi ialah
Dani Danial .Dani mengutip satu persatu buku Aira yang bertabur di lantai . Wajah Aira yang memerah dan basah dengan air mata itu dipandang sayu .
Kak Ai..
belum sempat Dani memanggil Aira , dia terlebih dahulu merampas kasar bukunya yang dihulurkan oleh Dani . Dani tersentak .
nampak nya dia memang betul betul benci kat aku
getus hatinya . Dia memandang kelibat Aira yang terhinjut hinjut itu .
Aira terhinjut hinjut namun dia mempercepatkan langkahnya . Ingin cepat beredar dari situ .
. . . . . . . . . . . . . . . . .
Aku dah kata , mesti dia lepak kat sini ..
kata Syak . Mereka mengintai dari suatu sudut berdekatan dengan wakaf yang terdapat di blok B . Tempat lepak kegemaran Aira . Mereka mendekati Aira yang seperti sudah berhenti menangis . Wajah gadis itu sembab .
Aira mengangkat wajah memandang 4 gadis di hadapan nya . Mereka menghadiahkan senyuman tawar kepada Aira .
Aira .. aku minta maaf ..
Syak kecewa apabila Aira tidak memberi sebarang respon mahupun memandang nya . Syak mengambil tempat di sisi Aira .
Aira , aku tahu aku ego tadi . Aku tak fikir perasaan kau tadi tapi aku jadi macam tu sebab aku tak nak kau pindah .. tolonglah jangan marah aku lagi Aira .. Aku sayang kau .. Aira aku minta ma..
kata kata Syak terhenti apabila Aira di sebelah bertindak memeluknya erat . Mereka semua memeluk satu sama lain . Fuhh , akhirnya , konflik mereka tamat .
. . . . . . . . . . . . . . . . .
hari terakhir persekolahan sesi 2007:
Ain memeluk erat sahabat dunia akhiratnya itu .
jaga diri tau nanti kat sekolah
baru . jangan lupa kan geng masuk air asam jawa kita ni ..kata Ain . Suaranya agak tenggelam dek kerana menangis . Aira menggangguk . Aira cuba menahan air matanya jatuh di hadapan sahabat sahabatnya . Dia tak nak buat mereka rasa lagi sedih .
takkanlah aku lupakan korang , aku akan sentiasa letak memori memori kita bersama kat celah bontot aku tau ..
Nawal memukul bahu Aira .
dahlah buat lawak bodohnya .. kitorang sedih ni ..
alolololo ..
mereka berlima berpelukan .
Dani Danial sekadar memerhati dari jauh . Dia tahu dia langsung tak layak untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Aira . Dia tahu Aira pasti tak akan mahu berjumpa dengannya
lagi .dan itulah kali terakhir dia melihat wajah Aira Humaira .
to be continued
🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈#DANIHUMAIRA
abaikan typo please ;)
⭐👇

ANDA SEDANG MEMBACA
Aira Humaira
RomansaAdik, Akak Suka Awak - Aira Pengakuan jujur. Penantian Cinta Yang Terindah. 10 Tahun Yang Penuh Suka Dan Duka. Adakah Benar Dia Jodoh Yang Telah Ditetapkan Ilahi? EEE JANGAN BACA PLEASE AKU MALU SIOT. AKU BUAT CITE NI ZAMAN BOCAH LAGI EEE JANGAN...