10 tahun yang lalu ; 2007
urghh urghhh , sikit lagi aira urghhh beraatttnyaaa
debushh . 2 bagasi yang diangkut tadi dicampak ke atas lantai . Inilah perangai Aira Humaira binti Kamal . Angkat benda berat sikit dah lembik . Huh . Aira memandang sekeliling dorm nya itu . hmmm not bad lah . Alhamdulillah , tahun ni rezeki dia dapat duduk katil atas , maklumlah katil double decker lah katakan . Memang dah lama dia nak duduk katil atas , akhirnya naik f3 baru dia dapat merasa .woi aira ! awal check in asrama , btw rindu kau wehh - Safiah
Safiah ni memang roommate aku dari f1 lagi . Dia ni jenis banyak mulut sikit HAHAHAHA tapi takoe masuk kepala ngan si Aira ni .
ummi ngan abah aku ada kerja lah petang ni sebabtu aku kena daftar pagi ni , aku pun tak hingin nak datang awal ke asrama ni kau tahu tak ? malas aku nak hadap junior junior baru
Safiah sekadar menggelengkan kepalanya . Dia sudah masak dengan perangai Aira yang tak sukakan junior tu . Sejak tahun lepas , boleh katakan hari hari Aira meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya terhadap junior . Sungguh , dia tak sukakan junior , dia pun tak tahu mengapa . Safiah sabar jelah dengan member nya yang satu tu .
ish , kau ni tak baik benci orang , bukan semua junior jahat tahu ?
Aira pantas merenung tajam wajah Safiah . Safiah tersengih kerang busuk .
malas aku cakap ngan kau , bukan kau faham pun , baik aku kemas loker ni dulu
maka , kedua dua orang mereka buat aktiviti masing masing iaitu mengemas loker . Usai mengemas loker , Aira naik ke katil nya . Matanya melilau ke arah muka pintu , memerhati pelajar pelajar serta beberapa ibu bapa yang membantu mengangkat barang anak mereka . hm , untunglah .. getus hatinya . Dia merenung loker yang berada di sebelah lokernya , tag nama yang terlekat di muka depan loker itu diperhati .
Julia Hani binti Hairulnizam , form 1 ?
Aira kaget . Dia tak sangka tahun ni dia bernasib malang . Hmmm , dia mengeluh . Dahlah dia tak sukakan junior , dapat pulak bedmate junior , haihlah nasib .. nasib ..
Aira tak senang duduk . Sekejap dia baring , sekejap dia duduk pastu baring semula atas katil nya tu . Dia bosan plus panas ! maklumlah , hari first masuk asrama , pelajar perempuan tak dibenarkan buka tudung dan kena berpakaian lengkap sebab kan ada ibu bapa yang masuk asrama tolong anak anak angkat barang . So , kenalah jaga aurat . Yedok ? haa , sebab tu lah . okay , stop membebel Aira ! .
Aira memandang Safiah yang nampak busy buat hal sendiri . Dia membuka langkah mendekati si Safiah .
Safiah kau tak bosan ke ? Aku bosanlah .. dari pagi duduk terperap dalam dorm ni je , jom ikut pergi sekolah , jom lah jumpa kawan kawan kita , rindulah ..
Aira dah merengek macam budak budak . Safiah memandang Aira dengan wajah tak beriak .
jom - Safiah
Aira bersorak keriangan dalam hatinya . Mereka berdua keluar dari asrama dan membawa diri ke sekolah . Jarak asrama ke sekolah tidak jauh . Maklumlah SMK Ayer Dalam ni kecik je . Mereka melilau mencari kawan kawan serta senior yang datang mendaftar bagi persekolahan sesi 2007 . Kekadang mereka bersalam dengan ibu ibu pelajar yang hadir .
Begitulah Aira dan Safiah menghabiskan hari pertama mereka di asrama . Agak membosankan tapi nak buat macam mana ? takkan nak terperap dalam dorm je . Tak leh freehair pulak tu . hmm .
cantik gak junior f1 tahun ni ..
Safiah memandang Aira dengan dahi berkerut . Aku tak salah dengar kan ? Aira puji junior ? like seriously ?
kau pahal kerut gitu ?
takdelah , first time aku dengar kau puji junior , kalau sebelum ni , jangan kata puji , hari hari kau kutuk junior , sampai aku bosan dengar , tapi baguslah , tu tandanya hati kau dah terbuka untuk terima orang baru .
Safiah mengukir senyum memandang rakannya itu .
dramanya ayat kau HAHAHAHA
mereka berdua berjalan ke asrama sambil diselangi dengan hilai tawa mereka .
to be continued
🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈sorry lah kalau bosan , biasalah first chapter an . hmm abaikan typo , teruskan membaca !
#DANIHUMAIRA
![](https://img.wattpad.com/cover/131067042-288-k672237.jpg)
YOU ARE READING
Aira Humaira
Roman d'amourAdik, Akak Suka Awak - Aira Pengakuan jujur. Penantian Cinta Yang Terindah. 10 Tahun Yang Penuh Suka Dan Duka. Adakah Benar Dia Jodoh Yang Telah Ditetapkan Ilahi? EEE JANGAN BACA PLEASE AKU MALU SIOT. AKU BUAT CITE NI ZAMAN BOCAH LAGI EEE JANGAN...