AASA (22)

2.3K 130 13
                                    

Dengan sekali lafaz , Aidil telah sah bergelar suami kepada , Intan Zulaika . Tanpa sedar , Aira menitiskan air mata . Sebak rasanya apabila terpaksa berkongsi abang .
Aidil lah satu satunya abang yang dia ada setelah alongnya , Airil maut dalam kemalangan jalan raya 11 tahun yang lalu . Aira meminta diri untuk keluar dari masjid .

Okay , suami peluk pinggang isteri , isteri pulak pandang suami..

Dee bersedia dengan kamera DSLR nya . Macam macam gaya yang diarah olehnya . Aidil dan Intan hanya menurut .

Usai akad nikah , mereka kembali ke rumah Cik Lia dan Encik Kamal untuk majlis makan makan .

Majlis sederhana sahaja . Cik Lia tidak suka majlis besar besaran . Membazir katanya . Semua orang sibuk dengan kerja masing masing . Aira pun tak terlepas dari menolong mana mana yang patut .

Mak aih sakit pinggang aku ..

keluh Aira lalu duduk di kerusi meja makan . Fuhh , berpeluh peluh Aira dibuatnya .

agak agak kalau aku kawen nanti , ramai orang datang tak eh ?

Aira dah tersenyum sendiri .

KLIK .

Aira memandang ke arah Dee yang mengambil gambarnya .

apa awak buat ?

soal Aira hairan dengan kehadiran Dee di dapur rumahnya .

saya tumpang tandas tadi . Pastu nampak Cik senyum sorang sorang camtu , saya pun ambiklah gambar Cik . Cantik .

Kembang kempis hidung Aira apabila dipuji . Aira ni memang pantang dipuji . Dee kembali ke ruang tamu di mana terletaknya pelamin yang memenuhi ruang itu .
Sesi bergambar diteruskan . Aira turut serta bergambar bersama ahli keluarganya . Sampai berpeluh Dee sebab banyak sangat gambar yang perlu diambil padahal servis nya hanya untuk mengambil gambar pengantin sahaja .

kena mintak payment lebih ni ..

getus hati Dee . Mask hitam di muka dibetulkan .

Selepas zohor , Dee dan pengantin bergerak ke lokasi penggambaran yang seterusnya iaitu di pantai berdekatan .

Sementara itu , Aira dan Cik Lia mengemas apa apa yang patut . Tetamu sudah pun beransur pulang . Nasib baik guna catering , tak payah lah susah susah dia nak basuh segala jenis kawah .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Aira merebahkan badannya ke katil .
Dia memejamkan matanya .

penat nya harini ...

Aira merungut . Rambutnya yang masih basah itu dibiarkan sahaja tanpa dikeringkan terlebih dahulu .
Hampir sahaja Aira terlelap apabila pintu bilik nya diketuk . Dengan malasnya , Aira melangkah ke pintu .
Kuap ditahan .

kenapa ngah ?
soal Aira apabila wajah Aidil muncul di muka pintu .

tadi Dee kata , album boleh ambik lusa kat studio dia .

Aira buat muka setonye .

jadi ?

soal Aira dengan malas . Dia menutup mulutnya menahan kuap .
Aidil tayang muka beruknya .

lusa kan angah takde , pergi HONEYMOON , adik tolonglah ambikkan album tu eh ? Duit nanti angah kasi ..

perkataan honeymoon sengaja ditekankan . Aira buat muka menyampah .

yelah , lepas balik kerja adik amik , tapi adik nak upah tau ..

kata Aira pula . Aidil menjongket keningnya apabila Aira menayangkan sengih nakalnya .

adik nak lepas Angah ngan Kak Intan balik dari HONEYMOON nanti , adik nak ..

Sengaja Aira berjeda seketika . Aidil dah mula bosan .

Adik nak anak saudara tau !

kata Aira lalu cepat cepat menutup pintu biliknya . Membahang telinga Aidil mendengar permintaan Aira .

kurang asam punya adik ..

kata Aidil sambil tersengih .

. . . . . . . . . . . . . . . . . .

seperti yang dijanjikan dengan angahnya tempoh hari , Aira pergi ke DH Studio untuk mengambil album dan membayar payment .

ya Cik , boleh saya bantu ?

sapa seorang pekerja wanita .

Encik Dee ada ?

dia ada dalam biliknya ..

Aira mengucapkan terima kasih sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Dee .

hah Cik Aira , silakan duduk ..

ramah Dee menyapa . Aira mengambil tempat duduk nya .

ei tak panas ke pakai mask tu ? aku yang tengok pon dah rimas

sempat lagi Aira mengutuk Dee .

Dee meletakkan sebuah album berwarna silver yang agak tebal di atas meja .

ni album perkahwinan abang awak

ujarnya lagi . Aira membelek album tersebut . Satu persatu gambar diperhati . Aira kembali mengangkat wajahnya memandang Dee di hadapan . Aira terpaku apabila matanya bertaut dengan mata lelaki di hadapannya .

mata dia .. buat aku ingat tentang masa lalu ..
Aira bersuara dalam hatinya .

Dee berdehem beberapa kali menyebabkan Aira kembali ke alam realiti .

ouh sorry .. erm payment macam mana ya ? berapa semua sekali ?

Aira kembali menyoal .

sebab bulan ni , DH studio ada buat promosi 30% jadi total , RM 1490 .

balas Dee . Aira menghulurkan sampul surat coklat kepada Dee .

lebih tu awak ambiklah Dee , mak saya cakap , sebab awak punya servis tip top

kata Aira sambil mengangkat ibu jarinya . Dee tersenyum di sebalik mask yang dipakainya . Aira dihadapannya dipandang . Gadis ini sungguh cantik dimatanya .

kenapa pandang saya macam tu ?

Soal Aira sambil buat muka pelik .

Awak tak cam saya ke ?

soal Dee .

sorry ?

Kening Aira bertaut .

maksud saya , awak .. tak ingat saya ke ?

Dee bertanya lagi .

setahu saya , saya tak pernah ada kenalan bernama "Dee" ..

tutur Aira sambil tergelak kecil .
Aira tahu Dee cuma berlawak
sahaja . Aira kembali menatap album tersebut .

tangan Dee naik menyentuh mask yang dipakainya . Perlahan lahan , mask itu dibuka . Aira yang ralit memerhati gambar di dalam album tersebut dipandang .

Aira ..

Aira mengangkat wajah memandang ke arah Dee .

.

.

.

.

.

.

Dia kaku . Hanya satu perkataan yang terluah dari mulutnya .

dd..Dani .

to be continued
🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈

#DANIHUMAIRA

abaikan typo please

⭐👇

Aira HumairaWhere stories live. Discover now