AASA (23)

2.5K 128 13
                                    


dd.. Dani

Wajah Aira berubah bengis serta merta . Memori hitam 10 tahun dahulu kembali menerjah masuk kedalam kotak mindanya .

Ego dan Rindu bersaing di dalam jiwanya . Namun rasa rindu itu tidak mampu mengalahkan ego seorang Aira Humaira . Album di capai lalu Aira bangun dari duduknya . Dia berpaling untuk melangkah keluar dari situ . Aira mengatur melangkah untuk keluar .

Kak Aira ...

Langkah Aira terhenti .

suara tu .. panggilan tu .. aku rindu

Hati Aira merintih sayu . Sebak di dada cuba ditahan . Tangan kirinya digenggam mencari kekuatan .
Aira dapat menangkap bunyi tapak kaki Dani berjalan mendekatinya .

jangan datang dekat .

Aira memberi amaran . Suaranya bergetar menahan sebak . Dani cuba kuatkan hatinya . Dani berdiri beberapa langkah di belakang Aira .

akak ..

setitis air mata gugur di pipi kanan Aira . Bibir diketap sekuat mungkin , menahan diri dari mengeluarkan esakan .

adik suka akak ..

setitis , setitis , dan akhirnya lebat mengalir di pipinya . Kerana ego , Aira tetap mengeraskan hatinya . Aira berdecit sinis .

stop.it.Dani.

ujar Aira lalu melangkah keluar dari bilik itu . Kakinya laju diatur ke arah kereta Honda Civic miliknya . Dani mahu mengejar Aira namun , kakinya kaku .

Buat pertama kalinya , dia mengalirkan air mata hanya kerana seorang gadis .

saya tunggu awak selama 10 tahun Aira , 10 tahun ..

hatinya meruntun sayu .

Aira memandu laju kembali ke rumahnya sambil ditemani air mata .

kenapa aku mesti jumpa kau lagi ? jantan tak guna !!

Aira melepaskan amarahnya . Stereng kereta dipukul beberapa kali

. . . . . . . . . . . . . . . .

Aira memarkir kereta di garaj rumahnya . Dengan langkah longlai dia masuk ke dalam rumah .

Album perkahwinan angahnya diletak di atas meja . Aira mengatur langkah ke biliknya . Cik Lia sekadar memerhati tingkah laku anak bongsunya itu .

akak ... adik suka akak

Aira menekup telinganya dengan bantal . Kata kata Dani tadi seperti berbisik di telinganya berulang kali . Wajah Dani berlegar di mindanya .

aku jijik tengok muka kau !

kenapalah kau bodoh sangat Aira , sepatutnya kau boleh agak itu dia .
Ya Allah , dugaan apa lagi ni Ya Allah ..

Dan akhirnya Aira tertidur sambil ditemani air mata .

. . . . . . . . . . . . . . . . .

Dani tak senang duduk . Telefonnya dipegang sedari tadi .

nak call ke tak ?

soalan itu sedari tadi bermain di fikirannya . Dia nak jelaskan segalanya . Dia nak betulkan keadaan . Dia nak buktikan perasaan yang dia simpan sejak 10 tahun dulu .

Nama Aira tertera di skrin Ip nya . Dia hanya perlu menekan punat hijau itu sahaja . Tapi dia takut dia tak kuat untuk berdepan dengan Aira memandangkan gadis itu seperti tidak mahu lagi bertemu dengannya

kau buatku terpaku
sepertinya diriku yang mahu
diri kamu ~
dan bila kau hadir bagai
satu misteri

Aira terjaga dari lenanya . Tangan nya mencapai HTC yang berada di atas meja bersebelahan katilnya .
Panggilan daripada nombor yang tak dikenali .

Aira teragak untuk menjawab .

hello ?

Aira memulakan perbualan . Suaranya sedikit serak .

Namun gerangan pemanggil tidak bersuara .

hello ? nak cakap ke taknak ?

Aira berkata geram . Hampir sahaja dia menamatkan panggilan itu sebelum ..

Aira ..

Aira naik angin . Nafasnya turun naik menahan rasa marah . Suara tu cukup dia kenal dan cukup buat hatinya menbara .

kau nak apa lagi ?! dahlah ganggu hidup aku ! aku benci lah nak tengok muka kau apalagi nak dengar suara kau ! aku jijik !

Aira menengking . Dani cuba mengawal keadaan .

Aira .. tolong bagi saya peluang untuk jela..

tutt tuttt tutttt ..

Aira segera menamatkan panggilan .
HTC dicampak semula ke katil . Aira menahan diri dari melayan perasaan amarahnya . Sebesar mana pun bencinya terhadap Dani tapi hatinya tetap berkata bahawa Aira masih cintakan lelaki tersebut .

Lelaki itu yang dia rindu
Lelaki itu yang dia sayang
Dan lelaki itu yang dia masih tunggu selama 10 tahun ..

tapi disebabkan ego dan dendam , semua perasaan itu tenggelam di lubuk jiwanya .

Cik Lia mengetuk pintu sebelum melangkah mendekati anak bongsunya yang sedang menangis itu

ibu ..

ujar Aira lalu mendakap erat ibunya .
Cik Lia turut sebak melihat anaknya menangis sebegitu rupa .

. . . . . . . . . . . . . . . .

ni kenapa masam je muka anak ummi ni ..

tegur Cik Sara apabila melihat Dani sedari tadi asyik menguis nasi di pinggan . Encik Fauzi turut memandang ke arah anak tunggalnya itu .

macam mana dengan Aira ?

soal Cik Sara lagi . Dia tahu anaknya itu sangat cintakan Aira . Dah masuk 10 tahun dan tiada siapa yang boleh menggantikan gadis itu .

Dani mengangkat mukanya .

Dia benci abang , ummi ..

nada Dani kedengaran sayu .
Cik Sara sedih melihat anaknya .

tak pelah , bagi dia masa ..

ujar Cik Sara lagi .

alah abang , jangan putus asa ! kalau betul abang nak kan si Aira tu , kejar sampai dapat ! ayah sokong !

Encik Fauzi memberi semangat . Dani akhirnya tersenyum .

saya akan usaha untuk mencuri kembali cinta awak , itu janji saya Aira .







to be continued
🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈



#DANIHUMAIRA

abaikan typossss

⭐👇

Aira HumairaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang