AASA (17)

2.1K 118 5
                                    

aww..awak siapa ?

keadaan yang gelap menyukarkan Aira untuk mengenal pasti gerangan yang berada di hadapannya . Aira terdengar dia mengerang kesakitan .
Mungkin jatuh juga sepertinya kerana pelanggaran yang tidak disengajakan tadi .

Kak Aira ? akak ke tu ?

mana dia tahu nama aku ? eh jap , macam pernah dengar suara ni ..

Hati Aira mula bersuara .

Dani Danial , awak ke tu ?

Soal Aira . Kalau ikutkan , itu memang suara Dani .

Haah .. arhh aduh ..

Dani mengerang kesakitan apabila dia cuba untuk berdiri . Aira rasa bersalah . Tapi dia tak mampu buat apa apa dalam keadaan yang gelap itu . Dani mengeluarkan torchlight dari poket sweaternya . Aira memejam rapat matanya apabila cahaya torchlight menusuk tepat ke dalam matanya .

sorry sorry , saya tak tahu akak ada kat depan saya ..

Aira sekadar mengangguk .

Jomlah , kita keluar dari sini ..

Ajak Dani . Aira setuju dan mengikut langkah Dani . Sedang mereka berjalan beriringan ke arah tangga , mereka ditangkap oleh seorang jaga yang sedang meronda kawasan sekolah .

Heh ! kamu buat apa ni ?!

soal Pak Karim sedikit meninggi suaranya . Aira dah mula cuak . Dani hanya selamba kerana dia tahu dia tak buat apa apa salah .

Pak Karim , jangan salah faham .. kk..kami tak buat apa apa pun ..

Aira cuba merayu .

takyah nak merayu kat pak cik , esok pergi merayu pada pengetua .

Aira dah mula nak menangis .

Habislah kalau satu sekolah anggap aku ngan Dani kena tangkap basah

getus hatinya .

. . . . . . . . . . . . . . . .

Seperti dijangka , mereka di panggil menghadap tuan pengetua . Ibu bapa mereka turut dipanggil .

Suasana terasa tegang didalam bilik pengetua itu .

Apa kamu berdua dah buat ni ?
berduaan kat sekolah , gelap pulak tu ?

ujar pengetua , memulakan sesi soal jawab . Aira menggenggam tangan ibunya erat .

abi .. semua ni salah faham , saya dengan Dani tak buat benda tak senonoh .. tolonglah percaya ..

Aira sudah berair mata . Cik Lia mengusap belakang badan anaknya .

macam mana saya nak percaya , kalau guard jumpa kamu berduaan dalam kawasan sekolah ?

Aira membuka mulut tapi satu perkataan pun tak mampu dilontarkan . Dia tak tahu nak jelaskan macam mana .

Abi , CCTV sekolah ada kan ? Jadi , saya cadangkan Abi check semua CCTV kat kawasan sekolah ni . Lagipun CCTV sekolah ni kan canggih , boleh kesan dalam gelap . Kalau saya jelaskan pun , belum tentu Abi percaya .

Jelas Dani . Nadanya berbaur perasaan geram . Dia cuba untuk bersabar . Pengetua bersandar pada kerusi nya .

baiklah , saya akan periksa . Kalau terbukti kamu berdua salah , minta maaf , saya terpaksa buang kamu berdua dari sekolah .

tutur pengetua .

. . . . . . . . . . . . . . . . .

usai perjumpaan dengan ketua , Cik Sara membawa Dani ke sebuah meja batu .

Aira HumairaWhere stories live. Discover now