Kompang dipalu
Pengantin baru
Duduk bersanding
Tersipu malunilah cinta
Ada luka
Ada bahagia
Ada senyum
Ada tangis
Ada jatuh
Ada bangunpelangi pun akan muncul setelah bumi menghadapi hujan ribut, bukan?
begitu jugalah dengan percintaan.
aku bersyukur Ya Allah kerana telah dipertemukan dengan seorang lelaki yang mencintai aku sepenuh hati. Terima kasih Allah. Walaupun kau telah pisahkan kami selama 10 tahun, Kau temukan kembali kami. Walaupun pelbagai dugaan yang kami harungi, Kau masih satukan kami. Terima kasih.
Saya tahulah saya hensem malam ni tapi tak payahlah nak tenung saya sampai berair mata awak tu, sayang..
Aira tersedar dari khayalannya.
Terima kasih.
Dahi Dani berkerut.
Thanks for what?
Aira menarik tangan suaminya dan dicium penuh kasih.
Terima kasih kerana menjadi permata dalam hidup saya . Terima kasih kerana mencintai saya dan terima kasih kerana menjadi suami saya yang sah..
Dani tersentuh dengan kata kata Aira. Dahi isterinya dikucup lembut . Pipi Aira membahang apabila diperlakukan begitu.
Dek kerana geram, Dani mendekatkan wajahnya ke wajah Aira lantas mengucup laju pipi kanan Aira.
Mata Aira membulat memandang suaminya.
Apa? Nak lagi?
Sengaja Dani menyakat isterinya. Aira menjauhkan diri dari suaminya.
Jangan dekat, kalau tak saya jerit..
Aira menggelabah. Dani merapatkan lagi jarak mereka. Aira semakin kebelakang, kebelakang, kebelakang dan akhirnya terbaring di katil.
Dani sengaja mahu mengusik isterinya yang cengeng tahap babun tu.Pipi Aira diusap lembut. Aira semakin menggelabah.
Dani cuba menahan tawa melihat muka menggelabah Aira.
Sayang..Dani merapatkan bibirnya ke telinga Aira. Degupan jantung Aira semakin laju.
Saya...
Dani merapatkan lagi jarak mereka.
Gurau jelah HAHAHAHAHAHA
Dani membetulkan kembali kedudukannya sambil ketawa terbahak bahak. Aira mencubit perut Dani berkali kali dek kerana geram.
Eii lain kali buatlah lagi saya macam tu, eii..
Dani mengaduh kepedihan. Pedihh siot cubitan kasih sayang Aira ni 😂
Okay, alaa saya gurau je tadi, saya tahu awak belum bersedia. Jangan lah marah...muka awak cam tenuk dah tu
Aira menjeling suaminya tajam.
Kalau muka saya macam tenuk, kenapa kawen ngan saya? Pergilah cari perempuan lawa yang lain, haa pergi..
Aira bernada merajuk. Aira bangun dari katil lalu menuju ke arah pintu. Dani lantas mengejar langkah isterinya itu.
Tangan Aira ditarik.
Olololo sian dia, muka merah merah, monyok monyok, lapar? nak cendol ?
Aira menggulingkan matanya.
saya bukan awek cendol lah.
Jawab Aira, masih dengan nada merajuk.
Dani menarik Aira menghadap dirinya. Pipi Aira diusap lembut.
Kenapa saya nak cari perempuan lain, kalau kat depan saya ni dah ada seorang bidadari?
Aira tiada respon.
Alaa sayang, saya gurau je tadi.
Pujuk Dani lagi. Aira masih tiada respon.Dani mengeluh.
Ingat awak je ke boleh merajuk? Saya pun bolehlah? Hm.. Dahlah.. Baik saya pergi mandi..
Dani melangkah ke arah bilik mandi. Aira diserbu rasa bersalah.
Aik, siapa yang merajuk sekarang ni? Haihh..
Kini giliran Aira pula yang menahan Dani. Lengan kasar Dani dipegang.
Awak..
Pujuk Aira. Dani tidak memberi respon.
Alaaa, janganlah macam ni, Dani...
Aira buat suara comel.
Dani, kuatkan iman kau dani..
Dani berkata dalam hatinya.
Aira menjengketkan kakinya lalu mengucup pipi Dani.
Dani agak terkejut. Dapat first kiss dari bini, sape tak terkejut woii !!
tapi, lakonan harus diteruskan. Jadi Dani mengekalkan riak seposen nya.
Abangg...
Dani menelan air liurnya. Haih Aira ni nak goda aku ke apa ni..
Janganlah merajuk, abangg..
Dani memandang wajah polos isterinya itu lalu melepaskan tawa yang ditahan sedari tadi.
Haa, ingatkan awak nak merajuk sampai tahun depan..
Aira bernada perli. Dani sekadar tersenyum herot.
Sayang, ulang balik apa awak panggil saya tadi?
Dani menayangkan wajah gatalnya. Aira blur.
Hah?
Aira tidak dapat menangkap apa yang dikatakan oleh Dani.
Tadi kan awak panggil saya "abang" , ha ulang balik.. Cepatt saya nak dengar ni..
Automatik Aira membahang. Tangannya menolak Dani masuk ke dalam bilik mandi.
Ei mengadalah dia ni, pergi mandi sana..
Dani turut menarik Aira masuk ke dalam bilik mandi .
Jom mandi sama!
------------------
Setelah mengharungi pelbagai dugaan, akhirnya mereka disatukan.
Mereka telah dikurniakan seorang puteri yang dinamakan Aina Dahlia setelah setahun usia perkahwinan mereka.
Alhamdulillah, syukur KEPADANYA.
--T H E E N D--
Last from me;
Thank you sebab support saya selama ni. Walaupun saya tahu cerita ni pelik plus hambar tapi masih ada lagi yang sudi baca. Thank you sesangat ✨
Sorrylah kalau cerita ni hambar ke atau tersama ngan cerita cerita lain ke, tapi serius saya tak ciplak tau, kalau tersama tu mungkin nasib. Hm HAHAHA
Pesanan saya, kalau korang ada crush, selagi dia tak kahwin, jangan pernah give up . Doa banyak banyak, manetahu nanti korang jadi cam DANIHUMAIRA ni. Okay? Bye.
Kalau nak contact saya boleh dm je atau boleh follow je instagram saya @n4jah

ANDA SEDANG MEMBACA
Aira Humaira
Storie d'amoreAdik, Akak Suka Awak - Aira Pengakuan jujur. Penantian Cinta Yang Terindah. 10 Tahun Yang Penuh Suka Dan Duka. Adakah Benar Dia Jodoh Yang Telah Ditetapkan Ilahi? EEE JANGAN BACA PLEASE AKU MALU SIOT. AKU BUAT CITE NI ZAMAN BOCAH LAGI EEE JANGAN...