"Kurasakan pudar dalam hatiku...Rasa cinta yang ada untuk dirimu..ku lelahhh.." Amira sedang mengalunkan bait-bait lirik lagu Pudar yang dialunkan oleh Rossa."Mira .. Amiraa.." Puan Manisah memanggil-manggil nama Amira dari dapur. Amira yang sedang leka menyanyi dikamarnya tidak mengendahkan panggilan ibunya.
"Amira.! Ohh Amira.! Mana pulak perginya budak ni. hish" Puan Manisah berteriak lagi. Dahinya berkerut memikirkan kemana perginya si Amira. Puan Manisah bergegas ke kamar Amira dan menguak daun pintu kamar Amira.
"Mira.. Ibu panggil ni" Puan Manisah bersuara lembut.
Amira yang ketika itu sedang menyisir rambut sambil menyanyi terus gerakannya terhenti.
"Ehh ibu.. Ada apa ibu?" Amira terkejut dek pintu biliknya dikuak dari luar.
"Dari tadi ibu panggil Mira. Tapi tak menyahut pun. Rupanya duk menyanyi dekat sini. " Marah Puan Manisah. Dia menggeleng-geleng kepalanya dan terus beredar dari situ seraya berkata "Erm tak mengapalah"
"Ibu, Ibu .." Amira memanggil ibunya.
"Ya Mira. Ada apa?" Puan Manisah malas hendak melayan anaknya. Dia memanggil Amira kerana hendak meminta anaknya menjemur pakaian tetapi perasaan itu hilang sebaik sahaja dia melihat Amira sedang leka menyanyi sambil menyisir rambut. Malas pula hendak mengganggu.
"Ibu, Mira ada benda nak bagitahu ibu. Tapi ibu jangan marah tau" Amira berkira-kira untuk memberitahu berita itu kepada Puan Manisah.
"Aii..belum bagitahu lagi dah cakap jangan marah. Ape dia sebenarnya ni?" Puan Manisah semakin ingin tahu apa yang hendak dibicarakan oleh anak tunggalnya itu.
"Sebenarnya Mira nak bagitahu ibu yang Mira teringin sangat nak ke Audition UjiBakat Menyanyi di Kuala Lumpur minggu depan..." Amira bercerita panjang lebar tetapi disekat oleh ibunya.
"Amira, ibu bukan tak suka Mira minat dengan nyanyian ni. Tapi Mira kan masih bersekolah lagi. Lagipun Mira kan satu-satunya anak perempuan tunggal ibu. Mira tak nak tengok ke kami bahagia kerana kejayaan akademik Mira ?" Puan Manisah memujuknya dengan mengatakan ingin melihat dia berjaya dalam pengajian akademiknya dahulu berbanding berjaya didunia hiburan.
"Ibu selama ni Mira selalu ikut cakap ibu. Mira sentiasa patuh dan taat pada perintah ibu dan ayah. Tapi untuk masa depan Mira, biarlah Mira yang tentukan. Mira betul-betul sukakan bidang nyanyian ni ibu. Mira janji kalau suatu hari nanti Mira dah berjaya, Mira takkan lupakan ibu dan ayah. Ibu dan ayah tetap nombor satu dalam hati Mira." Amira bersungguh-sungguh meminta izin dari Puan Manisah. Mana tidaknya, sejak kecil lagi dia memang sukakan bidang nyanyian. Bukannya Puan Manisah dan Encik Mukhlis tidak tahu dan sedar akan bakatnya itu. Tetapi, mereka sengaja melarang anaknya untuk meminati bidang itu sebaliknya menyuruh anaknya belajar sehingga ke menara gading dahulu. Dunia hiburan tidaklah penting. Dimasa muda ini memanglah laku, banyak job dan nama pun tengah naik. Tetapi apa akan jadi apabila sudah berumur nanti ? Takkan ada lagi orang yang minat kita. Suara pun akan bertukar. Kita tak selamanya muda. Duit pun takkan masuk kalau berkecimpung dalam dunia seni hiburan.
Tanpa sedar perbincangan mereka telah didengari seseorang. "Amira.! Apa yang telah kamu cakapkan ini ?! Kamu tahu ayah cukup pantang kalau kamu sebut pasal bidang nyanyian kan..! Kenapa masih lagi memujuk ibu kamu ??! Sekali ayah tak setuju, dan selamanya akan tetap begitu. Tak akan berubah! Titik.!" Encik Mukhlis menghambur kemarahannya pada Amira. Amira yang tidak menyedari kehadiran Encik Mukhlis tersentak dan terkejut sambil melurut dadanya.
Matanya mulai berkaca. Setitis demi setitis airmatanya berlinangan. Yang pasti itu bukanlah airmata kegembiraan tetapi itu adalah airmata kesedihan dan kekecewaannya. Hatinya benar-benar hancur dan luluh mendengar jawapan bapanya. Belum pun sempat dia meminta izin dari Encik Mukhlis, tetapi Encik Mukhlis terlebih dahulu tidak mengizinkannya. Dia benar-benar sedih.
Dengan airmata yang masih bersisa dipipi kiri dan kanannya, dia berlari-lari anak keluar rumah dan berlari sekuatnya. Kemana langkahnya diatur, biarlah langkah itu yang tentukan sendiri. Dia juga tidak pasti mahu mengatur langkah itu kemana yang pastinya ke sesuatu tempat yang akan membawa ketenangan untuk dirinya yang sedang galau.
P/s: Rajin rajinkan jemari anda untuk vote | comment. Baru lah I bertambah semangat nak update cerita..
YOU ARE READING
AKU BUKAN PERAWAN | Cik Bunga Seri
RomanceSINOPSIS Amira Auni merupakan seorang gadis yang berusia 16 tahun yang juga merupakan anak tunggal kepada Encik Mukhlis dan Puan Manisah. Encik Mukhlis bersifat tegas dan beliau sangat-sangat mengawal setiap gerak geri anaknya. Encik Mukhlis tidak m...