Encik Mukhlis berlalu pergi. Dia tidak dapat menahan kesedihannya lagi. Kalau boleh dia tidak mahu mengingat lagi peristiwa hitam itu. Jika difikirkan hanya akan menambah rasa dendam dihati. Dia mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik mandi. Puan Manisah pula telah selesai menyapu minyak gamat di tubuh anaknya. Dia juga hendak sambung semula acara memasak makan malam didapur dan tinggallah Amira sendirian didalam biliknya.
"Eh sayang. Ibu nak sambung masak balik. Habis tergendala. Hehehe Amira berehatlah." Puan Manisah menuju kearah dapur lalu hilang dari pandangan. Amira menutup semula pintu rapat-rapat. Sedih melihat pintunya sudah rabak. Ohh, itukah sebabnya mengapa ayah begitu benci setiap kali dia menyanyi. Rupanya itulah sejarah yang tersirat dibalik semua ini. Auchhh, sakiit. Dia menyapu lagi minyak gamat di sekitar betis, paha dan pinggangnya. Habis berbirat tubuhnya. Amira kemudiannya berbaring diatas katil dan terlelap.
*********
Di pinggir jalan yang gelap gelita, Amira berjalan sendirian. Dia seperti hilang arah.
"Ibu, Ayah. Ibu dan ayah kat mana? Amira takut. Amira nak balik, ibu." Amira menjerit-jerit memanggil nama ibu dan ayahnya. Dia berasa takut. Di kiri dan kanannya terdapat pohon-pohon besar. Dan yang nyata dia hanya sendirian. Tiba-tiba satu cahaya menerangi lorong yang gelap. Dia berjalan kearahnya, dan tiba-tiba muncul satu kelibat berjubah putih yang terapung di udara. Terbeliak biji matanya memandang kelibat itu. Dia berlari dengan sangat laju tetapi terasa dia tidak bergerak sedikitpun dari tempat dia berdiri.
Mulutnya terkumat kamit membaca doa. Segala doa dan surah dia baca tetapi kelibat itu tetap mendekatinya. Kelibat itu semakin mendekat dan pantas mencekik leher Amira. Amira tidak boleh bersuara lagi. Nafasnya tersekat. "Ibu..Ayah..tolong Mira..Arrghhh" Amira menunjal-nunjal kakinya ke udara. Tangannya meronta-ronta minta dilepaskan.
"Mira..Miraa bangun sayang..Mira mimpi ni. Mira bangun sayang.." Puan Manisah menggerak-gerakkan tubuh Amira. Dia menyangka Amira bermimpi barangkali.
"Arhhh, Ibuu...!!" Amira terbangun duduk. Dia membuka mata seluasnya dan memperhatikan persekitaran diruang biliknya. Dia bersyukur Puan Manisah yang berada disisinya. Dia betul-betul takut. Mukanya berpeluh-peluh. Dadanya turun naik. Dia terus memeluk erat ibunya. "Ibu..Mira takut bu.." Amira masih memeluk Puan Manisah. Apakah petanda mimpi itu? Ahh peliknya.
"Mira, ibu ada ni sayang. Dah dah. Mira mimpi je tu. Jangan takut ye." Puan Manisah cuba menenangkan Amira.
"Itulah balik tadi tak basuh kaki. Lepastu terus tidur. Kan dah mimpi bukan-bukan" Puan Manisah membebel pula.
Amira menggosok-gosok matanya. Jam sudah menunjukkan pukul 9.45 malam. Sudah lewat ni. Besok hendak kesekolah pula.
"Jomlah kita makan. Makan malam dah siap. Ayah pun dah tunggu di meja" Ajak Puan Manisah. Dia pun menarik selimut yang jatuh di birai katil lalu melipatnya rapi. Amira masih mengantuk tetapi ditahan matanya. "Ibu, Mira tak lapar lah. Mira nak sambung tidur balik ye. Gudnite ibu" Ucapnya lemah. Sebenarnya dia malas untuk bersemuka dengan ayahnya. Dia masih lagi merajuk dengannya. Mana tidaknya tubuhnya habis bertanda. Bukan satu atau dua. Tetapi banyak sangat. Belum dicampur rasa sakitnya lagi. Terasa pedih sangat-sangat. Biarlah dia bersendirian dulu untuk merawat hatinya yang turut terluka. Sampai masa nanti dia sendiri akan menegur bapanya. Pantas ditarik selimut yang dilipat ibunya. Dia berpaling ke arah lain. Puan Manisah dibiarkan berseorangan. Dia memejam mata.
YOU ARE READING
AKU BUKAN PERAWAN | Cik Bunga Seri
RomanceSINOPSIS Amira Auni merupakan seorang gadis yang berusia 16 tahun yang juga merupakan anak tunggal kepada Encik Mukhlis dan Puan Manisah. Encik Mukhlis bersifat tegas dan beliau sangat-sangat mengawal setiap gerak geri anaknya. Encik Mukhlis tidak m...