**pintu dibuka perlahan**
Terdapat seorang sahaja panel yang duduk dihadapannya. Ini makin membuatkan Amira berasa berdebar tak cukup nafas. Sabar, Sabar..!
Dato Nizam hanya memandang Amira. Dia pasti dengan melihatkan nombor angka giliran yang tertera dipakaian Amira, dia sudah dapat mengagak bahawa sudah pasti inilah gadis yang diberitahu oleh Jeffri itu.
**As Dato Nizam**
"Cantik juga dia ni"
"Walaupun umur budak, tapi kelihatan macam dah dewasa"
"Mesti sedap suara dia"
**As Amira**
"Ya Allah, berdebarnya"
"Kenapa Dato ni tak berkelip tengok aku"
"Aku salah pakai baju ke?"
"Aishh pelik nie"
********
"Nama Amira. Umur 16 tahun. Bakat menyanyi... " Dato Nizam membaca satu persatu isi didalam borang permohonan Audition milik Amira itu."Okay mari mulakan. Saya nak awak menyanyi dulu." Pinta Dato Nizam.
Amira yang sudah bersedia berdiri tegak, mula untuk menyanyi.
Dia gemar lagu Pudar by Rossa, maka lagu itulah yang menjadi pilihan hatinya.
"Ku rasakan pudar dalam hatiku
Rasa cinta yang ada untuk dirimu
Ku lelah dengan semua yang ada" Bait-bait lirik lagu itu dinyanyikan dengan penuh berkeyakinan sekali."Next song!" Dato Nizam cuba untuk menguji Amira.
"Malam kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia
Hanya mampu berserah""Baik, memang tak dapat dinafikan suara awak memang sedap seperti yang diperkatakan oleh Jeffri." Dato Nizam bangun untuk bertepuk tangan. Dengan mendengar suaranya sahaja dia tahu yang Amira ini mempunyai kebolehan dan juga bakat besar.
"Terima Kasih Dato. Suara saya biasa-biasa je." Amira merendah diri. Dah tahu dah yang aku ni memang berbakat. Takde sape yang boleh nafikan. Hahaha dia gelak didalam hatinya.
"Tahniah, awak layak untuk masuk Next Door. Tahniah Cik Amira" Dengan bangga dia berjalan dan berdiri dihadapan Dato Nizam itu untuk mengambil borang kelayakan.
Setelah keluar dari pintu itu, kelihatan masih ramai lagi yang sedang menunggu giliran. Memang tuah aku disini. Alhamdulillah Ya Allah.
Terdapat seorang gadis yang mengiringi dia hingga ke pintu kedua. Dia tertanya-tanya adakah ini step terakhir untuk audition ini? Dia harus buat sehabis baik.
Pintu dikuak dari luar.
Kelihatan seorang lelaki segak sedang asyik bermain telefon pintarnya. Tapi. . Kenapa aku macam pernah tengok mamat ni. And dekat mana eh?!Ehh...Chopppp..
Bukan ke dia ni yang terlanggar aku tadi? Ohmygod....
Dia ke juri akhir niee...?? Makkkkkkk...Amira berdiri betul-betul menghadap lelaki itu. Usai menilik telefon pintarnya, Hairul Amsyar memandang wajah Amira. Alangkah terkejutnya dia melihat muka makcik riak ni dekat sini. Ape dah jadi ni?! Makcik pon nak audition jugak. Baliklaaaa.
"Bak meh profil awak.." Ujar Hairul Amsyar.
Terketar-ketar tangan Amira menghulurkan profilnya itu. Bukan apa, cuma segan laa sebab tadi aku dah maki dia habis. aduhhhh..
"Nur Amira Auni. Nice name. 16 years old.? Ok. Lets start it." Hairul Amsyar tidak menunjukkan reaksi apa-apa. Dan ini membuatkan Amira bertambah lega.
"Firstly, saya nak awak menari dulu. Untuk jadi penyanyi, kita harus tahu basic step for dance" Ujar Hairul Amsyar.
Haaa sudah.. Nak aku gelek pulak dah..
Amira mengerut dahi dengan permintaan Hairul Amsyar yang boleh diklasifikasikan sebagai permintaan yang mengarut. Iyalah. Inikan ujibakat menyanyi bukannya ujibakat menari. Dah sah-sah lah harus ditekankan kepada bidang nyanyian sahaja.!
Mahu atau tidak dia harus menari jugak. Lantak lah jadi chicken dance pon jadi lah..!
Tiba-tiba sound chicken dance betul-betul keluar. Abislah aku kali ni.. Siap ade muzik bagai. Ni memang betul-betul nak kenakan aku ni..
Dengan tebalkan muka, dia terpaksa buat tarian chicken dance tu mengikut rentak muziknya.
Ni dah masuk kes buli ni. Tak boleh jadi..!!!
Lama jugak Amira menari chicken dance. Lepastu muzik tiba-tiba stop. Muzik dah stop pun Amira still lagi menari. So, memang malu gile laaaa..
"Hahaha.. " Hairul Amsyar menepuk tangan sambil ketawa berdekah-dekah. Dia rasa teramat lucu apabila Amira terkebil-kebil menari tarian kanak-kanak itu.
Ya Allah, rasa macam nak hantukkan kepala ni dekat dinding je. Kenapa muzik ni stop tiba-tiba?! Rasa menyampah pun ada dengan dia ni.!! Hish.!
"Baik.. Tarian awak not so bad laa. So now, i nak you joget dangdut pulak" Hairul Amsyar mulai seronok menyakat Amira.
Amira dah bengang. Ini bukannya pertandingan joget or tarian and so on. Tapi menyanyi. Joget is joget. Menyanyi is menyanyi. So tak sama..! Kenapalah aku jumpa mamat tua ni dekat sini.??!
Semakin rancak pulak dia membuli eh. Apa ingat aku ni takde perasaan ke apa?? Aku dah di final ni. Tolong lah..
YOU ARE READING
AKU BUKAN PERAWAN | Cik Bunga Seri
Storie d'amoreSINOPSIS Amira Auni merupakan seorang gadis yang berusia 16 tahun yang juga merupakan anak tunggal kepada Encik Mukhlis dan Puan Manisah. Encik Mukhlis bersifat tegas dan beliau sangat-sangat mengawal setiap gerak geri anaknya. Encik Mukhlis tidak m...