Kelihatan masih banyak ruang-ruang parkir yang kosong. Masih ramai yang belum pulang dari kerja barangkali. Detik hati Hairul Amsyar.
"Mesti Amira wonder kan kenapa kita ada kat sini? No worried. " Hairul Amsyar bertanya memecah kesunyian.Amira masih lagi terpinga-pinga. Untuk apa dia berada disini diwaktu begini. Kak Hana dan Abang Jeffri mesti risaukan aku. Arghhh apa pulak lah yang dia nak tunjuk kali ni.
Hairul Amsyar mengambil kain reben dan menutup penglihatan Amira. Amira sebenarnya terkejut dengan tindakan itu tetapi dia bertindak bersahaja sebab masih boleh mengawal perasaannya itu. Dia hanya sabar menanti apakah kejutan terakhir yang ingin ditunjukkan oleh lelaki itu.
Mereka mulai keluar dari kenderaan itu dan menuju ke lif. Pintu lif dibuka dan butang 14 ditekan. Tidak sampai beberapa saat, mereka tiba di tingkat 14. Mata amira masih lagi ditutup rapi. Hairul Amsyar berjalan perlahan-lahan risau sekiranya Amira tersadung dan terjatuh.Apa yang suprise sangat ni sampai kena tutup mata segala? Seram pulak aku. Detik hati Amira.
"Okay.. Kita dah sampai.. tunggu jap eh.." Ujar Hairul Amsyar.
Dia meleretkan kad Smart Key Lock di sistem pengesan pintu dan dalam sesaat pintu automatik terbuka sendiri. Hebat dan canggih sekali teknologi masa kini.
YOU ARE READING
AKU BUKAN PERAWAN | Cik Bunga Seri
RomanceSINOPSIS Amira Auni merupakan seorang gadis yang berusia 16 tahun yang juga merupakan anak tunggal kepada Encik Mukhlis dan Puan Manisah. Encik Mukhlis bersifat tegas dan beliau sangat-sangat mengawal setiap gerak geri anaknya. Encik Mukhlis tidak m...