Hari ke-3
Seperti biasa Amira akan datang ke studio dengan menaiki kenderaan awam. Dia seperti sudah terbiasa dengan keadaan itu. Mana tidaknya sekarang ni semuanya dia kena buat sendiri. Tiada yang membantu. Ibu dan ayah pun duduk jauh. Entahkan ingat entahkan tidak mereka padanya.
Terlihat bangunan mampan yang tinggi yang tersergam indah. Jelas terpancar masa depannya cerah disitu. Moga-moga Allah mengabulkan semua doaku. Aamin..
Butang lif ditekan. Amira hanya menunggu pintu lif dibuka. Beberapa saat kemudian pintu lif terbuka luas. Terdapat 3 orang yang berada didalamnya. Amira lantas masuk kedalam sebelum pintu lif tertutup kembali.
Pintu lif hampir tertutup sepenuhnya tetapi tiba-tiba ada lengan yang menyekat pintu lif tutup. Rupa-rupanya Encik Hairul Amsyar yang menghalang.
*As Hairul Amsyar*
"Huisshhhh.. nasib baik sempat. Kalau tak, tak dapatlah aku tatap wajah Amira.."*As Amira*
"Alamak.. Encik Hairul lah. Dia buat apa dekat sini""Eh, bongoklah kau ni. Dah tentu-tentulah dia kena ada dekat sini. Kan production bapak dia. Adoii.. engko ni dah kenapa?!"
Beberapa saat kemudian, pintu lif terbuka lagi. Penumpang yang berada didalam lif keluar dan menuju ke destinasi masing-masing. Pintu lif tertutup semula.
"Amira, saya nak awak jumpa saya ye lepas ni. Ada benda nak bagitahu ni. Urgent. Sila ikut saya.!" Tanpa pembuka kata, Hairul Amsyar langsung saja mengusul hasratnya. Kata orang straight to the point lebih jelas. So, tak perlu nak berkias-kias. Amira memberikan reaksi anggukan sahaja. Arahan diterima.
+++++++++++++++++++++++++++++
Didalam Office Hairul Amsyar.
Amira hanya berdiri dihadapan Hairul Amsyar. Dia ternanti-nanti apakah yang akan diberitahu oleh lelaki itu.
"Duduklah dulu,Mira." Hairul Amsyar menyuruhnya duduk.
Amira menelan liur. Seperti ada sesuatu yang serius sahaja yang hendak diperkatakan. Apakah??
"Ada apa Encik nak jumpa saya?" Dia hanya memberanikan diri untuk bertanya. Orang kata kalau tak tanya tak tahu. Hahaha
"Actually saya ada benda nak bagitahu dekat awak. Harap-harap awak boleh terimalah bila saya bagitahu berita ni pada awak" Hairul Amsyar memulakan bicara.
*As Amira*
"Ape bende lak ni dia nak cakap. Jangan cakap nak buang aku sudahlah.. naya aku. Baru jek nak rasa kemewahan duduk Keyyel nih."
Hairul Amsyar hanya memerhati riak wajah Amira. Sepertinya sedang dalam ketakutan. Dalam hatinya nak ketawa bagai nak rak dah dengan ekspresi wajah Amira yang spontan. Tetapi ditahan supaya tidak menampakkan wajahnya yang sedang menahan ketawa.
"Okay, baiklah. Semalam ada kru production yang mengadu pada saya, katanya awak tidak hormat pada dia. Betul ke?" Hairul Amsyar membuat cerita. Dia sengaja untuk mengenakan Amira yang polos itu.
Aik, bila masa pulak aku tak hormat dekat orang ni. Ke orang tu saje je nak buat aku kena marah. Aishh tak boleh jadi ni. Aku kena fikir something.
"Kenapa diam? Jawablah pertanyaan saya ni."
"Erm, saya pun tak tahu nak jawab apa sebab saya rasa saya dah hormat dekat semua orang. Tapi tak tahu lah pulak kalau ade orang yang tak suka dekat saya."
"Entahlah. Tapi aduan tu yang saya dengar."
"Kalau saya boleh tahu siapa dia ye Encik.?"
Hairul Amsyar terkedu sekejap. Alamak nak cakap sape ni. Kau ni pon satu nak membohong tak agak-agak. Kang dia dah tanya camtu. Habislah kau..
Tapi dia cuba menunjukkan riak bersahaja. Fikiran tiba-tiba jadi celaru. Arghh berita baik ni harus dikongsi. Jujur je lah.
"Okay. Just forget about it. The something that i wanna tell you is Papa saya ada hadiahkan sesuatu untuk awak. Thats mean present untuk staff-staff dia. Nah ambiklah." Segugus kunci diletakkan diatas meja betul-betul dihadapan Amira.
Tergamam dia untuk seketika. Kunci apakah?
"Err kejap..kejap. Apa ni Encik ?" Amira masih tidak mengerti akan kondisi itu. Kunci untuk apa? Kunci bilik pejabat untuk aku ke? Atau kunci kereta untuk aku ?? Atau kedua-duanya sekali. Arghhh jauh sangat aku teka ni.
"Ini adalah kunci rumah kondo untuk awak, Amira. Dato memang akan bagi tempat tinggal untuk semua staff-staff dan kru-kru dia. Kejap lagi ikut saya untuk lihat keadaan isi rumah. Maybe lepas ni awak akan lebih selesa tinggal disitu." Hairul Amsyar menerangkan satu persatu.
Ya, memang Dato Nizam akan buat begitu untuk setiap staff-staffnya. Dia gemar menjaga kebajikan setiap pekerjanya supaya mereka rasa selesa bekerja dibawah naungan Nizam Production. Dengan membuat begitu, dapatlah dipastikan bahawa pekerja atau krunya tidak akan lari ke production lain kerana kebajikan mereka telah terjaga dan terjamin.
"Ya Allah. Betul ke apa yang saya dapat hari ini? Ru...rumah??" Amira masih tidak percaya yang dia mendapat hadiah yang begitu istimewa. Biar betul ni? Takkan lah diorang mudah-mudah je bagi 'something' kalau takde balasan. Betul tak andaian aku ni?? Balasan apa yang diorang nak?
"Ya betul tu Amira. Sebelum kita pergi check it out rumah awak, saya nak bawak awak ke sesuatu tempat. Awak mesti suka. Tempat idaman semua wanita."
Terdapat satu lagi kejutan buatnya. Awww.. Terasa macam mimpi pulak. Idaman semua wanita? Apakah? Tak sabarnya.
"Okay Encik Hairul. Saya ikut je." Dia masih menunjukkan riak wajah blur tapi dalam hatinya dah berbunga-bunga. Sweet jugak Mr. Bongkak Bongkok ni.
Apalagi ??
Vote n comment laa baru semangat nak update ..
sorry tau cara penulisan agak teruk. Tapi setidaknya korang faham kan apa yg nak disampaikan ❤
YOU ARE READING
AKU BUKAN PERAWAN | Cik Bunga Seri
RomanceSINOPSIS Amira Auni merupakan seorang gadis yang berusia 16 tahun yang juga merupakan anak tunggal kepada Encik Mukhlis dan Puan Manisah. Encik Mukhlis bersifat tegas dan beliau sangat-sangat mengawal setiap gerak geri anaknya. Encik Mukhlis tidak m...