Bab 2 | Aku Bukan Perawan

13.1K 96 11
                                    

"Mira..! Amira! Nak kemana tu ??" Puan Manisah memanggil-manggil anak perempuannya itu tetapi dihalang oleh suaminya. "Takpe Manisah. Biarkan dia bersendirian dulu. Beri ruang untuk dia berfikir kemana arah tuju yang sepatutnya dia tujui" Encik Mukhlis memujuk hati isterinya. Hati ibu mana yang tak risau jika anaknya keluar daripada rumah. Tambahan pula tidak tahu kemana yang dia tuju. Encik Mukhlis kemudiannya hilang dari pandangan. Mungkin keluar minum bersama teman-temannya di warung Kopi Pak Mat. Memang menjadi rutin hariannya diwaktu petang untuk bersantai bersama teman-teman sekampung dan sejiran.

Amira berlari dan terus berlari sehingga dia tiba di suatu tempat yang amat mencuri perhatiannya. Tempat yang sangat menyenangkan hati dan keindahannya amat memukau setiap mata yang memandang. Keunikan sawah padi juga menarik gerak hatinya untuk menatapi betapa indahnya ciptaan Allah. Amira berhenti dan terkaku sebentar. Lalu dia duduk di atas titian yang dibawahnya adalah sungai.

 Lalu dia duduk di atas titian yang dibawahnya adalah sungai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia termenung sendirian dan merenung sejenak. Ada suatu ketika, dia curi-curi masuk pertandingan menyanyi peringkat sekolah semasa sekolah rendah dahulu. Tanpa sengaja, dia memenangi dan menjuarai pertandingan itu. Trofi kemenangan dan berita baik itu dibawa pulang kerumah untuk berkongsi rasa dengan ibu dan ayahnya. Tetapi pilu rasa hati, sebaik sahaja ditunjukkan trofi kemenangan itu, Encik Mukhlis murka dan marah sekali.

Dilemparnya trofi kemenangan itu ke atas lantai yang padanya sangat bermakna sekali buat dirinya. Sejak itulah buat pertama kali airmatanya menitis menyembah bumi. Tiada kata yang harus dipersoalkan lagi. Dia sendiri bingung mengapa Encik Mukhlis sangat membencikan bidang itu. Sejak itu, dia hanya terjebak secara diam-diam sahaja dan tidak terlalu menonjolkan minatnya secara lebih mendalam lagi. Dia takut sekiranya Encik Mukhlis naik hantu lagi.

"Hai Mira. Buat apa sorang-sorang dekat sini ?" Tanya seorang pemuda yang tinggi lampai dan berkulit hitam manis. Amira masih lagi termenung. Hafiz merupakan rakan sekolah Amira. Hafiz berumur 17 tahun, tua setahun dari Amira dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Mereka berdua sebenarnya jarang bersua muka apatah lagi berbicara semeja. Hafiz juga merupakan pelajar lelaki yang paling dikenali di Sekolah Menengah Sri Rampai. Dia merupakan pemain gitar akustik yang diminati ramai pelajar termasuklah Amira. Jarang benar Amira bergaul dengan remaja lelaki kerana Encik Mukhlis juga melarangnya dia berbuat demikian. Encik Mukhlis ingin dia menjaga batas pergaulan dan tidak mahu anaknya bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Dia mengenali Hafiz pun kerana Hafiz sering membuat persembahan nyanyian di pentas sekolahnya.

Amira mengelamun tanpa henti. Pernah suatu ketika, sekumpulan rakan-rakannya datang bertandang ke rumah untuk membuat kerja kursus Sejarah bersama-sama, tetapi Encik Mukhlis bertindak menghalau rakan lelaki sekumpulan dengannya. Akibatnya, Amira diejek disekolah dan dimalukan rakan sekelasnya. Dia diejek mempunyai bapa yang kolot dan tidak betul akal fikirannya. Seminggu juga dia diejek dan menanggung rasa malu. Kemudiannya peristiwa itu beransur-ansur reda dan tidak lagi menjadi buah mulut masyarakat disekolahnya.

"Mira?? Ohh mira?" Panggil Hafiz lagi. Dia melambai-lambai jemarinya kearah wajah Amira. Lamunannya terhenti. Dipandang ke arah Hafiz sekilas dan memandang ke arah sawah kembali. Dia malas hendak melayan sesiapapun.

"Amira, awak buat ape dekat sini? Dah nak dekat maghrib ni. Awak tak takut ke duduk sini sorang-sorang? " Tanya Hafiz lagi memandangkan soalannya tidak dijawab.

"Awak jangan sibuk pasal saya boleh tak? Eh pergi balik lah!" Bentak Amira. Dia mendongak merenung wajah Hafiz kemudian berpaling ke arah lain.

Hafiz kemudian bertindak duduk disebelah Amira. Sebenarnya dia baru lepas pergi ke kedai runcit Mak Salmah untuk membeli barang-barang dapur kepunyaan ibunya tetapi dia mencuri sedikit masa untuk melepak bersama Amira, gadis yang paling cantik disekolahnya dan menjadi kegilaan ramai pelajar lelaki disekolahnya. Oleh itu, tidak hairanlah jika Hafiz adalah salah satu pelajar lelaki yang meminati Amira.

"Eh eh, apesal awak duduk pulak ni? Nanti orang nampaklah! Pergi balik lah Hafiz.." Amira mengusirnya lagi. Tetapi Hafiz tetap berkeras dan berdegil untuk tetap duduk disitu.

"Saya takkan balik Mira..sehingga awak ceritakan pada saya apa yang sebenarnya telah terjadi. Kenapa awak menangis Mira ?" Lancar sahaja Hafiz menuturkan bicara. Jelas sekali dia amat prihatin akan rakan sekolahnya itu.

"Saya...saya.." Amira tampak gagap untuk memulakan bicara. Dia benar-benar perlukan bahu untuk dia melepaskan rasa sedihnya itu. Dia juga berasa ingin menangis sepuas-puasnya.

 Dia juga berasa ingin menangis sepuas-puasnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AKU BUKAN PERAWAN | Cik Bunga SeriWhere stories live. Discover now