Setelah beberapa hari dia bermalam di hospital, kini dia sudah dibenarkan pulang. Rekod kesihatan dia juga sudah semakin pulih dan membaik. Cuma.... Perasaannya saja yang gundah gulana..
Didalam biliknya.
"Abang, Amira mana bang? Manisah nak jumpa dia. Panggilkan dia masuk bang.." Ujar Pn Manisah lemah. Dia tidak boleh banyak bergerak lagi. Tambahan pula, dia tidak boleh terlalu stress dan terkejut. Ini semua akan memberi kesan kepada kesihatan dia.
"Mira takde dekat sini yang. Dia dah pergi.. Pergi tinggalkan kita" Encik Mukhlis menjawab pertanyaan itu dengan tenang.
Puan Manisah melihat di sekeliling rumahnya. Sunyi dan sepi. Gelak tawa Amira juga hilang bagaikan dibawa angin.
Amira, sejak kecil lagi Amira dijaga oleh kami. Sejak kecil lagi, kami memberikan didikan agama yang sempurna untuk Amira. Sejak kecil lagi, kami menyediakan segala kepentingan & kemahuan Amira. Sejak kecil lagi, kami mencurahkan segala kasih sayang kami terhadap Amira. Tak pernah sedikitpun kami jentik Amira. Segala apa kemahuan Amira, kami tetap berikan. Tapi, kenapa ini balasan yang kami dapat, Mira??Jujur Ibu rindukan Amira. Ibu rindukan Amira Auni yang dulu. Amira yang selalu mendengar kata ibu. Amira yang selalu taat pada ibu. Amira yang selalu manja dengan ibu. Pulanglah nakk.. Ibu sentiasa menunggumu.
Sunyinya rumah ini tanpa hilai tawa darimu sayang. Selama ini, cerianya rumah kita hanya dengan ikatan kekeluargaan kita yang utuh. Tapi, kini Amira telah pergi. Rela memilih cita-cita dan impian berbanding Ibubapa Mira sendiri.
Ini jalan yang telah Amira pilih. Dan ini keputusan Mira yang muktamad. Takpelah, nak. Ibu takkan tangisi Amira lagi. Ibu takkan fikirkan Amira lagi. Pergilah kemana jua kamu hendak pergi. Dalam bahagia dalam duka kamu tetap dalam ingatanku. Kerana tak pernah ada seorang anak yang pernah mengalirkan airmata ibu hanyalah kamu, duhai anakku.
Puan Manisah bermonolog didalam hatinya. Dia begitu kecewa dengan tindakan terburu-buru anaknya. Airmata yang mengalir hanya dibiarkan sahaja tersisa dipipi.
Di rumah Jeffri..
Di atas sofa yang empuk, Amira dan Hana duduk berbual sambil menonton televisyen. Kelihatannya mereka sudah sangat akrab walhal dia sebenarnya baru sahaja kenal.
"Kak Hana , Akak kenal ke Dato Nizam tu..Haritu abang jeff ade suggest sorang dato ni.. katanya dia ade buat audition jugak nak cari bakat baru.. Tapi mira seganlah tambah-tambah pulak mira tak kenal dia lagi kan.." Amira memulakan bicara.
"Ohh Dato Nizam tu ke? Bagi akak Dato Nizam tu baik je. Sebab dia dah banyak kali tolong abang jeff.. Lagipun dorang tu sebenarnya kawan rapat lah jugak.." Hana menjawab pertanyaan Amira.
"Alaa.. nak malu ape nya? Takde benda pun nak dimalukan. Akak tahu Mira mesti boleh. Akak sentiasa doakan Mira boleh capai cita-cita mira tuu.. " Sambungnya lagi.
"terima kasih kak.. Terima kasih sebab bagi semangat dekat Mira. Terima kasih jugak sebab bagi Mira tumpang dekat sini..Dan terima kasih sebab banyak bantu amira." Amira mengucap rasa syukur kerana masih ada hamba Allah yang ingin membantunya ketika dia tidak mempunyai siapa-siapa.
Tatkala dia berjauhan dari keluarga, masih ada insan yang sudi menjaganya. Masih ada insan yang sudi mengutipnya. Ya, benar aku durhaka kepada orang tua. Tapi yang pastinya aku akan menuntut keampunan dari mereka. Bila, masa dan bagaimana biarlah Allah yang tentukan.
Ya, jalan ini yang dia telah pilih. Bukan dia tidak mempunyai siapa-siapa tapi dirinya sendiri yang buat dia tidak mempunyai siapa-siapa. Hati bonda yang galau di kampung tiada siapa yang tahu melainkan tuhan yang SATU.
Selepas rancak berbual, Amira dan Hana masuk ke dapur. Ini kerana Jeffri akan pulang untuk makan tengahari nanti. Jadi, mereka harus segera memasak khuatir Jeffri akan pulang lebih awal.
*********
Dapur"Kita nak masak apa ni Kak Hana?" Amira bertanya memecah kesunyian.
"Tengahari ni kita masak lauk gulai ayam ye. Sebab abang jeff suka makan kari. Nak kata dia terlalu suka kari, sampai kari mamak pon dia bedal jugak. huhuhu" Jawab Hana. Jawapan Hana membuatkan mereka ketawa terkekek-kekek.
Pandai jugak Kak Hana ni buat lawak. Sama macam bang jeff...
Sedang rancak berbual, kelibat seseorang yang sedang asyik memerhatikan kawasan rumah mereka. Dengan senyuman sinis yang terukir dibibir, lelaki itu terus berlalu pergi setelah Amira menyedari akan aktivitinya itu.
YOU ARE READING
AKU BUKAN PERAWAN | Cik Bunga Seri
RomanceSINOPSIS Amira Auni merupakan seorang gadis yang berusia 16 tahun yang juga merupakan anak tunggal kepada Encik Mukhlis dan Puan Manisah. Encik Mukhlis bersifat tegas dan beliau sangat-sangat mengawal setiap gerak geri anaknya. Encik Mukhlis tidak m...