Bab 17 | Aku Bukan Perawan

4.9K 37 2
                                    

Keesokannya . . .

Di pagi yang hening Amira menekan butang lif, pintu lif terbuka lalu Amira masuk ke dalam lif dan menekan butang 5. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dalam hati berdebar juga untuk bertemu dengan Dato Nizam. Moga Allah permudah segala urusanku.

Tok..tokk...tok.. Bunyi pintu diketuk.
Beberapa saat kemudian, suara Dato Nizam menyuruhnya masuk ke dalam.

Daun pintu dibuka perlahan. Kelihatan Dato Nizam sedang duduk di kerusi yang empuk dan mewah sambil memegang telefon bimbit di tangan.

"Silakan duduk Amira." -Dato Nizam

"Terima kasih Dato.." Ujar Amira. Kerusi ditarik dan duduk diatasnya. Wow, cantiknya bilik pejabat dia. Mewah giler.

"So, lets proceed k. Lagi cepat proceed lagi bagus. Ini adalah agreement kita. File ni merupakan kontrak perjanjian antara awak dan production kami. Awak akan jadi kru di bawah Nizam Production selama 3 bulan.. Awak boleh baca dahulu isi kandungan File ni. Kalau awak setuju, awak tinggal perlu sign je.." lancar sahaja Dato Nizam menuturkannya. Dia cuba sehabis daya untuk memberi penerangan yang paling ringkas kepada Amira supaya dia cepat faham.

"Baik Dato.. Saya percayakan Dato." Ujarnya sambil menandatangani surat perjanjian itu. Dibelek-belek surat itu sekilas sahaja. Tiada tanda-tanda untuk membaca detail nya.

Dato Nizam mendial nombor seseorang. Tidak sampai seminit, dia pun sampai dikamarnya.

"Ada apa Pa?" -Hairul bertanya.

"Am bawak Amira pergi jumpa staff dan kru-kru kita ye. Perkenalkan Amira kepada diorang." -Dato Nizam

"Mulai sekarang, papa amanahkan pada Am untuk guide Amira. So, guide dia betul-betul k." sambungnya lagi.

*****************\\\\\\\\*******************

-Di pejabat Hairul Amsyar-

Amira terduduk kaku. Tidak tahu untuk memulakan bicara. Berasa malu dan sedikit janggal sebab dia pernah berselisihan faham dengan lelaki itu. Lagipula, kelmarin dia menengking Hairul Amsyar dengan kuat sekali. Malulah nak mulakan bicara.

"So, firstly biar saya perkenalkan nama saya dahulu. Saya En. Hairul Amsyar Bin Dato Nizam. Merangkap anak tunggal beliau.. Boleh panggil Encik Hairul je." Ditekankan perkataan 'Encik' itu supaya Amira memanggilnya sebegitu.

"Baiklah Encik Hairul." -Amira mengiyakan sahaja.

"First of all, saya nak awak fotostat surat-surat ni dulu. Saya nak 120 copy.. Sekarang..!!" Hairul Amsyar mula memberi arahan.

"Tapi encik.. Saya tak tahu fotostat.."-Amira Fazlina

"saya taknak dengar alasan awak. Sekarang!!!!!"

"Lepas awak fotostat semua ni baru saya bawak awak jumpa staff dan kru Nizam Production kita." Hairul Amsyar memberi arahan lagi.

Kegilababian apakah ini? wtf ?

**As Hairul Amsyar**

'Haha. Terkena kau ye. Siapa suruh kau tengking aku depan kru production semalam. Rasakan lah..'

'Aku tak tahu kenapa aku rasa suka sangat kenakan kau. Dasar Budak Kanpung. '

'Pemakaian selekeh. Cara bertutur kasar. Erghhhh Papa jek yang nak amik kau jadi penyanyi. Tapi aku tak pun. Aku takkan benarkan tu semua berlaku. '

'Amira..Amira..Amiraa.. Sejak mula lagi aku tak puas hati dengan kau..'

'Kau belum kenal aku siapa Amira. Kau silap orang lah..'

**As Amira Auni**

'Cam batak lah. Aku datang sini sebab nak training, tapi boleh pulak dia suruh aku jadi tukang fotostat surat.'

'Aku mintak maaflah kalau pasal aku tengking kau semalam tu buat kau terasa hati. Tapi janganlah siksa aku camni.'

'Aku just tak nak bermusuh dengan sesiapa pun..Please lah Hairul Amsyar..'

Amira mendekati mesin fotostat di sudut bilik Encik Hairul Amsyar. Entah apalah yang difikirkan oleh Encik Hairul Amsyar sanggup torture dia sampai macam ni sekali.

 Entah apalah yang difikirkan oleh Encik Hairul Amsyar sanggup torture dia sampai macam ni sekali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Butang di skrin mesin fotostat ditekan. Kertas-kertas yang difotokopi bergerak dengan laju sekali.

 Kertas-kertas yang difotokopi bergerak dengan laju sekali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hairul Amsyar mengekek-ngekek ketawa dalam hati. Padan muka kau. Tulah sape suruh kau tengking aku. Haa kan dah kena balik. Rasalah..!

Nampak macam kerani cabuk pon ada dia ni. Well rupa tu not bad laa. Tapi ada hati nak jadi penyanyi. Nak kejar glamor konon. Piiiiraahhhhh.!!

Amira hanya menunduk layu. Dia tahu dia salah. Tapi janganlah hukumnya sebegini. Dia juga punya hati. Dia datang kesini sebab nak cari makan and nak kejar cita-cita. Bukannya jadi orang suruhan..

AKU BUKAN PERAWAN | Cik Bunga SeriWhere stories live. Discover now