BAB 1: ZACK

32 2 0
                                    

-Kisah yang bermula 5 tahun sebelum bermula episode 1 Kamen Rider Rex, seorang pelajar berumur 14 tahun bernama Zack Haqeem memulakan hidup di sekolah menengah pada tahun kedua dengan sifat malas dan apa yang ada dalam fikiran dia adalah hendak tidur waktu subjek paling dia benci, iaitu Matematik. Namun hidupnya akan berubah apabila datangnya dua pelajar baru yang membawa pelbagai misteri dan kejadiaan raksasa yang berlaku di Bandar Kuala Lumpur.

Zack Haqeem, pelajar Sekolah Menengah berumur 14 tahun berjalan menuju ke sekolah yang tidak jauh dari rumahnya. Dia memulakan kehidupan hidup di Bandar sejak bapanya naik pangkat CEO di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Zack yang rindu kehidupan luar Bandar tetapi terpaksa juga hidup di sini. Semasa berjalan melepasi pagar sekolah, dia terserempak dengan seorang pelajar perempuan yang sama umur dengan dia di depan taman sekolah. Perempuan itu ialah Amylia Izani.

Amylia : Hai Zack! (Sambil mengeluarkan senyuman ikhlas)

Zack : Yo, Amylia. Awai sampai...

Amylia : Mestilah. Datang sekolah kene semangat dan awal, baru la segar dan mudah terima ilmu

Zack : Haih, semangat sangat kau. Aku pergi dulu, nak masuk kelas tido

Amylia : Hah tengok tu! Awal-awal dah nak tidur, Zack, kalau tidur dekat sekolah boleh halang ilmu masuk tau!

Zack : Sibuk la kau

Zack berlalu pergi sambil mengeluarkan senyuman dan gelak kecil melihat Amylia membebel. Dia menuju ke kelas dan duduk di tempat dia berada di sebelah tingkap, pemandangan cantik Bandar Kuala Lumpur waktu pagi boleh dilihat, pemandangan itu buatkan Zack berasa selesa dengan kehidupan baru dia. Dalam fikiran dia, taklah teruk sangat hidup di Bandar.

Zack : Tak lah teruk sangat...aku mula rasa selesa

Tak lama kemudian, rakan baik Zack, Faiz datang dan duduk di tempat duduk dia di sebelah meja remaja itu. Faiz menegur Zack yang mengantuk sambil terus menghentam kepala Zack supaya bangun.

Zack : Aduh! Asal pukoi aku!?

Faiz : Bangun la, tak elok tido pagi-pagi. Dah nak masuk waktu pertama, Matematik

Zack : Ahh! Jangan sebut matematik! Semalam aku cuba buat kerja rumah matematik, satu soalan apa pon aku tak leh jawab!

Faiz : Itu sebab kau malas, bukan tak pandai. Kau pandai tapi malas, tak dapat kira sikit dah tutup buku, macam mana nak siap?

Zack : Dah tak leh jawab tutup saja buku, tawakal je laa...!

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pembelajaran pertama bermula, tetapi nasib zack betambah baik apabila cikgu matematik tiada harini akibat cuti sakit. Zack dan Faiz serta rakan-rakan lelaki lain membuat bising dalam kelas. Namun, salah seorang pelajar terdengar cikgu lalu dan memberi amaran kepada rakan-rakan lain, Zack dan pelajar lain terus duduk diam dan senyap.

Cikgu Disiplin sekolah, Sir Sarjat Singh masuk, harini Sir Sarjat memakai turban yang diikat dengan kemas serta baju kemeja buatan Europe lima bintang serta membawa rotan buluh yang diambil dari Hutan Amazon. Ya, Sir Sarjat penah jelajah hutan amazon untuk cari buluh ni je.

Sir : Ehem, baik kelas, since cikgu matematik kamu takde, saya akan ambil masa ni untuk memperkenalkan dua pelajar baru yang akan memasuki kelas ini

Kelihatan dua orang pelajar lelaki masuk ke kelas memakai pakaian seragam sekolah. Sir Sarjat menyuruh mereka memperkenalkan diri.  Dua orang tersebut ialah...

Fahmy : Nama saya Fahmy. Selamat berkenalan

Fanghri : Saya lak Fanghri, selamat berkenalan (Sambil membuat muka kacak)

KAMEN RIDER REX: SIDE JOURNALTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang