BAB 7: TRAGEDI

10 1 0
                                    

Zack : Bertukar!

Zack memasukkan Wild fang ke dalam fang slot dan menutup slot tersebut lalu mengangkat fang slot ke atas dan bertukar menjadi Kamen Rider Exez. Perisai Exez mengeluarkan aura yang kuat sehingga menolak raksasa berekor empat tersebut.

Faiz : Hapuskan dia Zack!

Exez tidak memikir panjang lalu bertarung dengan dengan raksasa tersebut, pertarungan tangan lawan tangan Zack tidak kurang hebat kerana ada teknik silat yang dia belajar dari datuknya. Namun, ekor raksasa tersebut terus menikam Exez dari belakang.

Fahmy  : Cis! Four Tails memang kuat! Zack bahaya! Kita kene berundur!

Exez : Huh!? Berundur? Tak! Aku kene hapuskan dia!

Four Tails terus melibas Exez dan menolaknya hingga jatuh ke bawah. Four Tails terus menikam Exez di perut hingga tertusuk ke tanah.

Zack : Arghh!!!

Fahmy : Tch..Fanghri..kau sengaja kan..

Zack menendang Four Tails di perut untuk melepaskan diri, Zack menekan butang di atas driver sebanyak tiga kali untuk serangan istimewa.

Exez Driver : WILD DASH!

Exez bergerak dengan pantas dalam mod blur dan menumbuk dan menendang Four Tails dari pelbagai arah dan diakhiri dengan tendangan di muka four tails.

Exez mengeluarkan ExeDrei Saber dan mentetak Four Tails dan membuat combo slash ke arah Four tails hingga raksasa itu meraung kesakitan.
Faiz : Yosh! Zack, hapuskan sekarang!

Fahmy : Ya! Hapuskan

Sebelum Exez dapat memusnahkan Four Tails dia diserang oleh seseorang dari jauh dengan bertubi-tubi hingga Four Tails sempat melarikan diri.

Exez menahan serangan itu dengan tangannya hingga selesai. Dia memandang sekeliling melihat raksasa tersebut telah hilang.

Exez : Dah larikan diri...

Fahmy : Serangan itu...dari siapa lak?

Faiz : Musuh lain..pasti dia bantu raksasa empat ekor tu larikan diri..

Dalam fikiran Fahmy hanya Fanghri sahaja yang boleh menyerang Zack dari jauh dan membantu Four Tail melarikan diri.

Exez berubah semula ke bentuk manusia dan terus pergi ke arah Faiz dan Fahmi.

Faiz : Baiklah..biarkan raksasa itu larikan diri...tapi..Fahmi kau takleh simpan lagi..apa yang kau rahsiakan dari kami?

Fahmi terus terkejut dan memandang ke tepi. Dia tahu Faiz akan menanya soalan tersebut dan sedikit demi sedikit akan tahu kisah yang sebenar.

Fahmi : Takde apa yang aku simpan dari kawan, apa yang kau kene tahu aku tahu raksasa itu dicipta oleh seseorang tapi aku tak kenal dia

Faiz : Huh? Raksasa tu dicipta...?

Zack : Mutasi...semua tu mutasi, badan seperti manusia dan berekor empat seperti haiwan...pasti ada seseorang yang gunakan mereka sebagai experiment...

Faiz : Hmm..misteri

.......

Fanghri duduk di kerusinya dengan perasaan marah dan hampa terhadap kegagalan Zack untuk hapuskan Four Tails.

Fanghri : Zack sepatutnya lebih kuat untuk hapuskan Four Tail! Kenapa dia tidak dapat lakukannya!??

Fanghri menghentak meja di sebelah hingga roboh.

Barudang : Kerana Zack masih belum mencapat tahap kuasa yang maximum untuk guna Exez Driver...selagi Zack tak rasakan kesengsaraan dan dendam..dia tidak akan jadi lebih kuat

Fanghri : Tch...semua ini akan berakhir malam ni juga..biar dia tahu yang jadi Exez adalah untuk membunuh bukan untuk melindungi!

Barudang : Baik, Fanghri

Zack pulang dalam keadaan cedera serta terdapat kesan darah, debu tanah dan koyak pada baju dia. Hana bergegas terus ke pintu sebalik adiknya pulang dan terkejut melihat keadaan Zack.  Hana melihat kecederaan yang dialami Zack tapi pemuda tersebut tidak menghiraukan luka yang di alami sebaliknya senyum ke arah kakaknya sambil memengan Exez Driver.

Hana : Berlawan lagi..?

Zack : Ya..raksasa datang menyerang kami lagi..kali ni lagi bahaya

Hana : Kenapa mesti awak yang diorang serang?

Zack : Mungkin saya dah jadi Kamen Rider..sebab tu raksasa semua datang untuk bunuh saya..

Hana : Sampai bila awak nak terus cedera camni..akak tak janji dapat merawat awak lagi kalau awak cedera lebih teruk...akak baru pelajar jurusan doktor...bukan doktor sebenar..

Zack : Saya tahu akak...saya pastikan takkan cedera teruk lagi lepas ni..

Hana : Cepat-cepat cuci luka tu nanti mak, ayah dan adik balik malam ni! Awak tak boleh tunjuk dekat depa luka tu kalau tak pasti teruk kamu kene marah..

Zack : Jangan risau..kita goreng je selagi mampu (sambil buat muka tak bersalah)

Hana : Haihh..

......

Amylia berada di depan McDonald berdekatan dengan bandar sambil menunggu seseorang. Kelihatan Faiz datang ke arahnya seperti yang mereka rancang untuk berjumpa.

Amylia : Ada apa Faiz nak jumpa?

Faiz : Amylia, aku rasa...Zack dalam bahaya sekarang

Amylia : Huh!? Apa dah jadi? Kenapa...?

Faiz : Entah la, sejak jadi Kamen Rider, raksasa semakin banyak datang pada dia dan...aku pasti ini ada kene mengena dengan Fahmi dan Fanghri

Amylia : Pelik..Fanghri baru sehari datang sekolah lepas tu tak hadir terus..Fahmi pon sama..apa yang mereka rancangan sebenarnya..

Faiz : Fahmi memang merahsiakan sesuatu..dan itu ada kene mengena dengan Fanghri

Amylia : Apa yang akan jadi pada Zack?

Faiz : Right now, kita kene cari maklumat

Amylia : Mungkin Atok saya tahu, lagipon dia ada simpan satu rahsia jugak

Faiz : Baik, esok cuti lagi, aku pergi rumah kau bersama Zack, dia perlu tahu tentang ni jugak

Four Tails kembali dan menyerang Faiz dan Amylia tanpa mereka sedar. Faiz dan Amylia jatuh berguling sambil cuba bangkit semula.

Faiz : Four Tails!

Amylia : Gelinya! Seperti haiwan mutasi...!

Faiz : Lari dulu!

Sebelum Four Tails dapat menyerang, Kamen Rider Ptera datang dan menendang kepala Four Tails dan jatuh.

Amylia : Kamen Rider..Ptera..

Ptera terus bertarung dengan Four Tail dan Faiz mengambil peluang ni untuk membawa Amylia larikan diri dari situ. Ptera menumbuk dan menendang Four Tails bertubi-tubi, tidak memberi raksasa itu peluang untuk bertahan dan menyerang.

Ptera masukkan Sauro Fang ke dalam fang slot dan menarik pedal slot brace tiga kali untuk aktifkan serangan akhir.

Ptera : Kau mengacau je! Pergi mati!

Ptera mengecas tenaga yang kuat pada tangan kanannya sambil aura berbentuk Saurosachus keluar dan Ptera membuat Ptera Brutal Blast iaitu Rider Punch yang kuat ke arah Four Tails dan berjaya hapuskan raksasa tersebut.

Ptera : Huh...huh...aku kene bagitau Faiz tentang ni! Kalau dia dapat tahu tentang rahsia ni...dia akan jadi sasaran baru Fanghri!
....
Ibu bapa Zack telah pun pulang pada tengah malam dan Hana menyambut baik mereka. Zack seperti biasa tidak berasa gembira mahupun sedih sangat tapi dia rasa biasa je sebab minggu depan ibu bapa dia pergi balik ke luar Negara.

Seseorang telah sampai di hadapan rumah Zack, dia memakai pakaian hood yang menutup wajahnya, hujan mula turun dengan renyai dan pemuda itu memengang sebuah Driver baharu.

??? : Tragedi bakal bermula...

KAMEN RIDER REX: SIDE JOURNALWhere stories live. Discover now