BAB 2: FAHMY

19 0 0
                                    

Dua pelajar baru dimasukkan ke dalam kelas Zack iaitu Fahmy dan Fanghri. Kedua-dua mereka ini memang tak dikenali oleh sesiapa mahupun tahu tempat mana diorang berada. Zack bertindak untuk memperkenalkan diri dia kepada mereka sebelum kejadian aneh berlaku iaitu kewujudan raksasa bernama Killer Grock datang untuk bunuh Zack. Pemuda itu cedera parah sebelum diselamatkan oleh seseorang dalam suit bertopeng....

Kamen Rider Ptera menumbuk Grock dengan kuat sehingga jatuh ke tanah, Grock bangkit dengan kemarahan berganda, dia mengeluarkan pedang dari tangannya dan terus menyerang Ptera. Rider tersebut mengesan serangan bahaya Killer Grock, lalu dia menarik pedal alat yang dipasang pada lengan kanannya sebanyak tiga kali.

Slot Brace : PTERA SLOT SLASH!

Ptera terus melepaskan beberapa tembakan berbentuk aura biru ke arah Grock dan berjaya melemahkan raksasa itu. Zack yang masih terduduk kesakitan tidak lagi berasa sakit selepas melihat aksi Ptera bertarung.

Zack : Kamen Rider...

Killer Grock : Tak guna kau! Siapa kau huh!?

Ptera : Nama aku tak penting, ingat  baik-baik, jangan ganggu pemuda ini lagi!

Ptera menarik pedal Slot Brace lima kali dan menekan butang untuk mengaktifkan serangan terakhir. Ptera mengeluarkan sayap dinosaur di belakang badannya sebelum terbang ke arah Killer Grock dan membuat Rider Kick pada dada Grock dan berjaya memusnahkan raksasa itu dalam satu letupan. Ptera mendarat dengan selamat di belakang api.

Zack bangkit dan bergerak ke arah Kamen Rider tersebut, Ptera nampak pergerakan Zack namun dia tidak menghirau sangat kecederaan di alami Zack kerana kecederaan seperti itu terlalu biasa bagi seseorang yang mewarisi darah Kyoryu no Senshi.

Zack : Kame Rider...huh...wujud pulak kat Malaysia ni

Ptera : Anggaplah kita tak pernah berjumpa, tetapi aku ada satu pemintaan, raksasa yang datang tadi semua bertujuan untuk bunuh kau dan mereka akan datang lagi untuk buru kau

Zack : Tapi kenapa!? Kenapa aku!? Apa yang aku dah buat!?

Ptera : Kau...mempunyai semangat puak aku iaitu semangat Kyoryu no Senshi jadi...mereka cuba untuk melenyapkan sesiapa yang ada semangat ini lagi...

Zack : Kyoryu no Senshi...?

Ptera : Nanti kau akan tahu la

Ptera terus menghilangkan diri dari pandangan Zack selepas hujan turun dengan lebat malam itu. Zack pulang ke rumah dalam keadaan basah. Saat dia merasa hendak pengsan, datang seseorang yang memberikan dia tuala dan membantu Zack untuk duduk.

Zack : Kakak...

Hana : Zack! Kenapa lambat ni? Awak pergi mana?

Zack : Tadi...

Flashback berlaku dalam fikiran Zack tentang kejadiaan tadi. Dia sendiri tak tahu macam mana nak bagi tahu kakaknya. Hana yang sangat risau akan adiknya dan terlihat luka pada bahu Zack. Hana terkejut dan terus membawa Zack ke bilik rawatan yang disedia khas dalam rumah.

Hana : Bila kena?

Zack : Tadi...sebenarnya terlanggar tiang, tak tahu pula ada benda tajam tertusuk sekali masa jatuh, tu yang luka dalam..

Hana : Tapi ini..dalam sangat, awak pasti takde siapa yang cuba nak bunuh awak?

Zack hanya menunduk dan menggelengkan kepala. Hana mencuci luka zack yang dalam dan terus kepada jahitan. Hana ialah seorang pelajar jurusan Medical di salah sebuah Kolej di Kuala Lumpur. Tahun ini masuk tahun keduanya di Kolej dan dia berumur 18 tahun.

Hana : Ni kalau mak dengan ayah tahu, pasti awak kene marah cukup-cukupnya...jadi takpe, rahsia hal ini antara kita berdua okay?

Zack : Thanks kakak.. (Sambil mengeluarkan senyuman)

KAMEN RIDER REX: SIDE JOURNALWhere stories live. Discover now