BAB 3: FANGHRI

15 0 0
                                    

Biarpun Zack telah diselamatkan oleh Kamen Rider Ptera dan rider tersebut berjaya hapuskan Killer Grock, namun keadaan masih tak selamat selepas sekolah mereka diserang oleh sekumpulan raksasa misteri. Kamen Rider Ptera sekali lagi muncul tapi Zack tidak lagi mampu bertahan dengan suasana yang tidak difahami dia. Ptera, Zack dan lain-lain diperhatikan oleh seseorang dari atas bumbung sekolah.

Ptera menumbuk beberapa raksasa yang datang ke arahnya, sambil menarik pedal Slot Brace dan melepaskan tembakan aura biru yang kuat dan berjaya musnahkan sebilangan raksasa sahaja. Beberapa raksasa datang ke arah Amylia dan Faiz, Zack mengambil besi dari tepi longkang dan memukul raksasa-raksasa dengan kuat.

Serangan Zack tidak memberi kesan lalu dia pula di tendang oleh raksasa tersebut.

Amylia : Zack!

Faiz : Ahh..jangan tunjuk kuat la!

Zack : Mana ada tunjuk kuat! Aku nak selamatkan kawan-kawan aku!

Faiz cuba menyelamatkan Zack, Ptera sempat datang dan memusnahkan raksasa yang serang Zack tadi. Faiz mengangkat Zack dan melarikan diri bersama Amylia ke tempat yang selamat. Ptera memadang mereka dengan perasaan lega dan mengangguk.

Ptera : Fuh...

Ptera memasukkan sebuah item berbentuk taring dan memasukkan ke dalam Slot Brace lalu menarik pedalnya. Aura ungu membentuk ekor Pterasaurus berada di belakang Ptera dan terus melibas dalam pusingan 360 darjah dan mengancurkan kesemua raksasa tersebut dengan mudah.  Seseorang di atas bangunan tersebut terus beredar dan menghilangkan diri.
Faiz membawa Zack kantin sekolah, pemuda tersebut tidak mengalami kecederaan serius tapi ada sesuatu bermain di fikiran dia.

Zack : Tau dak? Sejak Fahmy dan Fanghri datang sekolah..semuanya berubah..aku kena serang raksasa...raksasa serang sekolah...Kamen Rider muncul..apa yang berlaku sebenarnya?

Faiz : Lepas kau cakap benda ni, aku pon rasa hairan gak..kenapa ye?

Amylia : Fahmy pon hilang lepas raksasa-raksasa tadi muncul...ke dia takut sangat sampai larikan diri?

Zack cuba memikirkan sesuatu namun takde apa yang terlintas dalam kotak pemikiran dia.

Zack : Tak, aku tak dapat tangkap apa pon. Maaf (sambil buat muka selamber je)

Faiz : Hmm..

Fahmy pergi ke suatu tempat seperti markas dan berjumpa dengan seseorang yang sepatunya berada di tempat kejadian tadi.

Fahmy : Apa kau cuba rancang, Fanghri?

Fanghri : Haa? Mana ada rancang apa, aku memang dari tadi kat sini

Fahmy terus pergi ke arah Fanghri dan menarik kolar baju sekolah pemuda itu dan menolaknya ke dinding dengan kuat.

Fahmy : Jangan tipu ah! Kau yang hantar raksasa-raksasa tadi serang sekolah kan!? Apa yang kau cuba nak buat!?

Fanghri hanya tersengih-sengih dan hanya tersenyum sahaja.

Fahmy : Kau senyum apa!? Kau tau tak kau dah bahayakan Zack dan rakan-rakan dia tadi...dan pelajar lain! Kau dah lupa ke misi kita?

Fanghri : Misi? Fahmy, aku rasa kau yang lupa misi kita sebenarnya, misi kita yang diberikan oleh Raizhu ialah untuk rekrut Zack masuk dalam pasukan kita, kita perlu tenaga dia untuk menentang Tarunggang, dan cari Batu Lailaika. Tu je.

Fahmy hanya terdiam dan melepaskan kolar baju Fanghri.

Fanghri : Atau kau memang ada niat nak kianat pasukan kita dan bantu Zack terhadap sesuatu? Jaga-jaga Fahmy, silap-silap kau akan dihapuskan sekelip mata sahaja.

KAMEN RIDER REX: SIDE JOURNALWhere stories live. Discover now