1

1.2K 35 2
                                    

"Maaaaaaaaaaaaaaaaaaaa",

" Uhuk, uhuk".

"Aduhai, apa pula yang jadi lagi pagi ni Zia"

Itu anak aku. Nama yang diberi Naziha Farhani. Dia mempunyai seorang kakak kembar, Naura Farhana. Alhamdulillah, cantik orangnya, tinggi, pandai masak, pintar dalam pelajaran, dan banyak lagi. Anak aku ada 1 bakat yang jarang dimiliki oleh anak orang lain iaitu memecahkan barangan rumah, menghancurkan barangan sendiri dan sebagainya. Bangga juga aku ada anak yang ada "bakat" luar biasa begini. Sehingga kadang-kadang aku pun penat nak berasa pening dengan karenahnya. Ya Allah aku tak tahu la macam mana lagi nak bagi nasihat supaya anak aku ni tak cuai lagi. Entah apa lagi yang jadi pagi ini.

"Apa sayang ?". Datin Nadrah mula melangkah ke bilik anaknya.

" Mama, macam mana ni ? Tudung Zia terbakar. Zia dah lambat ni. Tak sempat dah nak gosok tudung lain".

Aku sedaya upaya menyembunyikan tawaku.

"Zia lipat bahagian tudung yang terbakar tu dan pakai di bahagian dalam supaya orang tak nampak".

Datin Nadrah kembali turun ke dapur. Zia mengambil masa untuk melihat jam di dinding.

" Alamak, aku dah lambat ni".

Zia menyarungkan tudungnya dengan secepat yang mungkin tanpa melihat di mana bahagian tudung yang terbakar tersebut.

"Maaaa, Zia jalan dulu ye. Dah lambat ni tak sempat nak sarapan". Zia menyalami ibunya.

" Sekejap lagi la sayang, awal masih ni. Jom sarapan dulu". Zia hanya menuruti.

Tiba-tiba Datin Nadrah tersadung dan terjatuh, Zia pada mulanya ingin menolong hanya mampu ketawa melihat telatah ibunya. Namun ketika sedang ketawa Zia juga terjatuh di tempat yang sama ibunya jatuh.

Ruang dapur dipenuhi dengan gelak ketawa mereka berdua.

"Hmmmm hmmmm, apa bising-bising ni?" Datuk Asraf mendekati anak dan isterinya dengan senyuman. Namun senyuman Datuk Asraf terhenti apabila melihat ke arah tudung Zia.

"Zia, kenapa" Datuk Asraf tidak meneruskan kata-katanya apabila isterinya mencela percakapannya.

" Eh, abang. Jom sarapan". Datin Nadrah memberi signal kepada Datuk Asraf tanda senyap dengan pandangan mata "jangan bagitahu Zia" .

"Kenapa apa pa?"

"Hmmm, kenapa Zia tak call naura di kampung?"

Aduh apa pula aku nak cakap ni.

"Paa, sebenarnya kan. Hmmm, Ziaa itu hmmmm, apa paa, Ziaa, telefon, hmmm, hehehee".

" Ok, papa da tahu. Macam mana pula telefon Zia boleh rosak kali ni? Terjatuh di tasik lagi? Digilis kereta di jalanan lagi? Terjatuh dalam tandas lagi? Terselam kuah sate lagi?"

Kalau disebutkan semua tak habis sehari. Aduhai, Zia anakku. Nasib baiklah anak. Kalau tak.

"Kemarin kan pa Zia potong sayur di singki, lepastu kan naura call Zia lepastu kan ada kucing tiba-tiba melompak ke atas singki waktu tu kan Zia tengah pegang telefon lepastu kan Zia terkejut lepastu kan telefon jatuh dalam Singki lepastu kan telefon Zia tenggelam dalam air lepastu kan telefon Zia tak boleh hidup dah lepastu kan rosak, hehehee. Nak telefon baru boleh"?. Zia menceritakan detik kerosakan telefon barunya dengan gaya comel untuk memujuk papanya.

" Iya la. Nanti papa belikan. Pergi la berangkat nanti lambat pula sampai kolej".

Selepas menyalami kedua orang tuanya, Zia bergegas menuju ke keretanya kerana takut lambat sampai seperti hari-hari sebelumnya".

Aku Dah Gila ! ! (Complete)Where stories live. Discover now