30 (Complete)

391 24 2
                                    


"Terima Kasih pak cik." Pak cik Sham hanya memandang mereka dengan pandangan sayu.

"Semoga kebenaran dapat dibongkarkan dengan segera." Zia dan Naufal hanya mengangguk lemah.

Mereka menuju ke rumah masing-masing dan seperti biasa mereka merahsiakan keadaan mereka daripada pengetahuan ibu bapa mereka.

Di satu kawasan lain

"Tak boleh jadi tak boleh jadi. Aku mesti bunuh mereka segera. Aku dah tak tahan nak hidu bau darah mereka berdua." Dia mundar-mandir di sana.

"AAAAAHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!"
Dia membaling semua barang yang ada di mejanya bagi melepaskan rasa marah. Tak guna ! Liat sangat nak mati !! Aku akan bunuh korang, aku akan.

Jika rahsianya terbongkar, dia akan kehilangan kerjanya. Jika dia kehilangan kerja, dia sudah tak dapat nak beli benda tu lagi.

Semakin kusut fikirannya.

Zia dan Naufal menghubungi Pak Cik Sham ataupun inspektor Sham bagi menjalankan rancangan mereka untuk memerangkap Prof Aizan.

Pak cik Sham agak keberatan pada awalnya namun dia hanya menuruti sahaja kerana tidak salah mencuba. Pemantauan daripada pihak mereka perlu dipastikan berjalan dengan lancar.

Beberapa hari kemudian.

"Stok baru ? Tapi selalu aku dapat stok dari Jaki . kau ni orang dia ke ?" Orang di talian ketawa.

"Jumpa di tempat yang aku tetapkan kalau kau betul-betul nak benda ni." Prof Aizan mengiyakan.

Prof Aizan pergi ke tempat yang ditetapkan.

"Pelik. Kenapa tiba-tiba." Prof Aizan memerhatikan sekeliling.

Dia menelefon seseorang.

"Kenapa kau tiba-tiba suruh orang kau yang hantar barang kat aku? Selalunya kau hantar sendiri?". Jawapan si dia di talian membuatnya tergamam.

Ini satu perangkap !

"Jangan bergerak. Awak dah tak boleh nak lari ke mana-mana lagi Prof." Zia dan Naufal muncul di hadapan rumah kosong tersebut. Prof Aizan mendengus.

"Kurang ajar!" Zia dan Naufal segera mendekati Prof Aizan untuk menangkapnya. Namun, langkah mereka terhenti apabila Prof Aizan tiba-tiba mengeluarkan pistol dari poket bajunya.

"Korang ingat aku bodoh sangat nak keluar tanpa benda ni haa? Hahahahahah. Sekarang ni siapa yang tak boleh nak lari ke mana-mana dah? Hahahaah." Zia dan Naufal panik kerana rancangan mereka tidak menjadi. Mereka berlari masuk ke dalam rumah. Rumah tersebut agak gelap.

"Nampaknya kali ni korang betul-betul akan mati. Senang sikit kerja aku. Aku anggap korang datang sendiri nak serah diri. Kenapa sayang ? Dah penat hidup ya?" Zia dan Naufal sudah mulai cemas.

"Kenapa Prof nak samgat bunuh kami?" Prof Aizan ketawa.

"Sebab korang tahu rahsia AKU !!!!!! Kalau pihak kolej tahu aku seorang penagih dadah aku akan kehilangan kerja tak dapat aku nak ambil benda tu lagi !! Kalau pihak polis tahu aku menagih dadah, hidup aku akan berakhir di penjara."

"Tapi tiada seorang pun tahu rahsia prof!! Tiada seorang pun tahu siapa prof!! " Prof Aizan ketawa.

"SEKARANG AKU NAK BAGITAHU ! ! AKU SEORANG PENAGIH DADAH!! HAHAHAH. PUAS HATI KORANG!! PUAS?!"

Naufal dan Zia menjadi semakin panik apabila Prof Aizan semakin mendekati mereka.

"Hahahahha, aku nak dengar ucapkan kata-kata terakhir korang sebelum korang...... M.A.T.I". Perkataan mati itu dieja satu satu dengan nada perlahan.

"Kalau prof nak sangat dengar kata-kata terakhir daripada kami berdua. Baiklah."

SEKARANG AKU NAK BAGITAHU ! ! AKU SEORANG PENAGIH DADAH!! HAHAHAH. PUAS HATI KORANG!! PUAS?!

Prof Aizan panik. Perkataan yang baru sahaja diucapnya di mainkan semula. Kini terpapar di televisyen besar di hadapan mereka segala perbuatannya melakukan perbuatan menagih dadah di perpustakaan kolej beberapa waktu yang lalu.

Macam mana video ni boleh ada kat sini? Bukankah aku dah padam video ni di CCTV tempoh hari?

Baru hendak melarikan diri kerana berasa tidak selamat. Seluruh lampu rumah tersebut dihidupkan.

"Supriseeee!!!!" Naufal, Zia bersama beberapa orang anggota polis yang sedang bersembunyi sebelum ini memandang Prof Aizan dengan sinis. Prof Aizan berusaha melarikan diri.

Bang!!

Semua orang yang berada di sana terkejut melihat keadaan tersebut. Prof Aizan kini sudah tidak bernyawa.

Innalillah hi wainna ilaihi rojiun

Pistol yang berada di tangannya di ambil oleh pihak polis sebagai bukti. Pihak polis sendiri kesal dengan tindakan Prof Aizan yang bertindak membunuh dirinya.

Disebalik apa yang terjadi Zia dan Naufal kini sudah boleh tersenyum bahagia. Tiada lagi orang yang akan menganiaya mereka berdua.

"Zia, kau tau tak. Aku selalu cakap kau gila sebab sesuka hati je nak meluahkan perkataan cinta kau tu kat aku dari hari pertama kita berjumpa." Zia tersenyum malu.

"Tapi sekarang aku yang dah gila. Aku gilakan kau."

Euuu. Sweetnyaaaaaa. Zia tersengih-sengih.

Ha, dah mula lagi dah. Adoi, Zia Zia. Nasib baiklah aku sayang.

"Saranghae." hahaha, kan dah agak dah. Bila dah tersengih-sengih macam tu.

"Kau ingat aku tak tahu maksudya?" Gulp ! Naufal tahu ke selama ni? Ya Allah, malunyaa .

"Ya, aku tahu. I love u more." Naufal tersenyum.

"Saya rasa saya perlukan ubat. Saya betul-betul dah gila kat awak." Naufal ketawa melihat telatah Zia.

"Banyak hikmah daripada apa yang terjadi terhadap kita selama ni. Kita dianiaya tapi banyak kenangan manis tercipta antara kita." Zia mengimbas kembali beberapa kenangan mereka. Sesat di hutan. Dunia bunian. Solat berjemaah di rumah pokok. Ah indahnya kenangan-kenangan itu.

"Aku nak jadi imam kau. Kali ni untuk selamanya."

Omooooooooo, Kau lamar aku ke tu Fal.

"Ya." Naufal ni betul-betullah dapat baca fikiran aku.

"Macam mana Zia?" Ish, tak romantik langsung lah. Sama juga seperti ketika dia nak aku jadi girlfriend dia dulu.

"Jumpalah mama dan papa saya." Aku juga membalas dengan nada penuh tak romantik.

"Walaupun cara aku lamar kau tak romantik macam orang lain. Tapi apa yang telah kita lalui selama ini menjadikan kita pasangan yang sweet tanpa kita sedari ." Naufal mengenyit matanya.

"I love u sayang." Naufal tersenyum manis.

"I love u more Sayang." Zia juga tersenyum manis.

"Tak apa kalau kita berdua dah gila. Jika kita masuk hospital bahagia pun kita tetap bersama. Hahahhaha"

Semoga bahagia itu sentiasa menjadi milik mereka berdua.

                                            ~TAMAT~

Aku Dah Gila ! ! (Complete)Where stories live. Discover now