7

267 21 0
                                    

Aku ponteng kelasku harini dan menuju ke hospital dengan kadar segera.

Sepanjang perjalanan aku hanya mampu menangis dan berdoa.

Setibanya di hospital, aku segera bertanya bilik naufal.
Aku lihat sudah ada beberapa orang yang berada di luar biliknya. Aku mendekati mereka dan menyalami mereka.

"Assalamualaikum".

"Waalaikumussalam nak. Kawan naufal ya ? Duduklah nak. Kita doakan yang terbaik untuk naufal ya."

Oh, kini tahulah aku wanita ini ialah ibu naufal dan lelaki ini ayahnya serta lelaki di sebelahnya adalah abang kembar naufal.

"Terima kasih mak cik".

Beberapa minit kemudian,

" Maaf, ini keluarga mangsa kan? Mangsa ada mengalami patah tangan kiri dan sedikit cedera di bahagian kaki dan kepala. In Sha Allah kita doakan yang terbaik buatnya."

Ya Allah, sekali lagi aku seperti ingin menangis. Namun nanti apa kata keluarganya.

Doktor juga memberitahu bahawa naufal dah sedar. Keluarganya melawatnya dahulu.

"Zia, kitaorang dah selesai melawat. Zia pergilah".

" Terima Kasih Pak Cik".

Aku melangkah perlahan ke biliknya. Pilu hatiku melihat keadaan naufal sebegitu.

"Aku minta maaf, telefon kau hancur".

Aduhai naufal, dalam keadaan sakit begini pun kau masih fikirkan telefon aku.

" Eh tak pe. Nah telefon awak".

Aku menyimpan telefonnya di sisi katilnya.

"Kenapa kau ponteng kelas?".

Apa aku nak jawab ni.

"Saya risaukan awak". Sekali lagi aku menangis. Dia mendekatiku dan menghapuskan air mataku.

Awwww, so sweettttttttt.

"Tak payah risaukan aku. Aku tak kenal kau dan kau pun tak kenal aku. Kau tak payahlah susah payah datang sini lawat aku. Cukup hanya keluarga aku disini. Kau bukan sesiapa bagi aku dan aku tak perlukan kau sedikit pun".

Zupppp!

Aku terasa bagai hati aku di belah oleh sesuatu yang amat menyakitkan. Air mataku kembali mengalir dengan deras. Tanpa sepatah kata aku berlari keluar dengan keadaan menangis.

Hujan . .

Aku meredah hujan lebat dan berlari laju tanpa arah tuju. Aku berhenti di satu kawasan dan melepaskan rasaku.

"AKU BENCI KAUUUUU NAUFAL FARHAN DATUK KHAIRUL"

Hati aku sakit sangat. Pedih. Perih. Kata-katanya sungguh telah berjaya membuat aku terluka. Dari pagi aku di sini menunggunya. Tanpa makan dan minum tanpa berehat sedikit pun. Namun, itu yang aku terima tanpa sedikit ucapan terima kasih pun.

Hujan semakin lebat. Namun aku sudah tidak kisah dengan keadaan diriku yang kebasahan. Biarlah hujan yang menghapus air mataku. Hujan ini mengerti perasaanku.

Aku tak perlukan kau sedikit pun

Kata-kata itu terngiang-ngiang di telingaku sebelum aku rebah ke tanah.

(Naufal p.o.v)

"Fal, Zia mana? Fal tau tak dia di sini sejak pagi sebab risaukan naufal. Bonda dan abah juga nampak dia menangis tadi. Sejak pagi jugalah Zia belum makan dan minum apa-apa sebab nak tunggu naufal sedar. Ada apa apa eh ? Hahahaa".

Kata-kata Naufi membuat aku serba salah. Aku bangun dan mengejar langkah Zia.

Hujan,

Tiba-tiba aku terdengar sesuatu . .

"AKU BENCI KAU NAUFAL FARHAN DATUK KHAIRUL"

Langkahku terhenti. Aku ingin kembali ke bilikku namun hasratku mati selepas aku lihat Zia pengsan.

Aku berlari dengan payah kerana keadaanku.

"Zia, bangun Zia. Aku minta maaf. Bangun Ziaa. TOLOOOOOONGGGGG TOOOOOLOOONG".

Aku sudah tidak mampu lagi. Akhirnya naufal juga pengsan di sebelah Zia.

" Maafkan aku" . .

Aku Dah Gila ! ! (Complete)Where stories live. Discover now