29

227 19 1
                                    

Mereka berhenti di sebuah perkampungan. Mujur sahaja kawasan hutan tersebut merupakan kawasan perkampungan.

"Tttoloong." Beberapa orang kampung datang memberikan bantuan. Namun, pelik sekali. Orang-orang di sini semua memakai pakaian zaman dahulu. Cara percakapan mereka juga sangat berbeza.

"Lekas, silalah bawa mereka ke dalam dahulu. Mereka terluka dan perlu diubati." Naufal dan Zia masih memerhatikan kawasan sekeliling. Seperti istana zaman dahulu.

Mereka diubati dan diminta supaya berehat. Tanpa sedar, sudah lebih seminggu mereka berada di sana. Keadaan mereka juga sudah semakin pulih. Selama tempoh itu jugalah mereka belajar banyak benda di perkampungan ini.

Mereka masih tidak tahu mereka berada dimana. Pernah juga mereka meminta tolong agar menghantar mereka balik ke rumah masing-masing. Namun, orang-orang disini tidak mengetahui tempat-tempat yang mereka sebutkan itu.

Naufal seperti teringat sesuatu. Dia pernah membaca artikel yang berkaitan dengan dunia sebegini.

"Zia, kita di dalam perkampungan bunian." Zia terkejut dan risau. Namun, melihat kepada layanan penduduk di sini kerisauan itu hilang. Kehidupan mereka sama seperti manusia biasa.

Zia dan Naufal menemui ketua mereka dan meminta tolong untuk keluar daripada dunia ini. Tetapi, mereka diberitahu ada bahaya yang menunggu jika mereka hendak keluar dari dunia ini sekarang.

"Tak mengapa. In Sha Allah kami akan mencuba untuk menyelamatkan diri." Naufal memulakan semuanya dengan ungkapan Bismillah.

Kini, mereka kembali ke dalam hutan yang sama. Alhamdulillah, keadaan mereka sudah pulih. Mereka berlari mencari jalan keluar.

"Oh, disana rupanya korang bersembunyi ye." Prof Aizan ! Keadaannya sungguh teruk. Dia mengangkat pistolnya.

Zia dan Naufal segera bersembunyi disebalik pokok. Mereka meneruskan larian. Di hujung hutan terdapat air terjun yang deras airnya. Mereka tiada pilihan lain selain daripada menghanyutkan diri mereka mengikut arus.

Prof Aizan melepaskan tembakan secara rawak. Melihat kepada keadaannya, sudah pasti dia sedang dalam keadaan khayal. Nasib baik tiada satu pun peluru yang terkena mereka.

Zia memegang tangan Naufal erat. Mereka bersama dihanyutkan oleh arus deras air terjun. Semakin lama mereka semakin hilang daripada pandangan Prof Aizan. Alhamdulillah, Air terjun tersebut mengalir sehingga ke kawasan persisir pantai sebuah kampung.

Di sana, Zia dan Naufal mencuba mencari balai polis terdekat.

Tiba-tiba mereka melihat Prof Aizan memandu keretanya dengan kelajuan yang sangat tak terkawal. Niatnya untuk membunuh Zia dan Naufal.

"LLLLAAARIIIIIIIIIIIIIII!" Semakin laju mereka berlari semakin laju Prof Aizan memandu keretanya. Mujur ada Warung kecil tepi jalan tempat untuk mereka bersembunyi. Kebetulan seorang pak cik hendak menghidupkan keretanya.

"Pak cik tolong hantar kami ke.." Naufal memberitahu alamat tempat tinggal mereka dan meminta tolong. Secara senyap mereka menaiki kereta pak cik tersebut. Nasib menyebelahi mereka apabila Prof Aizan tidak perasan kelibat mereka menaiki kereta tersebut.

"Apa dah jadi ni nak?." Naufal dan Zia mengambil nafas dan menceritakan semuanya kepada pak cik tersebut.

"Syukur nak korang bertemu dengan pak cik. Kebetulan pak cik pegawai polis yang baru pindah di kediaman kawasan tempat tinggal kamu berdua."

Alhamdulillah, kebetulan ini kuasa Allah.

"Kamu berdua kena lapor perkara ini." Naufal mengiyakan.

"Kami memang dah rancang nak lapor pak cik. Dah jumpa bukti dah pun. Cuma prof Aizan bertindak lebih cepat untuk membunuh kami berdua." Pak cik Sham hanya mengeluh.

"Tak apa. Kita lakukan sahaja seperti apa yang dirancang."

Pada awalnya pak cik Sham tidak bersetuju dengan rancangan mereka kerana rancangan tersebut membahayakan nyawa mereka berdua. Namun, setelah mendengar secara teliti, dia akhirnya bersetuju juga.

"Zia, kita tempuhi bersama." Zia tersenyum. Aku dah gila Naufal. Gila kan kau.

"Aku pun." Gulp ! Zia menoleh.

"Ha?". Naufal hanya tersenyum.

" Aku pun sama.". Ya Allah, malunyaaaa. Naufal ni dapat baca fikiran aku ke. Zia sudah kembali ke perangai asalnya tersengih-sengih sendiri.

Naufal menggeleng. Dah mula dah tu.

"Saranghae". Zia menunjukkan tanda 'peace' dengan senyuman comelnya.

Naufal hanya ketawa.

"Mana?" Naufal mencari sesuatu. Zia mengerutkan dahinya.

"Apa?" Naufal masih mencari-cari.

"Sarang eee. Sarang labah-labah kan?". Oh, ni mesti kes di hospital dulu ni.

Aku hanya tersengih.

Hehehehhe .

Pak cik Sham hanya melihat gelagat mereka dengan penuh senyuman.

Allah sentiasa berada di pihak yang benar nak. Jangan risau, kebenaran pasti akan menang akhirnya.

Aku Dah Gila ! ! (Complete)Where stories live. Discover now