16

192 23 0
                                    

"Semua peserta boleh bersihkan diri dahulu."

Aku memilih sungai tempat untuk aku mandi. Naufal mendekati aku.

"Jangan cuba-cuba nak mandi sungai. Kau tu pernah cedera. Report kang kat Naura". Alaaaaa, baru niat nak mandi sungai.

" Saya dah ok lah awak ni. Lagipun awak kan ada untuk jaga saya. Hehheheeh." Naufal menajamkan matanya ke arahku.

"Okay." haaaaa? Ok ? Apa yang ok ? Tak kan lah dia betul-betul nak jaga aku. Aku gurau je la.

Baru hendak bersuara, dia menyampuk.

"Aku jaga kau disebabkan aku seorang je yang tahu kau pernah cedera sebelum ni." waahh, why are u so sweeeettttttttttttttttt. Aku dah mula tersenyum-senyum.

"Senyum-senyum, sekejap lagi adalah tu ayat-ayat cinta yang keluar dari mulut awak tu." Ish, tak payahlah ungkit. Malu pulak I.

Aku memasuki sungai. Sejuknyaa air sungai ni. Aku mandi di kawasan cetek sahaja walaupun di kawasan dalam lebih ramai orang. Tapi, bahaya. Aku tak pandai berenang.

Aku terlihat Prof Aizan memandang tajam ke arahku. Aduh mak. Apa lagi dia nak buat dekat aku ni. Aku tak bocorkan rahsia kau lah orang tua.

Aku sedaya upaya memberi signal kepada Naufal tentang Prof Aizan. Namun jawapannya membuat aku sakit hati pula.

"Kenapa kau main mata dengan aku?". Ish, menyampah pulak I. Aku memandangnya dengan rasa sakit hati. Dia berdiri dan mendekati aku.

"Aku tahu sayang." Bisiknya ditelingaku. Oh, dia dah tahu dah. Eh? Jap ? Dia panggil aku apa ? SSAAAAYYYYAANNNGGGGGGG? Uwaaaaaaaaaaaaa, aku bahagiaaaaaaaaaaaaaaa.

"Dah, mandi cepat. Aku jaga kau." Wajahnya kembali serius. Aku tak tahulah perangai sebenar dia ni macam mana. Sekejap sweet sekejap serius sekejap buat orang annoying tapi apa-apa pun I tetap sayang. Huhuuuu

"Meaw."

Eh anak kucing tu lemas ke? Kesian. Baby masih tu.

Aku mendekati anak kucing itu perlahan-lahan. Tanpa sedar aku sudah semakin jauh daripada naufal. Naufal kelihatan panik.

"Zia, jangan pergi sana. Bahaya. Ada air terjun!."

Aku masih lagi mengejar kucing tersebut. Naufal sudah mula mengejar Zia sebelum apa-apa buruk terjadi. Entah macam mana Zia tersadung oleh batu dan arus yang kuat menyukarkannya untuk berdiri.

"Naufallllllllll!!!!!! Tolong !!!!!!!! Saya tak pandai berenang!!!!!!! TTTOOOOLLLLOOOOOONNGGGGGGG!!".
Semua orang panik.

Aku tak pandai berenang.

Aku tak kuat dah. Aku tidur dulu. Aku tidur.

Naufal sedaya upaya menentang arus untuk mengejar Zia. Tangan Zia diraih dan naufal membawa Zia ke permukaan Sungai.

" Zia, bangun Ziaaa. Tolonglah bangun."

Orang ramai yang melihat keadaan tersebut menjadi panik. Ada yang menangis.

"Sesiapa bekas ahli PBSM di sini? Cepat beri bantuan CPR." Naufi bersuara. Diam. Ramai bekas ahli PBSM di tempat tersebut namun tiada seorang pun yang mengambil serius mengenai CPR ketika di dalam kelas. Apabila hal sebegini terjadi, sudah tiada masa lagi untuk menyesal.

"Aku." Alhamdulillah ada. Naufal orangnya.

Dia memulakan dengan ucapan Bismillah dan mula memberi bantuan CPR kepada Zia.

"Uhuk, uhuk, uhuk." Alhamdulillah Zia dah sedar.
Naufal menghembuskan nafas lega. Dia mendekati Zia dan berbisik sesuatu.

"Tolong jangan buat aku risau lagi. Tolong." Naufal berkata dengan nada perlahan. Dia berdiri dan melangkah menuju ke tapak perkhemahan.

Naura memelukku. Dia memberitahu naufal telah menyelamatkanku dan memberi bantuan CPR kepadaku. Aku malu pada mulanya namun aku bersyukur kerana terselamat.

Di kejauhan, sepasang mata sedang memerhatikan aku dengan senyuman sinisnya.

"Tak payahlah aku susah payah bunuh kau. Dengan sikap cuai kau tu kau boleh membunuh diri kau sendiri. Nampaknya ada orang baru yang perlu aku perhatikan. Kalau tak rancangan aku tak berjaya kerana dia sentiasa melindungi perempuan tu. Naufal. Aku perlu bunuh mereka berdua supaya rahsiaku tidak terbongkar. Hahahahaha"

Senyuman sinis ditunjukkan.

"Akan aku bunuh!".

Aku Dah Gila ! ! (Complete)Where stories live. Discover now