26

197 21 0
                                    

Sudah tiba cuti sem. Naura kini berada di rumah keluarganya selama tempoh bercuti.

"Kau tak nak cerita kat mama dan papa perkara yang telah menimpa kau waktu perkhemahan di sabah dulu?". Aku terdiam. Belum masa yang sesuai.

Jika aku cerita, mama dan papa akan siasat. Jika perkara ini disiasat, Prof Aizan akan berasa tergugat. Jika Prof Aizan berasa tergugat, aku dan Naufal akan kena lebih teruk daripada sebelumnya.

Bukti sudah ada hanya perlu tunggu masa yang sesuai sahaja untuk membongkar segalanya.

Telefon ku berbunyi. NAUFAL .

Aku berlari ke dalam bilikku.

" Hello"

"Kau buat apa tu?"

"Tengah borak dengan Naura. Kenapa awak call ? Jarang sekali awak nak call saya ni?"

"Saja jer. Rindu."

Aduh, apa pula aku nak cakap ni. Gembira ada. Malu pun ada.

"Hahaha, ya la tu fal. Whatsapp kan lebih senang."

"Cepat online." Panggilan ditamatkan.

Aku membuka whatsappku dengan segera.

Whatsapp.

"Aku nak bagitahu ni. Aku sayang kau."

Ya Allah, direct nya Naufal. Salam segala pun tak ada. Apa aku nak jawab ni.

"Awak jangan berguraulah. Saya tak suka gurauan awak."

"Aku tak main-main. Aku sayang kau."

"Macam mana?"

"Aku jatuh cinta dengan sikap kau yang sanggup pakai tudung yang sama setiap hari kerana aku dan banyak lagi sebab lain. Rasa ini hadir dengan sendirinya."

Aku bagaikan bermimpi. Aku ingat aku hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.

"Saya dah lama sukakan awak."

"Aku tahu."

Ya Allah, malunyaaaaaaaaaaaa.

Panggilan masuk daripada naufal.

"Hello, ada ap...

"Aku nak kau jadi girlfriend aku." Ish tak romantik langsunglah.

"Okay, aku terima." Tak romantik namun kata-kata itu memulakan hari baru antara kami.

"Alhamdulillah, kau tau tak aku siap buat solat hajat agar Allah lembutkan hati kau." Wah, terharunya aku.

"Tak sweetlah cara awak tu."

"Eleh, cara kau terima aku pun tak sweet langsung."

Tak apa, kita ada cara tersendiri untuk jadi sweet. Hahahah

Tanpa sedar Naufal dan Zia sedang tersenyum sendirian dan tingkah mereka sedang di perhatikan oleh kembar masing-masing.

Naura mengambil telefonnya.

Whatsapp

"Awak, jom keluar nak. Bawa naufal sekali. Saya bawa Zia. Nampaknya ada sesuatu yang kita tak tahu ni.

"Okay sayang."

. . Warung paknil . .

Mereka berempat berkumpul di meja kosong. Naufal dan Zia dah merah muka masing-masing. Naura dan Naufi pula pelik melihat mereka yang tak pernah nak diam tiba-tiba menjadi pendiam.

Selesai memesan makanan. Naufal dan Zia saling berpandangan sesama sendiri dan senyum lebar.

"Aku ingat lagi kau pernah cakap Zia gila kerana sesuka hati mengungkapkan kata-kata cinta terhadap kau walaupun dalam keadaan tak sengaja."

Naufi terdiam sebentar.

"Fal, aku rasa bukan Zia yang gila sekarang ini. Tapi kau!"

Naura menyampuk.

"Tak fi, saya rasa mereka dua-dua dah gila!".

Kedua-dua sedang tersenyum-senyum sesama sendiri.

Naura dan naufi menggeleng kepala melihat gelagat kembar masing-masing.

Sah, dua-dua dah gila ni.

Kuasa cinta.

Aku Dah Gila ! ! (Complete)Where stories live. Discover now