13

191 22 0
                                    

(Naufal p.o.v)

"Kat mana pula Zia ni, Ya Allah bantulah hamba-Mu ini Ya Allah."

Hampir semua kawasan sudah aku cari namun tetap tak jumpa juga.

Panggilan juga sudah diputuskan. Risau. Aku risaukan dia. Dengan keadaan Prof Aizan sebegitu kerisauan tu semakin bertambah.

Ting!

GPS !!!

Aku mencari lokasi Zia menggunakan GPS telefonnya.
Alhamdulillah, akhirnya aku dapat mencari tempat Zia berada. Aku bergegas ke sana.

"Zia!"

Zia sedang terduduk lemah di tepi dinding dengan keadaan badannya penuh luka.

Astagfirullah al-Aziim.

"Kau dapat jalan tak ni?".

Keadaannya lemah sungguh. Ah, tak boleh jadi ni. Zia, izinkan aku.

Dengan penuh keraguan, aku mengangkat Zia untuk membawanya keluar dari situ. Siswi dan siswa lain semuanya memandang pelik ke arah kami.

" Toloooong!!! Jangan tengok sahaja. Dia pengsan. Tolong akuu!!".

Namun, sia-sia. Tiada satu orang pun yang peduli. Aku hanya mampu menangis. Aku risaukan keadaan Zia. Jika aku lambat membawanya ke hospital belum pasti dia dapat bertahan hidup.

"Zia, jangan tidur. Tolong jangan tidur Zia. Aku mohon".

Aku sudah tidak berdaya menahan tangisanku.

" NAZIHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA BANGUNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN"

Kenapa korang semua tak bantu aku? Dia rakan kita.

"Naufal, kenapa ni?".

Aku menoleh.

" Prof Irewan, tolong bawa Zia pergi hospital. Tolong Prof. Saya merayu".

Prof Irewan segera membantu Naufa membawa Zia ke hospital besar.

"Macam mana boleh jadi macam ni Naufal?"

Aku hanya mampu berdiam diri. Jika aku memberitahu perkara sebenar Prof Aizan akan buat sesuatu yang lebih teruk kepada Zia.

"Saya tak tahu Prof". Air mataku mengalir semula.

"Tak apa, sama sama kita mendoakan yang terbaik untuk Naziha".

Semoga kau cepat sedar Zia.

Aku mohon.

Tolong bertahan.

Tolong .

Aku Dah Gila ! ! (Complete)Where stories live. Discover now