6

283 24 0
                                    

Buat pertama kalinya aku bangun awal.

"Morning paa, morning maa".

Aku mencium pipi kedua orang tuaku. Tapi entah kenapa di sebalik kegembiraanku terselit satu rasa yang aneh. Rasa itu membuat aku tak sedap hati. Bagaikan ada sesuatu yang bakal berlaku hari ini.

Ish, tiada apa-apalah Zia.

Aku menghabiskan sarapanku secepat mungkin dan menuju ke keretaku.

Aku mula memandu perlahan menuju ke kolej.

"Aduhai, tak sabarnya aku nak jumpa dengan naufal my prince".

I want I want I want I want U,
Muah muah muah muah muah,
I want I want I want I want U,
Nau nau nau nau fal.

Hahaahhaahahah

Setibanya di kolej, aku segera menuju ke taman sakura kolej dan menunggu naufal. Masih awal sebenarnya. Namun, aku tak kisah. Aku sanggup menunggunya selama mana pun. Hahaha.

Ah, nampak sangat aku memang dah gilakan naufal.

Aku melihat tudung yang ku pakai. Ya, tudung kemarin. Tudung pemberian naufal. Tudung berwarna ungu berbunga kecil ini sudah menjadi tudung kegemaranku sejak kemarin.

Tunggu, tunggu, tunggu,

Sudah hampir satu jam aku menunggu, naufal masih belum muncul juga dan beberapa minit lagi kelas dah mula. Macam mana ni.

Atau dia memang tak nak jumpa aku ni.

Rakan-rakan lain dah start masuk dewan.

Naufal, awak kat mana ni ?

"Assalamualaikum warga kolej sekalian"

Oh, itu suara Prof Hadi di pembesar suara. Kebiasaannya pembesar suara tersebut hanya digunakan untuk menyampaikan apa-apa pengumuman atau sesuatu yang penting. Pasti ada sesuatu yang penting ni.

"Di sini saya ingin memberitahu bahawa seorang siswa kita telah terlibat dengan kemalangan sebentar tadi. Dengan ini, diharapkan agar semua warga kolej dapat menyedekahkan al-fatihah kepadanya."

Al-Fatihah.

Siapakah?

"Zia, awak kenapa duduk kat situ lagi. Kelas dah nak mula dah ni?".

Aku melihat Mila.

" Mila, siapa yang kemalangan?".

"Naufal".

Bukk

Serta merta aku jatuh terduduk ke lantai.

Naufal

Kata-kata Mila bermain-main di fikiranku.

Naufal kemalangan.

Ya Allah.

Tanpa sedar air mataku gugur setitik demi setitik sehingga akhirnya menjadi semakin deras.




Aku Dah Gila ! ! (Complete)Where stories live. Discover now