24

173 21 0
                                    

"Korang berdua buat apa di pondok belakang kolej tu berdua-duaan ? Tahu tak boleh menyebab kan fitnah." Naziha dan Naufal hanya memerhatikan wajah Prof Irewan.

Hendak memberitahu perkara sebenar nanti lebih teruk mereka kena.

"Tanpa alasan, malam ni saya nak awak berdua bermalam di kolej ni dan bersihkan seluruh kawasan."

Aku dan naufal hanya mampu menganggukkan kepala sahaja.

Aku memandang naufal.

"Prof Aizan pukul aku, lepas tu buang aku kat dalam tasik tu."

Astagfirullah al-Aziim. Tak habis-habis lagi Prof Aizan ni nak menganiaya mereka berdua.

Tasik tersebut memang sudah lama tidak digunakan kerana kehadiran buaya tersebut. Mujur buaya itu tidak pernah keluar dari kawasan tersebut dan memasuki kawasan kolej.

Malam

Naufal dan Zia memutuskan untuk berehat sahaja daripada bersusah payah membersihkan kawasan kolej. Mereka tidak bersalah.

Mereka meluangkan masa dengan berjalan-jalan di kawasan kolej tersebut.

"Fal, saya hampir terlupa. Nah".

Naufal menyambut topi pemberianku. Naufal sudah banyak menghadiahkan aku tudung. Aku juga ingin memberi sesuatu yang boleh dipakainya.

Tiba-tiba mereka mendengar sesuatu bunyi aneh di sebuah bilik.

"Itu Prof Aizan." bisik Zia.

Zia dan Naufal mengintai perbuatan Prof Aizan disebalik tingkap.

"Kita perlu kumpul bukti." Zia hanya menurut kata Naufal. Naufal mengeluarkan telefon dan merakam segalanya.

Mereka segera pergi dari situ dan masuk ke dalam perpustakaan.

"Gelapnya dalam ni." Semakin risau Zia dibuatnya, sudahlah hanya berdua bersama naufal.

"Jangan pasang lampu. Nanti Prof. Aizan tahu ada orang selain dia di kolej ni." Zia mengangguk.

Mereka melihat semula rakaman yang dirakam tadi.

"Kita cuma perlu kumpul lebih banyak bukti untuk menentang Prof Aizan."

Aku mengantuk sangat.

"Tidurlah di riba aku. Aku jaga kau. Jangan risau." Aku menjatuhkan kepalaku ke ribanya dan tidur.

Semoga esok hari menjadi lebih baik.

"Shhh, jangan bising. Dalam ni ada CCTV."

Aku bangun dari riba Naufal. Suara apa itu ? Naufal menutup mulutku. Zia dan Naufal mengintai di sebalik meja.

Prof. Aizan !

Lampu di pasang. Macam mana ni. Semoga mereka tak jumpa kami di sini.

Prof Aizan dan beberapa orang rakannya kelihatan melakukan perkara tersebut di dalam perpustakaan sambil ketawa tak ingat dunia.

"Kau tak takut ? Tempat ni ada CCTV." Prof Aizan ketawa.

"Lepasni kita ceroboh bilik kawalan dan padamlah rakaman kita sekarang ini. Kan senang. Kebetulan aku dengar bilik tu tak berkunci hari ini."

Zia dan Naufal segera menuju ke bilik kawalan. Jika mereka terlambat mereka tak akan dapat mengambil bukti penting itu.

Pendrife. Nasib baik aku bawa sentiasa. Naufal mengurus segala perpindahan data dari CCTV perpustakaan tersebut ke dalam pendrife. Selepas selesai Naufal dan Zia segera mencari tempat yang lebih tertutup untuk menyembunyikan diri.

"Alhamdulillah, kita dah jumpa bukti dah. Bukti ni dah cukup untuk membongkar kegiatan Prof Aizan."

Naufal kembali menyuruh Zia tidur di ribanya.

Naufal terjaga apabila mendengar suara Zia mengigau.

"I Love u." Merah muka naufal dibuatnya.

Ish, budak ni. Tengah tidur pun boleh juga mengungkapkan kata-kata cintanya itu.

"Gila".

Namun, tanpa sedar Naufal tersenyum.

Aku Dah Gila ! ! (Complete)Where stories live. Discover now