15

205 22 0
                                    

"Zia, kau tak nak ikut camping tu ke? Kat Sabah."

Hmmm, camping. Kat sabah. Aku nak. Tapi dengan tubuhku yang pernah cedera ini, aku risau. Camping confirm aktiviti lasak semuanya.

Ikut,tak,ikut,tak,ikut,tak,ikut,ikut,ikut

Yesssss!

"Ikut."

Naufal yang terdengar perbualan Zia dan Mila segera menoleh dengan pandangan 'kau baru lepas cedera'.
Zia yang perasan pandangan naufal itu hanya membuat muka comel sambil tersengih dengan pandangan "tak ada apa apa lah, semuanya akan ok."

"Fal."

Naufal menoleh ke arah naufi.

"Kau nak ikut tak camping tu ? Setakat ni belum pernah aku nampak kau ikut aktiviti-aktiviti macam ni."

Naufal mengangguk.

"Yess! Kalau kau ikut ada peluang aku nak ikut juga. Hahaha. Kampung kekasih hati aku."

Ish, ish naufi naufi.

Aku perhati je gelagat dua orang kembar tu. Rindu pula dengan kembarku, naura di kampung . huhuuu. Aku berharap agar dapat jumpa dengan naura di sabah kelak kerana disitu tempat dia belajar.

Tiba hari bertolak

Selepas menyalami kedua orang tuaku, aku bergegas menaiki kapal terbang.

Naufal laaahhhh. Aku berharap sangat dia duduk tepi aku. Huhuuuu. Hmmm, okay fine. He just ignore me !
Tak apa lah.

Aku memakai tudung pemberian naufal. Dan tudung yang ku bawa semuanya tudung pemberian naufal. Hehehehehe. Malu pula I.

Aku mengantuk.

(Naufal p.o.v)

Aku lihat Zia dah tertidur dan kebetulan kerusi disebelahnya kosong. Aku berdiri dan menukar tempat duduk di sebelahnya. Alhamdulillah, tertidur juga dia.

Aku mengambil kameraku dan mengambil gambar kami berdua. Ni, kalau Zia sedar ni, maunya tak gembira budak ni. Aku lihat tudungnya. Tudung pemberian aku. Nasib baiklah banyak tudung yang ku beri kalau tak asyik tudung yang sama sahaja yang dipakainya.

Sweet sebenarnya Zia ni. Tanpa sedar aku tersenyum sambil memerhatikannya.

(End p.o.v)

Setibanya di tapak perkhemahan, sudah ada beberapa orang siswi dan siswa daripada beberapa buah kolej dan universiti yang tengah memasang khemah mereka. Aku mencari seseorang. Hahahhaa. Aku melihatnya.

"Nauraaaaaaaaaa!"

Dia menoleh.

"Eh, Zia ? Kau tak cakap pun nak ikut. Gembiranya aku jumpa kau ni."

Heheheeheh. Aku saja ja sebenarnya nak bagi suprise kononnya lah.

"Korang memang dah lama kenal ke?"

Aku menoleh. Naufi?

"Ha ah. Awak kenal ke dengan Naura.? Muka naufi memerah begitu juga dengan naura.

" Tu kekasih hati naufi". Aku terkejut dengan kata-kata naufal. Oh jadi naura rupanya orangnya.

"Ahhahahahahah, dia kakak kembar aku." kelihatan muka naufi dan naufal terkejut.

"Kecil sungguh dunia ni. Hhahahah."

Aku mengajak naufal melangkah meninggalkan naufi dan naura di sana.

Kami memasang khemah bersama-sama. Sweet tak. Hhahahaha. Zia jangan perasan sangat. Dia tak suka kau pun. Hmmm, tanpa sedar aku memerhatikan tingkah naufal.

"Kenapa kau tengok aku?"

Gulp ! Aku pantas memerhatikan sekeliling. Wah, ada sungailah.

"Jangan nak mengelak sana." Aku hanya tersengih. Hehehehehe

"Kenapa tersengih pulak dah?" Comellah awak ni naufal. Makin cinta pula I. Huhuhuuu

"Saya sayang awak."

Gulp! Apa yang aku cakap tadi? Ahhhhhhh, macam mana niiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Aku terdiam, dia tergamam, naufi dan naura yang kebetulan berada berdekatan juga terlopong mulut.

"Eh, tak. Saya .. Ittuu .. Hmmmmm.. Saya .. Kk .. Lll..gfyuhvxctfccbjbcssdjnnnnbbhhfszssdfg jouhnkkuvb ji."

Apa pula dah yang aku cakap ni. Adoi.

"Lupakan, saya sebut tanpa fikir."

Aku berlari ke tepi sungai dan menyelamkan muka ku ke sungai.

"Ziaa, apa yang awak buat tu. Kenapa pula nak selam muka awak kat sungai tu." Naura panik melihat gelagat Zia. Bukan dia tak tahu sikap cuai kembarnya itu. Nanti tak pasal-pasal jatuh kat sungai dan lemas. Ish, Nauzubillah himin Zalik.

Aku kembali mengangkat muka dan menuju ke tapak khemah.

"Naura, Zia lapar." Naura memberi aku sepapan coklat.

Aku makan secara perlahan dengan diperhatikan oleh tiga pasang mata.

Aku Dah Gila ! ! (Complete)Where stories live. Discover now