23

172 20 0
                                    

Selepas sihat sepenuhnya, kami kembali ke Melaka. Sedih juga berpisah dengan Naura. Namun apakan daya Naura melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah dan menetap dengan nenek di sana.

Minggu ini merupakan minggu sukan di kolej. Naufal ada berpesan supaya aku menyaksikannya bermain hoki petang hari ini. Sudah pasti sayang.

Tiba waktu yang ditunggu-tunggu, pasukan hoki memasuki gelanggang. Aku mencari-cari naufal. Eh ? Mana naufal ni ? Dia yang suruh aku datang sini. Tapi tak ada pun.

Aku menelefon naufal.

"Zzzzzz iiii aaa tolong aku." Aku panik. Kenapa dengan naufal. Apa dah jadi dengan suaranya? Kenapa suara naufal kedengaran sangat lemah.

Aku berlari keluar mencari naufal. GPS !

Aku membuka GPS dan mencari lokasi naufal. Tasik lama kolej! Apa naufal buat kat sana? Tasik tu dah lama orang tak datang.

Aku berlari sepantas mungkin ke sana.

Setibanya di tasik berkenaan. Aku tidak melihat sesiapa. Tapi aku nampak bag naufal.

"Ttooloonngggg". Ya Allah naufal. Macam mana boleh jadi macam ni.

Naufal berada di dalam tasik tersebut. Tuduhnya dipenuhi dengan darah kesan dipukul. Aku sudah tidak dapat menahan tangisanku. Macam mana ni aku tak pandai berenang. Ya Allah.

" Naufal bertahan!!!" Aku mencari kayu namun tiada satu pun kayu di kawasan tersebut.

Aku mengambil langkah berani dengan terjun ke dalam tasik tersebut dan menyelamatkan naufal. Alhamdulillah, Naufal berjaya di selamatkan.

"Naufal, bangun naufal. Tolong bangun." Dengan nafas tersekat sekat aku cuba menyedarkan naufal. Naufal tersedar namun aku sudah tidak berdaya.

Aku rebah di sisi naufal. Pada masa yang sama seekor buaya sedang merangkak ke arah mereka. Naufal panik. Melihat Zia yang pengsan dan dirinya yang sudah tidak berdaya membuatnya hampir pasrah. Namun, dia tidak berputus asa. Sedaya upaya dia mengangkat Zia meninggalkan tasik tersebut.

Tiba di Pondok belakang kolej, naufal menyandarkan tubuh Zia di kerusi. Dia juga sudah tidak terdaya.

"Oi, berdua-duaan di pondok tu siapa?". Pengawal kolej melihat mereka berdua dan mendekati mereka. Naufal sudah benar benar tak berdaya.

" tttt ollong kami".

Aku Dah Gila ! ! (Complete)Where stories live. Discover now