"Mak ana keluar dulu ye" ujar farhana dari luar rumah.
"Ha yelah.. Jangan balik lambat! " kedengaran suara mak Tipah dari dapur.
Farhana terus ke arah basikalnya lalu menunggang basikal itu ke tempat yang dijanjikan oleh rakan-rakannya.
***
Angin sepoi-sepoi bahasa menerbangkan sedikit tudung yang dipakai farhana. Sudah 10 minit menunggu, tetapi batang hidung firdaus dan Azlin langsung tidak kelihatan.
"Ha termenung apa tu?! " suara lantang Azlin menyedarkan farhana ke alam realiti semula. Dia menoleh ke belakang melihat Azlin yang sudah tersengih-sengih memandangnya.
"Mana Daus?" farhana mengerutkan dahinya apabila melihat firdaus tidak ada bersama Azlin.
"Dia singgah kedai pak mat tadi, katanya haus nak beli air. Aku malas nak tunggu dia sebab tu lah aku terus datang sini" Azlin tersenyum kambing memandang farhana.
"Sinilah duduk sebelah aku" Azlin terus pergi duduk di sebelah farhana. Senyuman masih terukir di bibirnya.
"Kau ni kenapa? Asyik senyum je"."biarlah, aku happy hari ni" azlin menjeling sahabatnya itu.
"Happy? Sebab apa? " farhana mengerutkan dahinya memandang azlin.
"Sebab tadi mak aku belikan aku beg 'exo'.. Hensem weh kai " azlin sudah menampar pipinya berkali-kali untuk menahan angau.
"Hek eleh.. Pasal tu je.. Park bogum lagi hensem" farhana tersenyum sendiri apabila mengingati actor korea kegemarannya itu.
"Ha sembang pasal korea lah tu! "Tiba² kedengaran suara seorang lelaki di belakang mereka. Cepat² dua orang gadis itu menoleh ke belakang. Firdaus rupanya.
"Sebok je "
"Apa kau kata? Sebok? Kau yang beria ajak aku pergi sini.. Kalau aku sebok aku balik dulu Ah" firdaus membuat gaya acah² mahu balik.
"Eh Daus janganlah.. Sinilah join kitaorang cerita pasal korea" farhana memberikan sekuntum senyuman kepada firdaus. Firdaus membalas senyuman itu lalu dia bergerak duduk di sebelah azlin.
"Dari korang cerita pasal abang korea korang tu.. Baik cerita pasal aku yang hensem ni. Muka aku cam korea juga " firdaus mengangkat keningnya.
"Erk perasan muka hensem konon tapi muka kau macam park seojun.. Serius sebiji park seojun " sungguh semangat azlin memberitahu.
"Park jojun? Sape tu? Aku tak kenal Ah artis korea " firdaus sudah mengerutkan dahinya.
"Woi, park seojun ler.. Park jojun sesat mana kau?? " azlin membalas manakala farhana sudah tergelak melihat telatah dua orang sahabatnya itu.
Firdaus tersenyum melihat farhana sedang seronok ketawa. Farhana gadis yang sempurna bagi dirinya.
***
"Irfan, nak pergi mana ni? Besarnya beg kamu bawa tu" datin hajar pelik melihat anak sulungnya itu.
"Irfan perlukan rehat yang mencukupi ma. Irfan nak pergi tempat yang menyenangkan jiwa irfan ni, nanti irfan baliklah.. Irfan pergi dulu.. Assalamualaikum " irfan terus beredar dari rumah itu.
"Mama, along nak pergi mana tu? " Irdina melabuhkan punggungnya di sebelah datin hajar.
"Tak tahulah.. Ni mana Insyirah? " datin hajar terus menukar topiknya.
"Kak Insyirah ? Tak tahulah ma" irdina mencapai majalah di hadapannya lalu dibaca majalah itu.
Tbc.
YOU ARE READING
Atas nama cinta
Romancepertemuan antara farhana dan irfan membuatkan dua² saling jatuh cinta antara satu sama lain. Firdaus, sahabat farhana hanya mampu menahan kesakitan di dalam hatinya apabila melihat farhana dan irfan sangat mesra. Nak tahu selanjutnya?? bacalah ceri...