bab 10

62 1 0
                                    

(Keesokan harinya)

"Err, makcik, irfan keluar sekejap eh. Nak beli barang " irfan terus keluar dari rumah dan menuju ke arah bmw motorrad miliknya. Dipandu cermat kereta itu.

                         ***

"Eh, kau irfan kan? "Tegur seseorang dari belakang irfan. Irfan yang sedang sibuk memilih keropok itu terus menoleh ke belakang.(takde kerja lain betul budak ni, asyik keropok je)

"Ye aku irfan, kau siapa eh? " irfan cuba mengingati lelaki di hadapannya itu.

"Aku firdaus lah! "

"Ouh, kau firdaus rupanya. Kawan baik farhana en? " soalan irfan dibalas dengan anggukan.

"Ouh, kau buat apa kat sini Daus? "

"Aku? Aku saja je datang sini. Bosan duduk rumah. Erm mana farhana? " firdaus mengangkat keningnya.

"Farhana? Dia ikut pak fuad pergi pasar pagi tadi"

"Ouh, aku nak tanya ni. Apa hubungan kau dengan farhana ye? " lembut sahaja suara firdaus bertanya.

"Aku ngan dia? Kitaorang sedang menjalinkan hubungan kasih sayang antara satu sama lain" sungguh semangat irfan menjawab.

"Ouh, kenapa kau suka farhana ye? Takde perempuan dah ke kat kuala lumpur tu sampai farhana pun jadi mangsa kau. Aku tahu la kau ni lelaki jenis buaya. Dari muka pun aku dah boleh tahu" selamba sahaja firdaus meluahkan kata-kata itu kepada irfan. Irfan tersentak dengan apa yang dikatakan oleh firdaus sebentara tadi.

"Aku bukan macam lelaki yang kau fikirkan Daus. Aku datang sini untuk tenangkan hati aku. And kenapa kau marah sangat ni? Kau ada hati ngan farhana ke? Cakap ngan aku, kau suka dia ke? " muka irfan bertukar menjadi serius. Nasib baik penumbuknya tidak melekat di muka firdaus. Dia masih lagi pandai mengawal kemarahannya.

Firdaus tidak menjawab soalan irfan itu. Dia terus beredar dari situ.

"Heh, jantan pengecut" irfan kembali memilih keropok.

                            ***

Pintu kuat dihempas oleh firdaus. Dia merebahkan dirinya ke atas sofa. Beberapa kali dia meraup muka. Air mata mula mengalir di pipinya yang putih mulus itu.

"Abang daus? Pahal nangis ni? Macam lari bini dah aku tengok" tegur Farish.

"Ternyata farhana memang bukan milik aku. Dia milik orang lain. Huh, lelaki macam aku ni mana lah dia nak pandang. Lainlah irfan tu. Dahlah hensem kaya pulak tu. Aku ni? Kerja kerani je. Memang taklah dia nak pandang aku. Aku ni yang bodoh, menaruh sangat harapan kat farhana tu, padahal dia takkan pandang aku pun" luah firdaus.

"Ya Allah, apa yang abang daus cakap ni? Allah dah tentukan perjalanan hidup kita dengan sempurna. Mana abang tahu yang kak farhana takkan terima abang. Walhal dia tak tahu pun yang abang suka dia. Percayalah kalau korang ada jodoh, takkan ke mana. Percaya pada Allah" Farish cuba menasihat abangnya itu.

Firdaus hanya mendiamkan dirinya. Mencerna kata-kata adiknya sebentar tadi.

Tbc.

Sorry part ni pendek.

Atas nama cintaWhere stories live. Discover now