(Seminggu kemudian)
"Makanlah sikit ana, dah seminggu kamu macam ni. Mak risau tahu tak" ujar mak Tipah.
"Ana tak lapar. Ana rindu abang irfan. Ana sayang sangat kat dia" ujar farhana sambil mengalirkan air mata.
"Assalamualaikum! "Kedengaran suara seorang wanita memberi salam dari luar. Fatihah membuka pintu rumah. Kelihatan azlin yang datang rumah mereka. Azlin dan fatihah terus ke arah mak Tipah dan farhana.
"Macam mana dengan ana makcik? " soal azlin dengan lembut.
"Macam ni lah azlin, makan pun dia taknak.. Makcik risau sangat " ujar mak Tipah.
Azlin mula mendekati farhana. Farhana memandangnya dengan pandangan kosong.
"Ana, makanlah sikit. Ini demi kesihatan kau. Esok kita pergi kuala lumpur cari irfan eh. Jangan sedih² ye. Makan" sungguh lembut suara azlin.
Dengan lemah, farhana pun mengambil makanan itu lalu dimakannya. Mak Tipah menarik azlin ke sisinya.
"Kamu tahu ke tempat irfan duduk? "
"Tahu, sebelum dia balik hari tu. Dia singgah rumah saya. Dia bagi alamat rumah dia dekat kuala lumpur " terang azlin. Mak Tipah hanya 'oooo'
***
Farhana berjalan sorang-sorang di tepi jeti. Di sinilah tempat dia dan irfan selalu berdating. Farhana tersenyum sendirian apabila mengingati semua kenangan dia dan irfan.
(Flashback)
"Awak" panggil irfan
"Ye" balas farhana.
"Tahu tak apa beza awak dengan pelangi? "
"Erm takde beza sebab dua² ciptaan Allah"
"Heh salahlah"
"Habistu? "
"Pelangi nampak cantik di mata semua orang tapi awak nampak canting di mata saya sorang. Achiaaa"
"Hahaha lawaknya" farhana gelak tak ikhlas.
"Biarlah tak lawak. Tapi gelak tu biarlah ikhlas" irfan acah² merajuk. Puas farhana mahu memujuk buah hatinya itu.
(End flashback)
Farhana tersengih sendirian apabila mengingati semua memori terindahnya bersama irfan. Irfan selalu memberikan lawak bodoh kepadanya. Konon farhana boleh gelak la dengar lawak bodoh dari irfan tu.
"Assalamualaikum " tegur seseorang dari belakang. Farhana menjawab salam itu dalam hati. Dia menoleh ke belakang untuk melihat siapa punya suara yang memberi salam kepadanya itu. Farhana memberi sekuntum senyuman kepada orang itu.
"Erm buat apa kat sini? Dari tadi Daus tengok asyik termenung je " firdaus rupanya lelaki yang menegurnya itu.
"Eh takdelah. Bosan. Sebab tu lah datang sini, nak tenangkan fikiran" ujar farhana. Firdaus menganggukkan kepalanya tanda faham.
"Daus pula buat apa kat sini? Tak kerja ke? " tanya farhana dengan lembut.
"Hari ni bos Daus bagi balik awal sebab hari ni hari jadi anak dia" beritahu firdaus.
"Daus, ana nak tanya sikit boleh"
"Boleh je, banyak pun boleh"
"Kenapa hidup ana ni menyedihkan sangat? Kenapa dia pergi tinggalkan ana sorang²?kenapa dia buat ana macam ni? Apa salah ana kat dia? Ana just mahukan cinta dari dia je. Kenapa.. Hisk" farhana mula menangis kerana tidak tahan menahan sebak di dadanya. Firdaus tersentak dengan pertanyaan farhana itu.
"Ana, irfan pergi dari sini ada sebab "
"Sebab apa?! Sebab dia nak kahwin dengan perempuan lain kat kuala lumpur tu?! Dia memang lelaki tak guna. Ana benci dia " farhana masih lagi dengan esakannya itu.
"No, irfan bukan macam tu. Dia sakit ana.. Please faham keadaan dia ana" farhana hanya mendiamkan dirinya.
"Ana balik dulu" farhana terus beredar dari situ. Firdaus hanya mampu memandang farhana dari jauh.
Tbc.
Sorry eh part yang author buat memang pendek-pendek sebab malas nak buat panjang-panjang. K bye readers. Muah muah.
Mohon vote•﹏•
YOU ARE READING
Atas nama cinta
Romancepertemuan antara farhana dan irfan membuatkan dua² saling jatuh cinta antara satu sama lain. Firdaus, sahabat farhana hanya mampu menahan kesakitan di dalam hatinya apabila melihat farhana dan irfan sangat mesra. Nak tahu selanjutnya?? bacalah ceri...