(Sebulan kemudian)
Sudah sebulan irfan tinggal di rumah keluarga farhana. Sebulan juga hubungan cintanya bersama farhana. Irfan dan farhana merupakan pasangan yang Agak romantis. Ramai juga perempuan di kampung itu cemburu akan farhana kerana farhana mendapat teman lelaki yang sangat baik macam irfan.
***
Terbahak-bahak farhana dan irfan ketawa di hadapan telivisyen. Tiba² telefon irfan berdering. Irfan meminta diri untuk menjawab panggilan itu.
Dia kembali duduk di sebelah farhana apabila sudah habis bercakap dengan orang yang menelefonnya itu.
"Siapa call tadi? " tanya farhana lembut. "Kawan" jawab irfan sepatah. Farhana pelik dengan irfan sejak dua menjak ini. Irfan asyik bercakap telefon dengan seseorang. Bila ditanya siapa mesti dijawab kawan. Farhana tidak mahu bersangka buruk pada irfan kerana dia tahu bahawa irfan itu seorang lelaki yang baik.
Hubungan farhana dan irfan juga tidak seperti dahulu. Irfan sering mahu berseorang. Mak Tipah juga selalu melarang farhana untuk mengganggu irfan.
(3 hari kemudian)
Irfan membawa beg besar keluar dari bilik. Farhana Agak kehairanan dengan irfan.
"Awak nak pergi mana irfan? " tanya farhana lembut. Irfan memandang wajah farhana.
"Balik " jawab irfan sepatah. "Balik mana ni? " farhana masih di alam blur.
"Balik rumah akulah!! "Balas irfan dengan kasar. Farhana Agak terkejut apabila ditengking sebegitu oleh irfan. Mak Tipah dan fatihah yang berada di dapur, terus ke ruang tamu untuk melihat apa yang telah terjadi.
"Makcik, fatihah saya pergi dulu" ujar irfan bersama senyuman nipis. Mak Tipah dan fatihah hanya menganggukkan kepala.
"Jap, awak akan datang sini balik kan? "Farhana ingin kepastian.
"No, aku takkan balik sini dah" irfan menjawab dengan muka yang ketat. Farhana pelik kerana irfan ber'kau' 'aku' dengan dia.
"Kenapa awak tak balik?? Awak dah janji kan yang awak nak kahwin ngan saya " farhana memandang irfan dengan tajam.
"No, aku takkan kahwin ngan kau. Aku tak boleh kahwin ngan kau. Farhana, kita putus" irfan terus keluar dari rumah itu.
Farhana terduduk. Air mata mula mengalir di pipi. "No!! Awak tak boleh pergi irfan!! Saya larang awak pergi!! Irfan Harris!! Awak pekak ke?! Saya cintakan awak!!! Saya perlukan awak!!! Please jangan tinggalkan saya!!! " terjerit jerit farhana. Dia menangis teresak-esak.
Mak Tipah dan fatihah cuba untuk menenangkan farhana. Fatihah turut menangis macam farhana.
"Biarkan dia pergi ana" ujar mak Tipah. Mak Tipah juga tidak mampu menahan sebak di dadanya. Mereka tiga beranak menangis di ruang tamu.
***
Irfan memandu kereta bmw motorradnya dengan laju sekali. Dia cuba menahan sebak di dadanya. Sungguh dia tak sanggup meninggalkan farhana tetapi dia terpaksa meninggalkan farhana juga. Akhirnya air matanya mengalir juga di pipi.
"Maafkan saya farhana, saya terpaksa. Saya taknak tinggalkan awak tapi ini semua untuk kebaikan kita" bisik hati irfan.
Air matanya tidak berhenti untuk keluar dari matanya. Sungguh dia sayang pada farhana.
Tbc.
YOU ARE READING
Atas nama cinta
Romancepertemuan antara farhana dan irfan membuatkan dua² saling jatuh cinta antara satu sama lain. Firdaus, sahabat farhana hanya mampu menahan kesakitan di dalam hatinya apabila melihat farhana dan irfan sangat mesra. Nak tahu selanjutnya?? bacalah ceri...