bab 9

60 2 0
                                    

                           ***
"Firdaus tu siapa? "Tanya irfan lembut.

"Ha? Firdaus? Ouh dia tu kawan baik saya, kitaorang kawan dari kecil lagi" beritahu farhana.

"Ouh, hensem juga dia tu"

"Haah, Daus memang hensem. Ramai juga fans dia tapi dia tak pernah terima sorang pun, tak tahulah kenapa. Maybe tak sedia"

"Entah² dia suka awak"

"Hoi!! Taklah. Takkan lah dia nak suka saya. Kitaorang kawan kot, tapi memang mustahil ah kalau dia suka saya"

"Apa salahnya? Awak cantik kot. Muka awak sekali imbas macam artis korea. Comel je" irfan tersenyum memandang wajah menawan milik farhana. Farhana pula? Sudah tersengih macam kerang busuk. Pantang dipuji, terus kembang.

"Hek eleh kembang ah tu"

"Mana ada" farhana menolak bahu irfan dengan lembut. Terbahak-bahak irfan ketawa. Muka farhana merah menahan marah. Dicubitnya lengan irfan dengan kuat. Mengaduh irfan menahan sakit.

"Tu lah padahnya! Ejek orang lagi" suara farhana seperti sedang menahan geram.

"Alala, sorry lah, janji tak buat lagi" irfan tersenyum manis pada farhana untuk memujuk farhana. Akhirnya farhana tersenyum jua.

"Awak, esok saya bawa awak pergi tempat yang paling saya suka" ujar farhana sedikit teruja. Irfan hanya mengangguk sambil tersenyum.

(Keesokan harinya)

"Cepatlah! Aduh bersiap macam perempuan betul! "Rungut farhana dari luar rumah.

"Dah siaplah ni, orang nak keluar dengan makwe mesti lah kena pakai cantik²" irfan masih lagi berdiri di muka pintu sambil membetulkan rambutnya.

"Dah hensem dah tu"

"Heh" irfan turun ke bawah. Dia berdiri di sebelah farhana. Farhana terus jalan meninggalkan irfan.

"Awak taknak naik kereta ke? Lagi cepat kita sampai"

"Tak payah.. Jalan kaki lagi Bagus, exercise la sikit". Irfan akur lalu dia mengikut jejak farhana.

                           ***

Setelah setengah jam mereka berjalan, akhirnya mereka sampai juga di tempat itu.

"Okay kita dah sampai" teruja sungguh farhana memberitahu.
Irfan kelihatan sungguh penat.

"Penatnya, kita kat mana ni? " irfan mengangkat kepalanya. Terbeliak matanya melihat laut luas terbentang di hadapan matanya.

"Tak payah terkejut sangatlah. Kita kat jeti. Saya suka pergi sini, tenang je. Kalau saya sedih saya pergi sini. Kat sini juga tempat lepak saya ngan azlin ngan Daus" cerita farhana.

"Cantik kan tempat ni, tenang gila. Saya suka sangat pergi sini"sambung farhana. Senyuman terukir di bibir. Dia teringat masa dahulu ketika dia, azlin dan firdaus pergi ke jeti ini.

(Flashback)

"Weh, aduh macam mana ni?! Selipar aku masuk kat dalam air laut Ah" farhana sudah bercangkung memandang air laut di mana dia tercampak seliparnya ke dalam air laut ketika sedang berkejaran dengan azlin.

"Tu lah, padan muka kau.. Kejar aku lagi" selamba sahaja azlin berkata. Farhana memandangnya dengan pandangan tidak puas hati.

"Hai korang. Eh ana pahal kau bercangkung ni? "Soal firdaus kehairanan.

"Selipar jatuh kat air laut" selamba sahaja muka azlin memberitahu. Huh, kau lah punca selipar aku jatuh. Prank lah aku lagi. Bisik hati farhana sambil memandang tajam ke arah sahabatnya itu.

"Ouh haha, takpe biar Daus ambilkan"

"Tak menyusahkan ke?" soal farhana. Firdaus menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Firdaus terus melompat ke dalam air.

Sudah 5 minit firdaus masuk ke dalam air, namun kelibat firdaus masih lagi tidak kelihatan.

"Azlin, mana Daus ni? Kalau dia mati di makan ikan jerung macam mana?? Mati aku weh" farhana sudah mula risau. Azlin tidak jawab pertanyaan itu. Dia juga risau.

Tiba² firdaus muncul. Selipar farhana diangkat. "Ana, nah selipar kau" firdaus membaling selipar farhana ke atas.
Farhana mengambil selipar itu lalu dipakainya.

Firdaus naik ke atas darat semula. "Amacam? Seronok dapat selipar balik? "Firdaus tersenyum memandang farhana.

"Eh mestilah, terima kasih tau Daus. Jasamu takkan ku lupa" terkekek-kekek farhana ketawa diikuti azlin. Firdaus hanya tersenyum.

(End flashback)

Irfan melambai lambaikan tangannya depan muka farhana.
Farhana terus sedar ke alam realiti semula.

"Dah sampai mana tadi? Ada sampai korea? " perli irfan. Farhana menjeling irfan.

"Teringat memori terindah" balas farhana dingin. "Elelele jangan marah " irfan cuba memujuk farhana. Farhana kembali senyum semula.

Mereka berdua mula bercerita tentang macam².Kadangkala terdengar juga suara mereka ketawa. Kadang² farhana merajuk kerana diusik irfan.

Tbc.

Sweet kan irfan ngan farhana

Atas nama cintaWhere stories live. Discover now