"Assalamualaikum! " serentak suara pak fuad dan irfan apabila melangkah masuk ke dalam rumah.
"Ana, azlin dah balik ke? "
"Haah, dia kata ada hal"
Pak fuad mengangguk lalu terus masuk ke dalam biliknya. Dengan serta merta pandangan farhana beralih kepada irfan yang terpinga-pinga.
"Beli apa tu? " farhana memanjangkan lehernya memandang plastik yang dipegang irfan. Irfan bergerak mendekati farhana.
"Nah, saya beli khas untuk awak" irfan menghulurkan plastik itu kepada farhana sambil tersenyum menunjukkan barisan giginya yang putih. Farhana menyambut huluran itu. Lama dia memandang plastik di tangannya itu.
"Kenapa? Tengok Ah hadiah yang saya bagi tu" irfan mengangkat keningnya.
Farhana pun terus mengambil barang yang ada dalam plastik itu. Bulat matanya memandang barang itu.
"Wah thanks awak, saya dah lama nak tudung macam ni. Baik betul awak ni" sungguh lebar senyuman farhana.
"Heh, perli lah tu. For your information, saya memang seorang lelaki yang baik. Rugi tau tak kawin ngan saya" farhana menjeling irfan dengan tajam. Irfan apa lagi, gelak terbahak bahak apabila melihat reaksi farhana.
(Malam itu)
"Woi buat apa sorang² kat luar ni? "Tegur irfan.
"Tengok bulan, eh gitar tu siapa punya? " farhana menunding jari ke arah sebuah gitar yang dipegang irfan.
"Ouh ini abah awak punya" irfan tersengih pada farhana.
"Ouh, pandai ke main? Kalau setakat pandai pegang buat apa" perli farhana. Irfan mengecilkan matanya memandang farhana.
"Oi, hobi awak memang suka perli orang eh? Saya tahu main gitarlah.. Tengok ni" irfan melabuhkan punggungnya pada kerusi yang ada di situ. Irfan pun memainkan not lagu apa pun dia tak tahu. Yang penting lagu tu merdu.
Ternganga mulut farhana memandang irfan. Huh sedap juga Mamat ni main gitar. Desis hati farhana.
"Tak payah ternganga sangat lah.. Masuk lalat baru tahu" irfan geli hati melihat reaksi farhana.
"Mana ada ternganga.. Ha cuba nyanyi sekali, nak dengar juga suara tu sedap ke tidak" kata farhana. Irfan mengangguk lalu memetik not gitar.
"Kau hadir tika duka~dalam cahaya dikau menjelma~kau hilang dalam gembira~membuatkan ku terluka~Farhana oh farhana~ kau biar daku tersiksa~menagih cintamu yang rahsia~memberi makna segalanya~farhana oh farhana~kau cantik tapi berbisa~indah rupamu tak terkata~dek renungan sinar mata~" irfan tersenyum memandang farhana apabila dia selesai menyanyi.
Farhana tercengang seketika. Farhana balik ke alam realiti apabila tangannya dicuit oleh irfan. Dia terus memandang irfan.
"Saya masuk bilik dulu ye" irfan bangun dari duduknya. "Kejap" farhana bersuara lalu irfan memandangnya.
"Kenapa awak nyanyi lagu farhana? Apa yang awak cuba maksudkan? Banyak je lagu lain tapi kenapa awak nyanyi lagu yang berkait dengan nama saya? "Bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh farhana.
"Kalau awak faham part chorus lagu tu. Awak akan faham perasaan sebenar saya pada awak. Saya masuk dulu, Assalamualaikum " irfan terus beredar dari situ meninggalkan farhana yang masih terpinga-pinga.
"Dia suka aku ke? "Itu sahaja persoalan yang bermain di fikirannya sekarang. Huh tak mungkin irfan pandang perempuan kampung macam aku ni. Bisik hati farhana.
Tbc.
YOU ARE READING
Atas nama cinta
Romancepertemuan antara farhana dan irfan membuatkan dua² saling jatuh cinta antara satu sama lain. Firdaus, sahabat farhana hanya mampu menahan kesakitan di dalam hatinya apabila melihat farhana dan irfan sangat mesra. Nak tahu selanjutnya?? bacalah ceri...