bab 5

81 2 0
                                    

(Keesokan harinya)

"Assalamualaikum! "Terdengar suara seseorang memberi salam dari luar.

"Biar saya buka" irfan terus menuju ke pintu rumah itu. Lalu disuruh wanita itu masuk ke dalam rumah. Wanita itu tercengang melihat kekacakan irfan.

"Eh azlin, kau tak cakap pun yang nak datang"

"Heh, dah 10 kali aku call kau tapi tak dapat"

"Hehe, sorry fon aku dalam bilik so aku tak dengar. "

Azlin mula mendekati farhana. "Siapa lelaki hensem tu? "Azlin menunding jari ke arah irfan yang sedang kusyuk membaca surat khabar.

"Ouh, nama dia irfan. Dia tersesat kat kampung kita ni so kitaorang sekeluarga bagilah dia tumpang sini. Kesian lah katakan"

"Aku rasa dia tu anak orang kaya Ah. Tengok Ah penampilan dia, smart gila doh.. Tapi hensem gila doh"

"Kau ni kan, sama je ngan adik aku. Gatal yang teramat"

"Bukan gatal tapi memuji" farhana menjeling azlin manakala azlin sudah tersengih sengih.

"Eh azlin bila sampai?" tegur pak fuad.

"Hehe baru je ni pakcik"

"Hm yelah, ni ana abah nak ke bandar dengan irfan kejap. Bagitahu mak kamu ye"

"Aik mak takde ke? "Farhana mengerutkan dahinya.

"Mak kamu, pagi² dah bangun pergi pasar. Takut ikan habis katanya. Ni abah pergi dulu Assalamualaikum. Irfan jom " pak fuad terus beredar dari situ diikuti irfan. Sempat irfan memberikan seukir senyuman pada farhana.

"Weh, dia senyum kat kau lah. Entah² dia syok kat kau" azlin meneka.

"Heh, takkanlah. Dia tu dahlah hensem kaya pula tu. Aku ni? Err dia takkan pandang aku lah" balas farhana.

"Kau ni kan. Kalau dia betul-betul suka kat kau macam mana? "

"Benda tu takkan terjadi beb"

Mereka pun menyambung berborak.

                            ***

"Pakcik nak beli ape? " lembut sahaja irfan bertanya.

"Kain pelikat.. Dah berlubang kain pelikat lama aku akibat terkena rokok aku" jawab pak fuad.

"Ouh hehe " irfan menahan ketawanya.

"Gelak jelah irfan, takyah malu²..hanya aku dan engkau yang tahu~" pak fuad menghabiskan ayatnya dengan lirik lagu fara hezel setiaku pasti.
"Wow, pakcik minat fara hezel eh?" irfan begitu teruja ingin tahu.

"Taklah, fatihah selalu buka lagu tu. Merdu lagu tu, pakcik suka" balas pak fuad.

"Ouh, err pakcik farhana suka apa ye?" irfan menggosok belakang tengkuknya.

"Budak si ana tu?? Dia suka tudung " beritahu pak fuad.

"Ok cantek"

"Kamu nak belikan untuk ana ke? " soalan pak fuad dijawab dengan anggukan. Pak fuad tersenyum lebar.

"Ha irfan, pakcik dah suruh orang baiki kereta kamu tu. Esok orang tu hantar kat rumah pakcik" beritahu pak fuad.

"Ouh okay, terima kasih ye pakcik" sekali lagi irfan memberikan senyuman yang manis pada pak fuad.

"Dah pilih ke tudung untuk ana tu? "

"Dah ni dia, cantik kan.. Sesuai dengan farhana yang cantik tu" irfan menunjukkan sehelai tudung yang berwarna biru muda kepada pak fuad.

"Hm memang sesuai dengan anak pakcik yang cantik tu" perli pak fuad.

Irfan tersengih apabila tersedar yang dia telah memuji lebih².

Tbc.


Atas nama cintaWhere stories live. Discover now